Dengarkan ini wahai suami...
Pandangan isteri itu bermula dari suatu tempat disebuah rumah zaman yang moden. Rumah yang dilengkapi keretapi terapung di udara. Landasannya bagaikan kukuhnya landasan keretapi baru. Namun lebih kukuh untuk menuju melihat tempat indah keajaiban dunia.
Satu perjalanan yang kita tidak rasa penat, takut dan gusar. Seperti bersiaran dengan menaiki kereta persiaran di tempat sejarah tetapi tetaplah ia sungguh moden dan selesa. Bila- bila masa sahaja boleh menaikinya. Berapa lamapun boleh menggunakan jalannya tanpa dihadkan. Tiada traffic jam...semuanya lancar bagai pancuran air terjun membawa turun ke dasarnya. Tiada manusia lain yang diwajibkan beriringan...malah ia sungguhlah persendirian. Laluan perjalanan hanyalah milik kita, keluarga atau orang yang tersayang sahaja berada di dekat kita.
Di setiap destinasi yang dilewati dapat menggunakan dan melewati ruang keindahan itu. Bahkan awan yang memutar di sekitar ruang udara sungguh indah dan nyaman. Burung- burung menjadikan rencah keceriaan bersulam- sulaman... luarbiasa untuk terus dinikmati. Rintik hujan seketika membekalkan alunan lagu sepanjang perjalanan untuk menuju ke tempat indah. Udara tidak begitu sejuk atau panas. Tetapi memukau, bahagia serta mengujakan. Apabila melihat keunggulan laluan kawasan pergunungan... percikan air terjun dari gunung sangatlah segar. Adakalanya terdapat sungai seperti susu yang dapat diteguk waktu bersantai semasa dalam pelancongan..ia seolah merancakkan aura ketenangan dari terapi sungai gunung yang biru. Disitu pula kelihatan dua orang pengayuh kenu sedang bercinta dipermukaan air yang sungguh tenang.
Di detinasi yang lain, memperlihatkan kawasan taman agam yang mewah menghamparkan serakan batu permata bertatahkan emas, intan dan berlian. Baik dari kerusi sehinggalah lengkap satu ruang kawasan yang dihiasi set lengkap diraja, yang lebih indahnya dari istana Balqis.
Apabila dibanci inilah syurga para suami isteri yang soleh seperti dijanjikan Allah s.w.t melalui kitab suci al Quran...dan kenyataan inilah yang berada dibenak pemikiran manusia yang menjalani kehidupan berkeluarga dengan hebat berpandukan ajaran Islam sebenar. Dan.. syurga ini adalah syurga buat para isteri dimana suaminya mampu membahagiakan dan memberi laluan hebat mengikut hukum hakam aturan tuhan pencipta alam raya...Allah azzawajalla.