Monday, July 23, 2007

IMBNET Jalinkan Kerjasama Peniaga Islam Menerusi Perdagangan Antarabangsa.


Penganjuran forum The International Muslim Business Network Forum 2007 kali kedua (IMBNET Forum) dapat mewujudkan jalinan rangkaian perniagaan dikalangan umat Islam dalam menaikkan tahap kerjasama ekonomi dan perniagaan menerusi perdagangan antarabangsa.

Sehubungan itu, kerajaan negeri Kelantan dengan kerjasama Pupuk Nilai Murni Berhad (PNMB) dan Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) menganjurkan forum yang dirasmikan oleh Pengerusi Perdagangan Perindustrian dan Sumber Manusia Negeri Kelantan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk IMBNET Forum 2007 sekaligus memberi pendedahan dan peluang kerjasama perniagaan kepada peserta yang melibatkan diri melalui forum ini.

The International Muslim Business Network (IMBNET) workshop 2006 yang diadakan pada tahun lepas lebih memfokuskan kepentingan membina rangkaian perniagaan sesama umat Islam dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang para peniaga dari 10 buah negara.

Kali ini, The International Muslim Business Network Forum 2007 (IMBNET Forum) yang merupakan satu landasan yang strategik dalam menemukan peniaga Islam dari seluruh dunia untuk meningkatkan jalinan kerjasama melalui bidang ekonomi dan perniagaan serta membuka peluang kepada mereka menembusi pasaran global demi menggalakkan kalangan masyarakat mengukuhkan hubungan perdagangan dan perniagaan sesama Islam dan bukan Islam diseluruh dunia.

Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan dengan memfokuskan kepada topik pengukuhan rangkaian perniagaan muslim antarabangsa bersesuaian dengan tema IMBNET pada tahun ini iaitu Making Global Business- Enhancing Partnerships yang menyediakan satu platform fokus dengan berkesan.

Ketua Eksekutif Pupuk Nilai Murni Berhad, Nazri Deraman memberitahu bahawa, program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi pembangunan sumber manusia itu dapat berjalan seiringan dengan kehendak dan objektif kerajaan negeri untuk mewujudkan rangkaian dan usahasama dari peniaga Islam di seluruh dunia, sekaligus menjemput usahawan Arab yang berjaya di China, iaitu Marwan Fattal Arab Asia Trade (AAT) untuk berkongsi ilmu perniagaan yang dimilikinya melalui perniagaan peringkat antarabangsa.

Menurut Dato’ Abu Bakar Chik merangkap Pengerusi Asian Federation of Muslim Youth (AFMY) pula memberitahu, dengan wujudnya rangkaian perniagaan ini di Kelantan, ia bakal mengembangkan lagi produk halal sekaligus meningkatkan teknologi dan inovasi dan kemahiran kita dengan lebih efisyen.

“Saya juga berasa bertuah kerana melalui IMBNET 2007 ini kita dapat mengadakan majlis menandatangani perjanjian Memorandum Of Understanding (MOU) diantara 10 syarikat, peniaga tempatan dan antarabangsa secara terus”.

Rakyat Kelantan Diminta Meluaskan Pengeluaran Produk Minyak Kelapa


Perkembangan terkini di dalam bidang bioteknologi telah membolehkan produk kelapa yang sudah sekian lama terpinggir menjadi produk yang berpotensi tinggi dalam pelbagai aspek. Produk dari kelapa terutama di dalam bentuk Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil, VCO) ini akan menjadi prospek hiliran kelapa yang bakal menembusi peringkat antarabangsa.

Memandangkan potensi kepada kelapa yang begitu besar, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd telah menganjurkan seminar yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai teknologi ini kepada semua pihak di negeri Kelantan.

Pelbagai produk hiliran (downstream) yang lain seperti produk kesihatan, penjagaan diri, kosmetik dan farmasutikal kini telah mendapat tempat yang utama di persada pasaran domestik dan antarabangsa. Produk-produk bernilai tambah (value added products) hasil dari bahan buangan kelapa seperti coir fiber, planting media, soil remediation and slope protection fiber dari sabut kelapa, dan charcoal briquet serta liquid smoke (bahan pengawet) dari tempurung kelapa telah mula meneroka pasaran antarabangsa.

Sehubungan itu, potensi produk bernilai ditambah dari kelapa telah melalui proses amali serta pengenalan kepada teknik pemprosesan minyak kelapa dara (VCO) yang ditunjukkan oleh Pengarah Urusan, Kelapa Biotech Sdn Bhd, Zulkifli Daud, diikuti sesi amali kedua iaitu Pengenalan Teknik Pemprosesan Sabun & Produk Penjagaan Diri Dari VCO, oleh Wan Izzuddin Wan Sulaiman, merangkap Pengurus Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.

Seminar yang sekaligus berjaya merumuskan revolusi kelapa dara dengan lebih mendalam kepada peserta seminar telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Desa Kerajaan Negeri Kelantan, Dr. Nik Mazian Nik Mohamad yang sangat mengalukan rakyat negeri ini untuk menyahut cabaran dan saranan kerajaan bagi meluaskan pengeluaran produk hiliran VCO.

Menurutnya lagi, pelbagai maklumat terkini mengenai teknologi, prospek dan peluang perniagaan di dalam berbagai produk hiliran dari kelapa serta pendedahan kaedah dan teknologi terkini di dalam prosesan Minyak Kelapa Dara (VCO) serta produk hliran dari VCO sekaligus dapat mewujudkan rangkaian (network) dan sistem sokongan (support system) yang berkesan di dalam menjana hasil tambahan dari kelapa.

Mengangkat Fungsi Dinar Dalam Masyarakat dan Negara.

KOTA BHARU: Pelancaran Emas Dinar Kenang Kenangan Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan Kelantan Ke- 57 yang akan dilancarkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Kelantan bertempat di Dewan Balai Besar Balai Islam, Lundang, Kelantan ini, adalah sebagai langkah pengenalan konsep Dinar yang dianjurkan oleh Islam.

Bersempena pelancaran ini juga akan diadakan program Seminar Emas Dinar bermula 8.00 pagi – 12.00 tengahari. Seminar yang akan dibarisi oleh dua orang penceramah iaitu Dato’ Shukri Mohamed dan Nik Mahani Mohamad yang akan membentangkan kertas kerja bertajuk Sejarah dan Falsafah Dirham serta Dinar dan Dirham Pemangkin Daulah Islamiyyah yang akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan Dato’ Husam Musa dengan menawarkan dinar emas atau dirham sebagai alat tabungan dan pelaburan bukan sebagai legal tender.

Menurut Dato’ Husam Musa, pembukaan Ar- Rahan sebagai akaun yang memajukan sistemnya akan memastikan penyimpanan dinar yang dibeli di premis- premis ini secara selamat, sekaligus dapat membawa masyarakat untuk menawarkan pelaburan awam bagi mengeluarkan kepingan dinar dari emas tulen dengan pulangan pelaburan dalam berbagai bentuk kebaikan.

Pengurus Besar Permodalan Kelantan Berhad (PKB) Mohd Sabri Abdullah, ketika ditemui wakil mingguan wasilah, memberitahu bahawa, objektif sebenar pelancaran dan seminar ini adalah bagi menekankan konsep dinar, yang memastikan amanat daripada Allah s.w.t dan Muhammad s.a.w, bagi menyemarakkan Dinar supaya amalan riba tidak selamanya berlaku.

“Walaupun matawang Malaysia masih tidak mampu lagi diperbuat daripada emas, namun PKB akan cuba menekan serta memperkenalkan pada umum bahawa konsep dinar adalah penting kepada ekonomi sesebuah negara Islam.

“Sistem negara Islam memerlukan satu sistem matawang tanpa riba, bagi kesedaran pada masyarakat Islam dan ia adil tanpa inflasi dan unsur- unsur faedah. Konsep dinar ini banyak membantu rakyat. Manakala, sistem ekonomi matawang yang digunakan sekarang adalah tidak stabil. Negeri kaya akan terus kaya dan ingin menganiaya pada negara miskin sekiranya duit berdasarkan pada sistem yang tidak bersandarkan pada emas. Maka ia adalah zalim pada rakyat dan negara.


“Saya berharap dengan adanya seminar ini sedikit sebanyak akan memberi bantuan kepada pegawai agama supaya mereka dapat memberikan maklumat kepada rakyat tentang konsep sebenar dinar”.


Penggunaan Dinar- Dirham Maqasid Syariah & Realiti Masa kini


Assalamualaika...

Kepada sahabat2 ana nak tunjukkan lampiran kertas kerja EMAS DINAR yang telah digunakan konsepnya di Kelantan. Walaupun Malaysia tidak mampu menjadikan emas sebagai matawang, namun penggunaan konsep di premis rangkaian Ar Rahan semakin mendapat perhatian dan permintaan daripada pembeli Dinar Emas untuk perbelanjaan, dan penyimpanan Dinar Emas di Ar- Rahan.


Salah satu himpunan kertas kerja seminar Emas Dinar pada September 2006, dari Dr Rosli Yaakop yang menjelaskan bahawa, Dinar Emas telah digunakan secara persendirian di lebih 22 buah negara, kini dikilang di empat buah negara. Disana juga telah wujud perniagaan jual beli dinar emas dan dirham melalui internet. Dengan hal yang demikian, pelancaran Dinar Emas Kelantan selaras dengan perkembangan tersebut.

Masih belum terdapat mana- mana negara Islam yang mengamalkan sistem matawang Dinar Emas Islam sebagai gantian wang kertas. Saranan Malaysia untuk menyelesaikan pembayaran perdagangan dua hala dan pelbagai hala dengan rakan kongsi perdagangannya dikalangan negara OIC belum sampai ke tahap mewujudkan Dinar Emas dan Dirham Perak Islam yang beredar dalam ekonomi sebagai alat perantaraan pertukaran yang dilarang oleh IMF.

Dalam Daulah Islamiah dinar emas adalah alat perantaraan pertukaran. Ia adalah wang dan merupakan matawang. Wang yang digunakan untuk membuat bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dibeli. Wang yang diterima sebagai bayaran bagi barangan dan perkhidmatan yang dijual. Wang yang digunakan untuk jual beli.

Dinar emas juga sebagai alat pembayaran zakat, mahar perkahwinan dan alat pembayaran denda berkaitan kesalahan jenayah dibawah hokum- hokum Islam seperti hudud dan lain- lain. Dengan ketiadaan dinar emas.

Bagi menentukan semua penyelesaian ini memenuhi ciri- ciri dan tuntutan hukum syariat Islam, maka penggunaan matawang Dinar Emas Islam adalah satu gerakan yang perlu dilaksanakan oleh umat Islam.

Gerakan kembali kepada Dinar Emas adalah memilih untuk kembali mengguna dan mengekalkan piawaian yang ditetapkan 1400 tahun lalu oleh Omar Al Khattab, khalifah Islam kedua (632 masihi).

Dinar Emas Islam mempunyai berat khusus, iaitu 4.25 gram emas 22 karat (917) bagi satu dinar. Manakala Dirham Islam mempunyai khusus, iaitu 3.0 gram perak tulen bagi satu dirham.

Sayidina Omar Al Khattab juga menetapkan bahawa berat 7 dinar bersamaan 10 dirham. Disebut juga berat 10 dirham bersamaan berat 7 mithqal emas (berat dinar). Ini bermakna kadar pertukaran diantara dirham dan dinar emas ialah satu dirham bersamaan 0.7 dinar.

Berat satu mithqal emas bersamaan 72 butir barley. Maka berat satu dirham bersamaan 50.4 butir barley. Harga dinar emas dan dirham ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran.

Piawaian ini dikenali sebagai ‘Piawaian Omar Al Khattab’ dan piawaian inilah yang berkuatkuasa dari zaman beliau sehinggalah kepada khalifah terakhir kerajaan othmaniah (1924). Sistem ini telah dimusnahkan oleh presiden Nixon mulai 15 ogos 1971, apabila bilai pertukaran USD diapungkan dan membiarkan pertukaran ditentukan oleh kuasa penawaran dan permintaan tanpa sandaran emas. Hari ini tiada lagi matawang dunia disokong oleh emas.

Harga seauns emas ialah USD300.00. (spot price), maka satu dinar emas bersamaan USD300.00. Kadar pertukaran dinar emas dengan semua matawang lain boleh dikira mengikut kadar pertukaran semasa, atas “real time basis”

Satu Dinar Emas= 4.25 gram 22 karat emas.
Satu kilogram emas=32.15 troy auns 24 karat emas.
1000 gram emas=32.15 troy auns 24 karat emas.
Satu gram emas=0.03215 troy auns 24 karat emas.
Satu dinar emas=4.25x0.917(x0.03215)=0.1253 troy auns.

Sekiranya harga spot emas=438.9 euro per auns,
Maka harga satu dinar emas=438.9x0.1253=55 euro
Atau kadar conversion=483.9/55=7.98 dinar/auns.

Dalam hukum Islam tiada konsep wang kertas dalam pengertian wang kertas yang kita gunakan hari ini. Iaitu wang kertas yang kita ketahui hari ini, iaitu wang kertas yang merupakan surat hutang atau surat janji mahu bayar hutang atau surat IOU. Oleh yang demikian, pengertian sebenar kepada menghidupkan semula sistem wang Dinar Emas Islam” dengan menggantikan wang kertas dan koin yang beredar didalam Malaysia yang di gunakan sekarang.

Namun, tiada tanda- tanda yang boleh menunjukkan bahawa Malaysia akan menggunakan dinar emas dan dirham bagi menggantikan Ringgit Malaysia. Ia adalah merupakan larangan bagi Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF). Yang tidak membenarkan mana- mana Negara di dunia yang menjadi ahli IMF menggunakan emas sebagai matawang. Mungkin inilah yang menjadi halangan besar untuk negara Islam menghidupkan kembali sistem Dinar Emas Islam.