Saturday, November 26, 2011

Doa di permulaan dan pengakhiran tahun Hijrah

Tahun baru Hijrah 1433H akan muncul selepas waktu maghrib. Bacaan doa Akhir Tahun Hijrah 1432H pada penghujung waktu Asar, kemudian disusuli dengan membaca doa Awal Tahun Hijrah 1433H selepas waktu maghrib. Doa-doa tersebut adalah seperti berikut:


Doa Akhir Tahun 1432H





Doa Awal Tahun 1433H


Wednesday, November 23, 2011

Mencontohi dakwah arwah Afnan

Pernahkanh anda berfikir untuk menjadi burung merpati putih yang sangat cantik terbang meninggi ke langit berbeza dengan burung pipit yang terbang banyaknya diangkasa? Maka jawapannya dengan berdakwah dalam pelbagai cara. Terutamanya mengajak non muslim manganuti Islam.

Pernahkah kita bertanya pada diri kita pada usia mencecah separuh abad ini... sudah berapa ramaikah kita berdakwah menyeru non muslim memeluk agama syumul ini? walau hanya dalam lingkungan gaulan seharian? tentu hanya seorang nisbah seribu sahaja, bukan?

Pernah atau tidak kita mendengar bahawa seorang kanak- kanak kecil yang solehah (arwah) di Indonesia (cerita benar) telah berjaya berdakwah sehingga orang gaji dan dokter Amerika yang merawatnya memeluk Islam dihadapannya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir..sedangkan dia di ketika itu masih terlalu kecil untuk berdakwah...jawapannya tentu sudah ada yang tahu dan segelintirnya hanya membiarkan sahaja cerita itu berlalu pergi..tanpa mengambil sebarang iktibar darinya.

Namun, sedarilah...inilah kekuasaan Allah, tuan- tuan...biliknya meninggalkan aroma kasturi selama 4 hari...itu merupakan syafaat untuknya sebagai seorang pendakwah fisabilillah. Lihatlah kekuatan imannya dan kelemahan iman kita. Sedangkan kita masih tidak mampu untuk membawa seorang pun masuk Islam. Malah yang terkeluar dari Islam pula yang semakin menjadi- jadi. Bahkan juga kita tidak mampu menghalangnya. Inilah penangan dunia akhir zaman. Tetapi demikiankah sahaja? Cukupkah dengan hanya mengeluh begitu tanpa bertindak kepada apa- apa?

Hal itu merupakan pengajaran yang mesti dijadikan iktibar dan memberikan kita semangat untuk terus menerus berdakwah pada agama Allah. Mengharapkan redha Allah...untuk mendapatkan hallawatol iman...

Sudah tentulah untuk berdakwah bukanlah perkara yang mudah dan tentu saja ada yang berkata didalam hati (eleh...! penulis hanya pandai bercakap sahaja sedangkan penulis juga sama...masih tidak mampu berdakwah kepada non muslim untuk peluk Islam). Ya benar pendapat itu...kerana penulis juga masih belajar dan sentiasa belajar cara untuk berdakwah dengan menggunakan pendekatan yang paling halus dan benar- benar terkesan kepada non muslim yang hendak didakwahi.

Tetapi ia tidak terhad buat penulis sahaja...kerana penulis hendak mengajak kepada semua agar maksud ini bukan hanya dilaksana oleh beberapa orang dari kita tetapi mengajak kepada semua pembaca untuk menilainya dan bersama- sama menyahut cabaran penulis untuk berdakwah pada cabang dakwah ini. Walaupun sukar, namun belajar untuk menyelamat dan menyemarakkan Islam dimuka bumi ini. Biarkan Islam melingkari dengan cahayanya yang banyak dan berseri seri mampu menawan dan melembutkan hati mereka bersama kita menganuti agama penyuluh hidup ini. Tambahan pula kita diambang pengakhiran 1432H...semoga semangat juang untuk menegakkan syiar Islam ini dapat diutamakan dan menjadi gagasan dakwah yang mampu direalisasikan oleh pejuang Islam akan datang.

Jikalau hanya tahu berdakwah hanya pada tulisan juga merugikan...sekurang kurangnya biarlah kita berbuat segalanya dengan bersungguh sungguh demi agama Islam. Ia bukan untuk bekalan hari ini tetapi untuk hari esok yang kita tidak tahu sudah di penghujungnya atau tidak. Ikutilah kisah dakwah islamiyah dari arwah Afnan anak kepada Ummu Mariah Iman Zuhair itu. Walaupun dia dalam keadaan sakit dan sebelum sakitnya sentiasa bersyukur dan redha atas apa yang menimpanya. Sangat tulus, sentiasa sahaja bertahmid sekerasnya kepada Allah...yang cekal hatinya...yang teguh imannya yang halus bicara dakwahnya sehingga dikasihi mualaf- mualaf itu. Semoga kita juga dapat mencoontohi si kecil itu. InsyaAllah.

Hendak berdakwah mestilah mengena cara tertibnya...pohonlah pada Allah...bacalah seberapa banyak siri berdakwah..agar anda bisa berdepan dengan mereka sehingga membuatkan mereka menerima dan mengakui kebenaran Islam..hanya dengan kepandaian anda memperhalusi cara dakwah anda. InsyaAllah Allah senantiasa menyertaimu.

Tuesday, November 22, 2011

Jom berhijrah...!!!

Tak berapa hari lagi kita nak menyambut awal muharram 1433H...banyak perkara yang kita telah belajar dari kesilapan lepas..Maka, melangkahnya kita ke tahun yang baru,lakukanlah pelbagai perubahan yang membawa kita melangkah setapak kehadapan...penghijrahan kearah kebaikan seperti menjaga etika terhadap Allah, Al Quran, Rasulullah, diri sendiri (taubat, muraqabah, muhasabah hitung diri dan mujahadah lawan nafsu)juga kepada manusia. Manusia disini merangkumi kesemuanya bermula dari ibu bapa, anak, anak, adik beradik, suami dan isteri, kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga, muslim, non muslim juga kepada haiwan.

Penghijrahan juga perlu dilakukan untuk mematangkan diri dan fikiran seperti menjaga etika makan minum, memenuhi dan menghadiri undangan, bermusafir, berpakaian, sifat fitrah (5 fitrah) dan etika tidur yang kesemuanya ada diusul dalam kitab fiqh. Bacalah...semoga ia memandu dan memberi panduan buat anda untuk melakukan penghijrahan di awal tahun Islam ini. Fahamilah erti sebenar sebuah penghijrahan dan aplikasikannya.

Berhijrah juga perlu bagi menghilangkan sikap lemah dan malas malah sentiasa berusaha untuk memperkayakan ilmu pengetahuan Islam. Ia sekaligus dapat memberi anda peluang untuk bersama menjalankan aktiviti dakwah Islam yang besar supaya memperoleh syafaat dari tuhanmu.

Jikalau mampu dan berpeluang untuk melakukan penghijrahan dari segi tempat juga lebih baik...dan seeloknya tentulah dibumi Arab iaitu Madinah yang bersatu dengan tubuh Rasulullah s.a.w...Madinah yang memasukinya terasa kebesaran dan kehebatan seolah melihat Rasulullah s.a.w....Madinah yang Allah memilihnya sebagai tempat penghijrahan Baginda..persemadian jasad Baginda, yang penuh iman, yang dititip doa Baginda supaya para mukmin selalu mencintai tanah haram yang makmur dan penuh dengan barokah ini...Madinah yang bersih dari syirik, keberkatannya berganda- ganda berbanding Makkah, syaitan berputus asa di buminya, Dajjal tidak boleh memasukinya, tidak dimasuki wabak taun, gesaan kepada umat Islam untuk meninggal dunia di Madinah... Madinah yang menolak kekejian, syafaat bagi sesiapa yang bersabar atas ujian di Madinah, orang bukan Islam tidak boleh memasukinya, alim ulama'nya lebih alim berbanding yang lain tanahnya sebagai penyembuh (syifa') dan tamar bumi Madinah pelindung dari racun dan sihir.

Kesemua penghijrahan dilakukan semata- mata untuk mencari bahagia dan redha Allah. Adakah anda sudah bersedia dari segi jiwa dan mental? renung- renungkanlah...yang kesemuanya kita lakukan lillahita'ala. Sudah pastilah Allah akan sentiasa bersama kita, itu janjiNya.. jika kita selalu mengingatiNya, mengadu padaNya, memohon padaNya, melakukan segala suruhanNya juga meninggal laranganNya. Segalanya hanya wadud.

Mari kita imbau...bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w melakukan penghijrahannya yang terpaksa keluar dari kota Makkah dari alamat mimpi yang diberikan dengan perasaan sedih kerana masyarakat Makkah yang keras hati tidak mahu menerimanya juga dakwahnya. Maka, penghijrahan dilakukan baginda ke Madinah yang mana masyarakatnya menerima baginda dengan lapang hati. Disini kita boleh mengambil iktibar betapa baginda sukar diterima oleh golongan yang membencinya. Namun, kerana semangat juangnya dalam memperkembangkan agama Islam, maka hari ini kita adalah umatnya yang paling beruntung kerana dilahirkan dan celik dengan agama yang sempurna dan benar. Betapa sukarnya dahulu baginda melalui kesengsaraan memperkenalkan agama Islam itu agama sejagat. Betapa baginda melalui pengalaman yang sangat dahsyat sebagai seorang manusia...walaupun baginda itu nabi yang ma'sum.

Kita walau sedikit sama- samalah memperingati antara satu sama lain dalam hal keagamaan. Ini kerana kita sudahpun sedia maklum bahawa agama ini benar dan bersedarlah sesama kita dalam beragama. Hanya dengan cara ini sahaja yang boleh kita lakukan...kita tidak mampu nak memerangi musuh Islam melalui peperangan. Maka, pergunakanlah cara komunikasi global ini. Tapi harus diingat..jangan tersalah menyebar maklumat pulak...kelak kita bersoal jawab dengan Allah kerana menyalah laku dalam berdakwah.