Wednesday, December 7, 2011

Jom kita pakat nikah..

Memetik kata baginda (Muhammad s.a.w), supaya berita ini disampaikan kepada semua kaum wanita yang bertemu dengan anda untuk patuh kepada suami dan menjaga hak mereka…kerana ganjaran pahalanya berupa sebuah pahala jihad…yah…itu dia…maksudnya…wanita kena sebarkan berita ini kepada semua wanita di seluruh dunia yang beragama Islam dan masih available untuk bernikah dan sudahpun mempunyai suami supaya mentaati suami- suami mereka kerana pahalanya serupa dengan pahala jihad fisabilillah…Allahuakbar..!!! besar tu pahalanya…jadi…kebanyakannya di Malaysia…rata- ratanya ramai yang dah ‘planning’ baik untuk bernikah di hujung tahun ini. Jadi segerakanlah…jangan melambatkan pahala besar ini..yang tak jadi pun jadikanlah…kalau bukan jodoh kalian dengan kekasih kamu sebelum ini…maka bersegeralah mencari pengganti…kerana hidup bukan semakin muda tapi semakin tua…renung renungkanlah…huhu..Namun, pernikahan bukanlah sekadar seronok- seronok atau sebuah pertunjukkan untuk bermegah kemudiannya berakhir dengan penceraian. Namun ia harus mendalami maksud tersirat dan erti sebenar sebuah pernikahan.

Pernikahan dalam Islam perlu dilaksanakan sesuai dengan keinginan Allah sebagai contoh pernikahan Rasulullah saw. Jadi tidak perlulah kita meniru nilai dan perilaku Barat yang tidak sesuai dengan syari'at Islam dan ia merupakan bid'ah atau kurafat. Tidak perlu berlebihan seperti persandingan yang bersifat menunjuk dan melakukan mengikut adat dan sebagainya.

"Barang siapa yang membuat- buat dalam urusan (agama) kami ini amalan yang bukan darinya, ia tertolak." (HR. Bukhari dan Muslim). Jadi besederhanalah sekiranya anda menempuh alam pernikahan kalian ye...sesuai dengan apa yang disyariatkan kesemuanya ada di syariatkan dalam Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3. Surah An-Nuur: ayat 32, Surah An-Nahl: ayat 72, Surah Yaasin: ayat 36, Surah Ar-Rum: ayat 21, Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49, Surah Luqman: ayat 10, Surah Qaf: ayat 7 dan Surah Asy-Syu’araa: ayat 7...semak sekiranya anda berkesempatan.


Syarat bakal suami yang mesti dipilih dan layak untuk bernikah adalah seperti berikut:

1)Seorang Islam
2)Lelaki yang tertentu
3)Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
4)Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
5)Bukan dalam ihram haji atau umrah
6)Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
7)Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
8)Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

ciri ciri mereka...
beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
* bertanggungjawab terhadap semua benda
* memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
* berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
* tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
* rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Manakala Syarat yang patut dijadikan bakal isteri

1)seorang Islam
2)Perempuan yang tertentu
3)Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
4)Bukan seorang khunsa
5)Bukan dalam ihram haji atau umrah
6)Tidak dalam idah
7)Bukan isteri orang

Ciri-cirinya pula...

* beriman & solehah
* rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami
* memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
* menentukan mas kahwin yang rendah
* wanita yang subur
* masih dara
* berasal dari keturunan yang baik
* bukan keturunan terdekat
* tidak memandang harta semata-mata

Hukumnya pula...adalah wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu. Disini mampu bermaksud (mampu membayar mahar-mas kahwin dan nafkah kepada bakal isterinya).

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

Haram
kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Banyak lagi bab nikah kalau nak sentuh sepenuhnya... ") ini hanya yang asas..kita berjumpa di lain entri ek...

Maka...kesemua dari anda ada yang memiliki ciri diatas?? segeralah berjumpa tok kadi...selamat bernikah...! p('0')/

No comments: