HATI YANG MATI PADA TUHANNYA...
Perlakuan yang tidak menyumbang terhadap kehendak dan hukum hakam yang diatur maha pencipta. Jiwanya kosong, lebih berpengaruh melakukan segala perbuatan sisi kirinya. Jiwanya kacau dan hampir keseluruhannya tidak tenang. Membuktikan petikan Ali Shariati didalam bukunya bahawa kebebasan 'bawah' (organ seksual) menggantikan kebebasan 'diatas' (minda dan intelek)mula mengalihkan pandangan dari isu ekonomi dan politik. Sekaligus memberi peranan hebat kepada isu seksual. Ini menyebabkan isu pergaulan bebas menjadikan mereka berasa seperti manusia bertamadun mencerminkan mereka sebagai masyarakat progresif. Mula berasa pendapat pemikir ulung Francis Bacon yang memisahkan sains daripada subjektiviti dan agama adalah tepat. Menganggap perlakuan dosa yang dilakukan sebagai tiada apa..wahai hati..dimana tiadapun celik, lemas dalam arus globalisasi kemunduran dan ketidakupayaan melangkah kehadapan. Pergerakan konstruktif para nabi, yang mentranformasikan arah hidup, cara hidup, perspektif, budaya dan destinasi mereka mula dilupakan. Kitab suci agung dipandang begitu sahaja. Ada sekumpulan yang sanggup membakar kitab agung itu, sememangnya punya hati hitam, bertopengkan manusia.
HATI YANG MATI PADA KELUARGANYA..
Tidak mengambil peduli sebarang kehendak dan peraturan yang diatur oleh kedua ibu bapanya. Tidak menghargai kebaikan sesama beradik atau ahli keluarga samada jauh dan dekat. Memperlekeh dan mengutuk seraya menindas kaum keluarga, malah suapan kali terakhi juga tidak ada.. bahkan tidak pernah ada yang terawal. Tanggungjawab dalam memberi makan kepada kaum keluarganya sememangnya tidak pernah dilakukan, malah tetap diabaikannya. Si suami tidak menjalankan perintah tuhan selayaknya, membuang tanggungjawab keluarga dalam pemberian nafkah. Si isteri melayan suami dengan hal yang tidak layak, tidak melakukan tanggungjawab penting sebagai seorang ibu atau bapa kepada anak- anak mereka. Masing- masing punya cerita dan sejarah yang menjengkelkan..
menderhakai dan mengkhianati kepercayaan sesama mereka. Mula mempersendakan hubungan suami isteri dihadapan orang lain dan melakukan kekerasan terhadap pasangan mereka. Mula menggunakan kepercayaan karut dan khurafat untuk menuntut hak yang tidak semestinya layak diterima. Si kekasih atau tunangan masing- masing yang kononnya sudah bertanggungjawab sesama sendiri berulangkali melaku sumbang membolos harga diri dengan selamba. Para keluarga hanya berdiam diri terhadap perkara yang dinoda...sibuk terhadap perebutan tinggalan pusaka untuk kepentingan diri masing masing sehingga melupakan darah sama yang mengalir di pembuluh darah..hanya terlihat uwang..wahai hati yang kotor itu...kemudiannya mula mati perlahan lahan...
HATI YANG MATI PADA MASYARAKATNYA..
Tidak menyedari atau arif mengenai sosial manusia pada zaman kini dan lampau. Tidak semestinya mewarisi sumbangan Galileo, Copernicus atau Ibnu Sina..tetapi mestilah menyamai sumbangan para nabi atau pemimpin agama yang berjuang mentransformasikan struktur fundamental pada zaman dahulu. Tidak dapat berkomunikasi dengan rakyat dan memberi tenaga barudalam kesedaran rakyat melalui era yang mereka hidup. sehingga kini hal ini tetaplah berlaku pada manusia yang tidak celik iaitu hati yang mati pada masyarakatnya.