Hanya padamu Kholik..kupersembahkan diri ini yang dijadikan dari tulang rusuk bengkok..bertahta laksana bidadari hiasan dunia merumuskan dorongan dan kehangatan buat suami tercinta untuk selamanya..
Thursday, December 8, 2011
Jenis Perkahwinan: Cubalah poligami cara Rasulullah...
Jenis perkahwinan adalah seperti berikut;
Poligami
merupakan perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Kajian mendapati pengamalan ini dilakukan oleh hampir kesemua bangsa di dunia. Namun, kebanyakan mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Sebagai contoh ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas. Hanya Islam sahaja hanya membenarkan berpoligami sehingga empat orang isteri diwakili dengan syarat-syarat tertentu.
Poliandri
merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata.
Monogami
merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh itu, penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).
Disini secara jelasnya, Islam itu indah apabila membenarkan poligami dengan bersyarat. Ia tidak menganiaya kaum wanita. Sebagai contohnya...lelaki Islam hari ini kebanyakannya berpoligami kerana merupakan seorang pecinta kepada wanita dan tidak puas hanya dengan seorang wanita sahaja untuk dijadikan sebagai isteri. Tetapi contoh dari Rasulullah...baginda berpoligami bukan kerana nafsu. Tetapi masih ada yang tidak berpuas hati dan ingin menjatuhkan baginda. Seorang penulis barat, Nazmi Luke.. yang mengkaji pola perkahwinan baginda dengan menyatakan baginda seorang yang gila seks dan kaki perempuan di zamannya kerana beristeri ramai. Sungguh menyedihkan kerana fakta itu bercanggah dengan perkara hakikat dan yang sebenarnya. Baginda memperisterikan isterinya adalah kerana kasihan dan kesemua dari mereka adalah janda (hanya Aisya r.a sahaja anak dara). Ini membuktikan bahawa pertuduhan itu tidak benar.
Sunnah Rasulullah s.a.w beristeri ramai kerana untuk membantu para wanita yang mengalami kesusahan dan kesukaran hidup. Contohnya kebanyakan janda yang diperisterikan Rasulullah adalah yang kematian suami. Disebabkan kerana kasihan dan mengelakkan fitnah kepada wanita tersebut yang tiada pelindung dan pendamping hidup, maka Rasulullah memperisterikan mereka. Begitu mulia niat dan perlakuan Rasulullah...bukan nafsu semata- mata seperti poligami yang berlaku dizaman umatnya kini. Maka...poligami itu indah bukan untuk seronok, tetapi berlaku adil kepada kesemua isteri yang dinikahi seorang lelaki, tetapi memberikan kesempurnaan kepada golongan wanita yang melarat, tiada penggantungan. Sekaligus, melengkapkan sebuah kehidupan yang teratur dan sempurna kepada mereka.
Baginda memberikan hak kepada isterinya dengan bersabda bahawa "Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajahnya, tidak memburuk- burukkannya dan tidak mengongkongnya kecuali didalam rumah." Riwayat Abu Daud.
"Ketahuilah! bahawa hak- hak wanita- wanita atas kalian ialah kalian berbuat baik kepada mereka dengan memberi mereka makan dan pakaian."
"Ketahuilah! hendaklah kalian berkelakuan baik dengan wanita, kerana mereka ibarat tawanan disisi kalian."
Sunnah Rasulullah s.a.w mewajibkan isteri- isterinya mengamalkan seluruh ajaran Islam, segala etikanya supaya mereka dapat mengawal kebebasan keluar rumah, berhias diri di luar dengan batasan pergaulan sosial antara lelaki yang bukan mahram. Baginda memberikan penjagaan dan perlindungan yang secukupnya terhadap kesemua isteri baginda. Baginda juga berlaku adil terhadap isterinya dalam urusan makan, minum, pakaian dan giliran. Tidak sesekali berlakunya perkara kecurangan, khianat dan menzalimi isteri baginda dalam pernikahan poligaminya.
Maka, wahai muslimin sekalian...adakah anda berdaya melakukan seperti sunnah Rasulmu?? Benar, kemanisan poligami itu terletak pada niat sebenar seseorang lelaki yang mengahwini isteri- isteri mereka. Sekiranya hanya berlandaskan nafsu semata- mata ia bukanlah cara Islam berpoligami...bukan dari amalan Rasulnya.
Note: Poligami itu tidak salah jika niat anda itu adalah benar disisi Allah. Maka perbetulkan niat anda dan berpoligamilah....kalau kena cara dan niatnya. Saya juga sangat menyokong poligami 100%...kerana saya juga salah seorang dari wanita bermadu. ;-)
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment