Thursday, June 28, 2007

Husam Ganti Menteri Kewangan Malaysia?

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa menegaskan Kelantan memperuntukkan dana untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang mempunyai sistem internet wireless Wi-fi yang terhebat di Kelantan untuk kemudahan dan penggunaan rakyat bakal terlaksana tidak lama lagi.
Perangkaan kemudahan internet yang menyeluruh berharga tidak kurang RM200 dipasang terus ke televisyen melalui penggunaan Wi- Fi demi memudahkan rakyat menggunakan sistem teknologi maklumat itu tanpa sempadan, sejajar dengan saranan kerajaan negeri demi memajukan Kelantan.
"Televisyen di rumah akan menjadi sebuah komputer dengan penambahan 'keyboard' untuk melengkapkan sistem itu, disamping kemudahan melayari internet seperti menggunakan komputer. Ini juga melibatkan kos yang lebih murah berbanding komputer" katanya.
Menurut Husam lagi, pemantauan akan dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membendung salahguna rakyat terhadap web- web lucah bagi mengelak timbul isu salahlaku pula.
Kini, masyarakat mendapatkan ilmu dengan cepat melalui internet untuk menambahkan seberapa banyak ilmu serta info diseluruh dunia. Sehubungan itu, kita tidak ketinggalan menerima maklumat dengan hanya melayarinya walaupun berada di kawasan terpencil.

Kelantan juga bakal menjadi pusat media apabila sebuah stesen tv Kelantan yang merupakan satu- satu negeri yang mempunyai pusat kawalan media rasmi IPTB terbesar di Kelantan, akan dilaksana tidak lama lagi.

"Melalui web tv internet ini seluruh dunia dapat melihat berikutan saluran maklumat terbuka tidak lagi terkongkong dan tertutup seperti sekarang," katanya.

Beliau secara tidak langsung menjelaskan berkenaan dengan suara rakyat yang mengharapkan bantuan kepimpinan dan kebijaksanaan mereka dalam menangani kewangan negara, di Mesyuarat Perhimpunan Guru- guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) disini baru baru ini.

Kewangan untuk menaikkan gaji guru YIK adalah sedang dipertimbangkan oleh Husam untuk memberikan galakkan kepada guru supaya lebih bersemangat dan berusaha untuk melatih dan memberikan ilmu dengan tidak jemu pada pelajar disamping meningkat kecemerlangan pelajar YIK.

“Rakyat perlukan wakil rakyat dan menteri yang dapat membantu. Saya juga sedang mencari dana untuk membantu kewangan rakyat. Bagi saya kerja ini bukanlah mudah, namun sekiranya diberi peluang saya boleh menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan”.

Husam juga dilihat menjaga kebajikan, beliau amat mematuhi dan tidak merugikan masa begitu sahaja apabila mendengar dua atau tiga kes yang antaranya melibatkan kemalangan juga kematian sebagai menjaga kebajikan rakyat dan meringankan bebanan mereka.

MB Seru Perbanyakkan Bacaan Ilmiah Berbanding Hiburan Lucah

Menteri Besar, Dato’ Nik Abdul Aziz menyeru rakyat supaya memperbanyakkan bahan bacaan ilmiah ketika ditemui semasa merasmikan Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2007.

Akibat kekurangan minat yang ditunjukkan pada bahan bacaan tersebut, bahan bercorak hiburan dan berunsur lucah tumbuh bagai cendawan, sekaligus menolak bacaan pengetahuan am yang sudah jarang didapati dan terpaksa dijual dengan harga yang mahal bagi menampung kos penerbitan.

Beliau juga turut berasa dukacita apabila bahan bacaan berunsur lucah dan hiburan yang tidak berfaedah itu, sangat laris di pasaran serta menjadi tumpuan muda mudi dan orang ramai yang mempunyai tabiat buruk.

“Ia bukan sahaja melibatkan bahan bacaan berbentuk komik, malahan hiburan yang menampilkan artis yang berpakaian menjolok mata terjual dipasaran. Disebabkan tabiat buruk sesetengah masyarakat, telah menyebabkan lambakan buku- buku hiburan yang juga berunsur lucah lebih banyak berbanding buku- buku ilmiah.

“Pembacaan saintifik seperti ensiklopedia, pengetahuan am serta bahan ilmiah berunsur Islam masih kurang dibaca oleh masyarakat. Perkara ini sangat membimbangkan dan mendukacitakan saya.”

Beliau juga menyeru ibu bapa agar bertegas dan mendidik anak- anak supaya dapat menyemaikan sifat suka membaca sekaligus memberikan faedah besar dari bahan bacaan yang seharusnya dibaca oleh mereka. Ia juga haruslah tidak terdiri dari bahan bacaan hiburan lucah dan komik yang dapat mengkhayalkan mereka.

Sehubungan itu, beliau turut berkongsi pengalamannya menjadi Menteri Besar yang sentiasa dan perlu membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebagai sumber rujukan yang bakal dikongsi bersama orang ramai melalui ceramah- ceramahnya sebelum ini.

Seminar Imam Se- Malaysia Beri Penekanan 1,000 Imam

Seminar Imam Malaysia yang dianjurkan di Taman Rehlah adalah julung kali anjuran Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid Kelantan yang memberikan penekanan bagi memperkasakan lagi peranan imam bagi menobatkan ajaran, nilai dan perundangan Islam negara.

Seramai 1,000 imam telah berjaya menamatkan pengkursusan mereka dengan baik. Mereka juga akan mula berperanan di masjid dengan melatari sistem pemerintahan Islam selaras dengan kewajipan imam yang sangat besar.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Pegawai dan Kakitangan Masjid, Kamarulzaman Mohamad berkata, kursus tersebut akan mendekatkan imam dengan masyarakat sekaligus menyemarakkan semangat perjuangan Islam didalam sanubari masyarakat bagi membentuk persekitaran yang baik sekaligus membantu imam memperjuangkan kesepakatan bagi membendung permasalahan.

“Ia bertepatan dengan peranan imam yang semakin mencabar, sekaligus memberikan mereka kesediaan dalam menangani masalah serta cabaran globalisasi.

“Dengan penyatuan imam- imam ini dapat membantu mewujudkan kumpulan ummah yang mempunyai pemikiran hebat berlandaskan Islam serta memelihara hak dan kehormatan Islam bagi menangkis dakwaan yang tidak berkaitan mengenai Islam sekaligus dapat membentuk perpaduan masyarakat umumnya ”.

Kurang dari sepuluh orang panel telah menjayakan Seminar Imam se- Malaysia ini turut memberikan tajuk perbahasan yang sempurna harus di aplikasi oleh imam- imam ini apabila bertugas di masjid sesuai dengan era globalisasi.

Salah seorang panel Prof. Madya Dr. Ali Mohamad dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya menegaskan bahawa, imam perlu cuba menghuraikan kebijaksanaan dalam menangani dakwah pada masa yang sama mendepani gerakan Islam serta politik bagi memperkemaskan usaha- usaha dan dakwah Islamiyah pada masa kini.

“Dakwah adalah adalah seruan kepada Islam iaitu berusaha untuk menegakkan Islam dengan memperjuangkan yang ma’ruf dan membasmi kemungkaran. Rentetan dari itu pengertian dakwah adalah menghendaki manusia supaya mengakui kedaulatan, kekuasaan serta hak- hak Allah dalam penggarisan dasar pedoman kehidupan bagi manusia”.

Kali Ini Mesti Tawan Malaysia!

Kesediaan PAS untuk menawan seluruh Malaysia pada pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi akan terjawab pada pilihanraya akan datang. “Kita sentiasa bersedia semenjak empat tahun yang lepas untuk memerintah Malaysia.”

Kenyatan itu di keluarkan oleh Dato’ Tan Sri Abd Hadi Awang merangkap Presiden Parti Islam Se- Malaysia pada perhimpunan sidang media yang berlangsung baru- baru ini selepas Majlis Perasmian Bangunan PAS di Jalan Raja Laut yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, beliau juga menyatakan bahawa PAS sudah sedia untuk bertanding serta memperakui kesungguhan PAS untuk menawan Terengganu dan Pahang selain kerusi Kelantan yang bakal di sapu bersih.

Beliau juga berharap agar kerajaan pusat menjalankan aktiviti telus tanpa membuat pembaziran wang memperuntukkan sejumlah wang walaupun ada yang mengatakan PAS tidak berbuat demikia kerana ketiadaan wang.

“Rakyat dapat menilai sendiri pembangunan dan hasil yang dibuat di Kelantan adakah PAS masih lagi kekurangan Wang?” katanya lagi.

Ramalan penggemburan bagi kerajaan bayangan barisan alternatif menjadi tanda tanya kesatuan media tentang kesediaan kerajaan Barisan Alternatif yang akan menerajui pucuk pimpinan pemerintahan Negara.

Ramalan peneraju pentadbiran terbesar adalah dari Dato Seri Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri manakala Dato Husam Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beberapa orang lagi yang layak memegang jawatan didalam kerajaan ramalan oleh pihak media.

Namun persoalan ramalan telah ditegaskan oleh beliau dengan rumusan ramalan yang masih terlalu awal untuk ditakrifkan.

“Sebolehnya pastikan kemenangan mutlak yang dicapai oleh kita dahulu barulah boleh untuk membuat kesimpulan”.

Mengenai kenaikan gaji kakitangan awam, beliau memberitahu kenaikan itu sepatutnya diumumkan sejak lama dulu bukan hanya kerana pilihan raya umum yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Sementara itu, Dato Nik Abd Aziz Nik Mat pula memberitahu media bahawa PAS tidak berasa terancam sekiranya kaum lain dan masyarakat disitu tidak mahu menerima kehadiran ibu pejabat PAS pusat yang baru itu.

Sebaliknya beliau berharap sebaik sahaja bangunan baru ini yang digantikan dari bangunan sedia ada di Taman Melewar dan dipindahkan terus dikota jalan Raja Laut sedikit sebanyak dapat mendekati masyarakat dan memberi pendedahan berterusan tentang perjuangan PAS sebenarnya disamping memberi sedikit kefahaman dikalangan mereka mengenai pertubuhan parti ini.

“PAS perlu dinilai oleh semua kaum tidak kira agama dan bangsa supaya dapat menerima cara hidup dan pemerintahan agung berlandaskan Islam yang sesuai untuk semua kaum, bangsa dan masyarakat serta agama”.

Beliau juga turut menegaskan bahawa beliau akan menerima tampuk pimpinan parti PAS yang terdiri dari kaum Cina dan sangat mengalukan pimpinan dari kalangan mereka. Ini kerana beliau mengkaji bagaimana cara Cina mualaf mempelajari sesuatu lebih tekun daripada Melayu yang sememangnya dilahirkan sebagai Islam mengikut keturunan nenek moyang akhirnya hanyut tanpa mendalami apa itu Islam yang sebenarnya.

Kesediaan PAS bukan sahaja dari segi itu malah dapat dilihat melalui keberkesanan jentera pilihanraya yang diadakan sehingga dapat menerima masuk setiap ahli UMNO yang menolak parti itu untuk memperjuang dan melaungkan pembangunan bersama Islam sejak kebelakangan ini kata Naib Pengerusi Presiden PAS pusat, Dato’ Husam Musa.

Beliau yang ditanya mengenai perkiraan jumlah undian oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menegaskan bahawa sekiranya tiada taktik kotor seperti sebelum ini yang digunakan oleh SPR, kemenangan atas kerusi di negeri lain akan semakin bertambah.

Suasana Sambutan Perasmian Pejabat PAS

Sambutan kemeriahan yang penuh dengan kesederhanaan dan semangat muhibbah dari pucuk pimpinan Parti Islam Se- Malaysia (PAS) semasa perasmian bangunan PAS di Jalan Raja Laut oleh Mursyidul Am PAS, Dato Nik Abd Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Tan Sri Abd Hadi Awang, Penasihat Keadila Rakyat, Dato; Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Naib Presiden PAS, Dato’ Husam Musa yang sangat dialukan oleh beberapa wakil NGO dan kedutaan asing.

Sekali lagi PAS dilihat memperolehi kejayaan apabila telah berjaya memiliki sebuah bangunan tujuh tingkat yang canggih di tengah kesibukan masyarakat yan berada dikota agar dapat mendekati PAS dengan lebih mendalam tanpa menyimpan pemikiran asing tentang kewujudan PAS selama ini.

Sorotan Multimedia tentang sejarah penubuhan PAS sebelum ini turut disaksikan dengan senyuman sambil menantikan perasmian membuka tirai bagi pague perasmian oleh Mursyidul Am PAS itu.

Bangunan tujuh tingkat itu juga dilawati disetiap dekorasi canggih sebagai lokasi terbesar pusat kegiatan dan operasi PAS yang akan di selenggarakan disini.

Sempena perasmian itu juga, Kelantan Research Institute Strategic Studies (KRISS) dengan kerjasama Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengadakan pameran makanan produk halal disamping memperkenalkan makanan tempatan yang berkualiti tinggi yang asli disamping pembungkusan yang sangat menarik.

Peristiwa: Projek Terminal Pendaratan Ikan Tok Bali (TIBA)

Suasana meriah berikutan sambutan Ulangtahun Keputeraan KDYMM Al Sultan Kelantan yang ke- 57 peringkat Jajahan Pasir Puteh ini mencatatkan sejarah apabila Projek Terminal Pendaratan Ikan Tok Bali (TIBA) bakal menjadi destinasi pelancongan yang baru bagi kawasan Jajahan Pasir Puteh ini.

Projek yang dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan ini akan menjadi tarikan ramai dari pengunjung dalam dan luar negeri memandangkan kedudukannya yang strategik dengan keindahan alam semulajadi pantai yang akan menjadikannnya sebagai fokus utama untuk pembangunan negeri melibatkan kawasan pelancongan.

Turut hadir didalam majlis peramian ini, Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Desa, Dr. Nik Mazian Nik Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Asli, Zulkifli Mamat.

Program yang diserikan dengan persembahan dikir barat paluan rebana dan kemeriahan bunga manggar oleh kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) serta pembukaan gerai pameran itu berlangsung dengan sempurna melibatkan penglibatan ramai sebanyak 2,000 orang.

Sumber Halal Dalam Pengutipan Cukai

Sekolah Menengah Ugama (A) Pangkal Jenerih telah diistiharkan penukaran nama kepada Sekolah Menengah Ugama (A) Al Hasaniah oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abd Aziz Nik Mat.

Antara yang hadir dalam majlis perasmian dan pengistiharan sekolah tersebut terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelolaan Kemajuan Sekolah Hassan Muhammad, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, dan beberapa ahli jawatankuasa lain.

Menurut Dato Nik Abd Aziz Nik Mat, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 4.6 juta sebulan bagi membayar gaji guru- guru dan pekerja sekolah agama dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) daripada hasil cukai negeri.

Bagi memastikan peruntukan dana yang mencukupi, beliau meminta agar rakyat bersama- sama membantu membuat pembayaran hasil dan cukai yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Ini kerana, dengan pengumpulan cukai tersebut, pihak kerajaan akan dapat mengagihkan dengan sebaik mungkin, hanya untuk kepentingan juga kemudahan kepada rakyat.

Namun, ia biarlah dari hasil yang halal. Supaya perolehan sumber kewangan ini dapat diselenggarakan dengan baik.

“Kita akan mengumpulkan cukai dan wang tersebut. Malah akan dikembalikan kepada rakyat.

“Sumber halal penting disebabkan itu kita tidak meluluskan tempat perjudian dan pusat hiburan yang bersumberkan dari hasil yang tidak halal.”

Pertandingan Mahabbah Menyerikan Program Keputeraan

Pertandingan menembak di Lapang Sasar Sultan Ismail Petra bagi acara yang sentiasa mendapat perhatian daripada semua pihak ini berjaya mengangkat martabat erena sukan di negeri Kelantan. Ia juga adalah salah satu acara sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Di Bawah Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan yang ke- 57.

Menurut Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bahawa acara penglibatan dan keperihatinan serta minat yang tinggi Kebawah Duli Al Sultan Kelantan dan Raja Permaisuri Kelantan di dalam acara ini membawa impak yang amat berharga terhadap dunia sukan menembak, adalah suatu bidang sukan yang terpuji dalam ajaran Islam kerana sealiran dengan gesaan nabi s.a.w supaya mahir dalam menunggang kuda dan memanah.

“Ia pastinya akan dapat mewujudkan persaingan yang sihat serta kerjasama yang erat kearah mewujudkan semangat kerja berpasukan dikalangan peserta serta pasukan yang sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam penyertaan dan pertandingan.

“Semua ini adalah manifestasi dari ikatan mahabbah yang berpanjangan dan ketaatan rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap institusi raja.”

Penyumbangan ikatan silaturrahim dikalangan pegawai- pegawai Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun, Pihak Swasta dan NGO dapat dilihat melalui acara yang dianjurkan ini. Ia sedikit sebanyak membuka peluang pegawai- pegawai supaya lebih mahir menggunakan senjata dengan tepat.

Acara menembak seperti Side Arm A, Side Arm B, Air Pistol, Sporting Rifle A, Hanging Plate (Individu) Jatuh Piring dan sebagainya adalah acara yang wajib dipertandingkan didalam Acara Menembak Mahabbah 2007 dan pada tahun sebelumnya.

PERISTIWA: Semasa Kedatangan Mantan Perdana Menteri Di Kota Bharu

Mantan Perdana Menteri yang telah menyampaikan syarahan bertajuk "Cabaran Kepimpinan Melayu Di Era Globalisasi: Memperkasakan Bangsa dan Kedaulatan Negara" itu menyuarakan pendiriannya dan pemimpin- pemimpin yang terdahulu yang telah banyak berjasa ini supaya tidak disalah gunakan oleh Pemimpin yang ada sekarang. Beliau telah menyampaikan syarahan perdana anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sebuah hotel di sini baru- baru ini
Program tahunan kali pertama yang diadakan pada tahun 2007 anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), telah dihadiri oleh beberapa orang pemimpin yang pernah berjasa dalam parti Umno. Antaranya, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Hussien Ahmad, Tan Sri Abdullah Ahmad dan Dato’ Mustapha Yaakob.
"Memang saya tidak mahu Umno kalah. Lagi pun kuasa lebih berada di bawah kerajaan Pusat. Kalau tidak ada pihak yang baik, pilihlah yang paling bagus," katanya lagi dalam ceramah tersebut.
Katanya lagi, tidak salah sekiranya rakyat menegur kerajaan atau pemimpinnya.
Malah katanya, kalau pemimpin melakukan perkara yang tidak baik, seperti rasuah, dan menggunakan konsep ali baba, maka, mereka patut di soal tentang kesalahan tersebut.
Manakala, Presiden MTRK, Dato' Ibrahim Ali berkata, program itu cukup bersejarah kerana berjaya mempertemukan kedua- dua pemimpin yang berkaliber dan pernah memegang jawatan tertinggi dalam negara mempunyai ketulenan sifat yang dapat menjadi contoh kepada rakyat umumnya.
Majlis yang dihadiri lebih kurang 100 orang itu mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan ahli UMNO sendiri.

Sukan Tidak Berdaftar: Kerajaan Negeri Tidak Bertanggungjawab


Oleh Wanna A. R


Fattah menegaskan Kerajaan Kelantan tidak akan bertanggungjawab terhadap punca Kematian atau kecederaan kepada peserta pertandingan acara sukan boksing yang dianjur dan tidak berdaftar dengan Persatuan Silat dan Boksing Kelantan.

Kebanyakan pertandingan yang dianjurkan oleh kelab yang bukan dari kerjasama dibawah kerajaan negeri juga bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan negeri Kelantan ini kerana tiada kata kesepakatan yang dikeluarkan daripada pihak terbabit.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan itu lagi, berkemungkinan didapati beberapa acara sukan yang berjalan dengan sendiri tanpa dibantu oleh mana- mana persatuan, akan diselaraskan supaya semua kumpulan yang tidak terlibat dengan pertubuhan tersebut akan bersatu dibawah satu bumbung.

“Pertubuhan tersebut akan disusun semula dan dimasukkan dalam Persatuan Silat dan Boksing Kelantan bagi memudahkan kami untuk memperuntuk dan menganjurkan aktiviti pertandingan bagi pihak kerajaan negeri supaya segala kes- kes seperti kematian dan kecederaan dapat diambil perhatian bagi pihak kerajaan negeri”, katanya ketika menghadiri majlis dialog bersama peserta seminar pembangunan seni silat dan boksing negeri Kelantan 2007.

Penganjuran Seminar Pembangunan Seni Silat & Boksing Kelantan 2007 itu telah mendapat sambutan menggalakkan daripada guru silat dan mahaguru boksing Kelantan.

Seramai kira- kira 50 orang peserta menghadiri seminar ini dapat berkongsi pandangan dan pengalaman mereka disamping menjalani sesi soal jawab bersama Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Abdul Fattah Mahmood.

Sementara itu, di perkarangan padang perdana Stadium Sultan Muhammad ke IV telah dilangsungkan perlawanan yang julung kalinya dipertandingkan dengan menggunakan nama baru bagi Tomoi atau Boksing Siam kepada Boksing Kelantan beserta Silat Kelantan telah mendapat perhatian daripada masyarakat negeri ini. Kemeriahan perlawanan berlangsung dengan lancar walaupun hujan lebat mengiringi perlawanan.

Berpusu ke Ekspo Pertanian & Produk Halal


Penerimaan dan sambutan orang ramai terhadap majlis Ekspo pertanian & produk halal yang telah diadakan pada 7- 8 April 2007 di markas PAS kawasan Pokok Sena, jalan Langgar, Alor Setar, Kedah setelah sekian lama tidak dihadiri dan dirasmikan oleh Oleh Menteri Besar Kelantan, mursyidul am Parti Islam Semalaysia (PAS) pusat, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berlangsung dengan meriah.

Pelbagai produk dan barangan makanan halal yang telah di jual disini dengan sambutan yang menggalakkan. Begitu juga beberapa tapak penjualan kereta dan akhbar- akbar lain seperti Mingguan Wasilah telah mendapat perhatian orang ramai yang menghadiri program tersebut.

Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkejar dari Pulau Pinang ke Kedah selepas mengadakan program Qiamulail di An Nahdhoh Inn, Permatang Pauh telah menggagahkan dirinya supaya dapat bersama- sama dengan masyarakat kawasan Pokok Sena pada malam itu.

Menurut Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau datang untuk berjumpa dengan masyarakat kawasan Pokok Sena dalam keadaan sakit demi untuk memperjuangkan Islam. Dengan itu, beliau berharap masyarakat juga turut berusaha untuk memperjuangkan Islam. Beliau juga berharap agar pemimpin UMNO akan mengubah dasar yang digunakannya selama ini, agar syiar Islam Akan berkembang di negara ini.

Masyarakat setempat juga sangat berpuas hati setelah mendengar segala amanat dan suntikan kata- kata semangat daripada Menteri Besar Kelantan itu.

Majlis yang turut dihadiri oleh Penyelia Pas Kawasan Pokok Sena, Hj Mahfuz Hj Omar, juga telah menerangkan serba sedikit perjalanan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh beberapa orang atasan yang tidak bertanggungjawab.

Selepas program dan majlis tersebut berakhir, ada satu insiden besar yang berlaku disitu. Ini telah di ulas oleh pengurus ekspo iaitu Zulkifli Ismail.

“Kejadian yang berlaku pada malam ini langsung tidak berkaitan dengan Menteri Besar Kelantan yang hadiri disini pada malam program tersebut. Ia adalah merupakan keghairahan peniaga yang menjual Air Safran Al Hafiz untuk mempromosikan air jualannya itu lalu membuat kecoh disini”.

Menurut Zulkifli lagi, peniaga berkenaan datang untuk berniaga sesudah ekspo berlangsung selama 3 hari. Pada 5 April 2007 yang lalu, semasa kedatangannya juga, dia telah membawa senapang pada setiap malam tiada tujuan.

“Dia sengaja ingin menunjuk- nunjuk dan sangat berbangga dengan perolehan dari hasil penjualannya itu dan telah menembak 3 das ke udara. Saya telah melarang beberapa kali namun dia berkata bahawa beliau mengenali ramai pihak polis disini.

“Pada keesokan harinya selepas kepulangan Tok Guru dan majlis ini tamat, ramai petugas cuba melarang dia supaya tidak melepaskan tembakan dengan sesuka hati. Dia langsung tidak mengendahkan larangan itu. Kemudian, pihak polis terus mencekup dan menahannya”.

Armalah Terima Mesin Bancuh Kueh Tercanggih


Tujuh Belas orang armalah layak terima mesin bantuan tercanggih mengikut jenis bantuan. Seorang daripadanya merupakan armalah yang pertama menerima mesin bancuhan kueh daripada penyelia Dun Tendong, Ab Hamid Aziz, di kampung Hutan Cengal, Tendong, Pasir Mas.

Setiap armalah yang menerima mesin bantuan ini mestilah berkelayakan dengan kriteria seperti seorang ibu tunggal yang miskin, serta gigih untuk memajukan perniagaannya.

Rahmah Idris, 61, mempunyai 2 orang tanggungan yang bersekolah sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan juga kepada penyelia DUN yang memilih dia sebagai calon pertama yang menerima mesin bantuan tersebut.

“Saya sangat berterima kasih dan sangat gembira apabila dapat memenuhi impian saya untuk membuat bancuhan kueh dengan mesin bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Selepas ini, saya tidak lagi lenguh dan bersusah payah. Saya juga akan berusaha untuk memperluaskan lagi perniagaan saya dalam mempromosikan kueh mueh tradisional untuk penghantaran ke seluruh Malaysia.

“Antara jenis kueh yang mendapat sambutan adalah ‘kueh tepung apam’, pulut, ‘tepung gomok’dan jemput bawang”.

Manakala, menurut penyelia Dun Tendong, Ab Hamid Aziz, “Saya bagi pihak DUN ingin membantu dan menambahkan pendapatan dan melancarkan pihak armalah dalam perniagaan mereka”.

Hotel Berkonsepkan Islam


Perasmian An Nahdhoh Inn di Markas PAS Permatang Pauh, Pulau Pinang, telah mendapat sambutan yang meriah daripada orang ramai. Majlis yang dihadiri oleh beberapa orang kenamaan ini, telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS Pusat, Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat.

Selain dari pembukaan gerai makanan, pakaian dan pelbagai lagi jenis produk halal telah memenuhi ruang kawasan permatang pauh, majlis juga diserikan nyanyian puji- pujian dari kumpulan nasyid Badrul Munir, yang sangat popular disini.

Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut menghadirkan diri ke majlis walaupun mengalami masalah kesihatan, namun disebabkan semangatnya yang berkobar- kobar untuk menunaikan tanggugjawabnya sebagai pemimpin untuk mendaulatkan Islam telah diterima dengan sambutan yang sangat ramai daripada pengunjung yang mengunjungi kompleks ini.

Beliau ada menyebutkan bahawa segala urusan yang kita lakukan mestilah berfikir hanya kerana Allah s.w.t. Manusia perlu mengenali apa itu Islam dan Iman kerana ia akan menjadi tonggak kekuatan seseorang manusia.

“Tidak kira apa yang akan saya sampaikan samada berkaitan politik, ceramah agama, qiamulail, ia tetap sama. Ia berkaitan dengan Islam. Ia tetap wajib untuk kita terima sebagai seorang Islam.

Majlis ini juga turut memberi peluang kepada Ust Abdul Mutalib Maaruf iaitu penaung dan orang yang bertanggungjawab untuk mengembangkan idea serta melaksanakan hotel berkonsepkan Islam ini untuk berkongsi pengalamannya dalam projek pembinaan An Nahdhoh Inn ini.

“Idea asal kompleks ini di buat kerana ingin mengikut dan mengimbau kembali kenangan semasa penyajian saya di sebuah sekolah pondok dahulu. Sementara itu, selepas sekolah Maahad Tahfiz ini siap, para pelajar akan menjalani persekolahan seperti penjadualan sekolah pondok. Manakala, bagi ibu bapa yang dating dari jauh boleh terus menginap di hotel An Nahdhoh Inn ini”.

Menurutnya lagi, An Nahdhoh Inn yang bermaksud kebangkitan ini telah mempunyai sedikit dana walaupun masih memerlukan sumbangan daripada orang ramai sekaligus mampu untuk diperkembangkan sebagaimana yang dirancang dengan sebaik mungkin bagi melengkapkan lagi kompleks tersebut.

“Wang yang diterima daripada pengunjung yang menginap di hotel ini, akan disumbang dan disalurkan kepada kompleks ini untuk dibina dengan lengkap. Segala keperluan yang diperlukan dapat disalurkan daripada kompleks ini supaya ia akan menjadi sebuah kompleks berkonsepkan pembangunan yang bercirikan identiti Islam. Ia juga supaya pengunjung berasa selesa dan tidak was- was apabila menginap di hotel ini.

“Ini kerana, pengunjung dapat membantu hasil daripada sumbangan mereka melalui hotel ini, yang akan diselaraskan oleh jawatankuasa. Jawatankuasa ini sentiasa akan taat menjalankan tugas dengan sebaik- baiknya serta dapat menjayakan kawasan ini dengan makmur. Ini akan menjadikan kompleks ini hidup sebagai sebuah pusat Islam satu hari nanti”.

Kompleks yang akan menyediakan kemudahan kepada pengunjung ini akan di ubahsuai supaya menjadikan pengunjung lebih selesa, malahan sebuah sekolah, Maahad Tahfiz An Nahdhoh juga akan turut dibuka disini. Majlis pecah tanah akan dirasmikan oleh Prof. Dato’ Haron Din.

Keunikan Taman Negara Kuala Koh

Pada tahun 1995, Taman Negara Kuala Koh telah dibuka kepada orang ramai, dimana ia telah menjadi pintu masuk utama pengunjung ke Taman Negara kerana ia merupakan perkongsian antara ketiga negeri sebelah pantai timur.

Bagi sesiapa yang ingin merehatkan diri dan melapangkan fikiran, bolehlah ke Taman Negara ini dengan menaiki bas dari Kota Bharu terus ke Gua Musang yang jaraknya kira-kira 170 kilometer. Seterusnya, naik teksi ke Taman Negara melalui Felda Aring.

Sekiranya anda merupakan pengunjung yang datang dari Pantai Barat boleh mennggunakan kemudahan bas ekspres Transnasional bagi laluan terus Kuala Lumpur ke Gua Musang.

Taman Negara ini telah menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang cintakan alam semulajadi.

Lebih menarik, kawasan itu boleh diibaratkan sebagai syurga bagi kaki pancing kerana ada lubuk segala raja ikan air tawar iaitu kelah, di sepanjang sungai yang menyusuri taman berkenaan.

Antara lubuk ikan yang terkenal bagi kaki pancing di Taman Negara adalah Jeram Sinar, Lubuk Kedah, Lubuk Kaloi, Lubuk Jengal, Lubuk Pertang, Lubuk Mahang, Lubuk Petai, Lubuk Sali, Lubuk Soak dan Lubuk Pintu Raja.
Apa yang paling menarik perhatian pengunjung disini adalah taman Negara ini menghimpunkan penempatan bagi Orang Asli suku Batek. Tiga penempatan Orang Asli suku Batek di kawasan Taman Negara ini iaitu di Kuala Balah di Sungai Pertang, di tepi Sungai Koh, Sungai Paku dan sekitar bulatan Ara.

Apa yang menarik mengenai suku Batek ini adalah mereka masih mengamalkan hidup secara berpindah randah ke kawasan yang lebih baik terutama di sepanjang sungai.
Taman Negara Kuala Koh mempunyai keluasan 1,043 kilometer persegi dengan hutan hujan tropikanya berusia sekurang-kurangnya kira-kira 130 juta tahun.Malah, kawasan berkenaan kini menjadi pintu masuk ketiga ke Taman Negara selepas Kuala Tahan dan Merapoh di Pahang.

Bagi pencinta alam semula jadi atau penyelidik spesies dan habitat hutan hujan tropika pula, Taman Negara ibarat rujukan yang tersimpannya sepsis dan habitat pelik seperti pokok tualang, pokok ipoh, pokok kemenyan, pokok ara, pokok meranti dan pokok gaharu.

Ini memberikan lagi maklumat dan rahsia paling besar tentang sumber alam ini seperti tumbuh- tumbuhan yang liar ataupun tidak disamping mengenali dengan lebih dekat lagi tentang jenis pokok tualang itu sendiri yang diberi jolokan pokok tertinggi di Asia.

Manakala getah pokok ipoh pula sering digunakan sebagai racun sumpit Orang Asli ketika berburu dan pokok gaharu dikenali kerana ia mampu dibuat minyak wangi.Selain itu, ada juga lebih daripada 300 spesies burung menghuni kawasan hutan, sekali gus mengisi kepelbagaian flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika itu.

Di Sungai Koh dan hulu Sungai Lebir pula, dalam tempoh sebulan hanya satu kumpulan saja dibenarkan memancing kelah.

Perkhidmatan river cruise selama setengah jam disediakan dengan hanya RM15 seorang, bagi mereka yang gemar menikmati keindahan alam dengan menyusuri Sungai Lebir dan Sungai Koh.


-----------------------------------------------------------------------------------------------
Antara Kelemahan di Taman Negara Kula Koh:-

1) Namun, keindahan ini sekiranya dibiarkan akan menjadi hambar.

2) Pengubahsuaian yang tidak dibuat pada jalan memasuki kawasan taman Negara amat menyedihkan

3) Suasana hutan asli yang dilengkapi pengalaman keseronokkan para pengunjung dan penggemar ikan kelah sahaja sanggup pergi kekawasan sebegini namun, hanya akan ada pengalaman sekali sahaja bagi mereka yang tidak selesa dan senang dengan keadaan disini.

4) Jalan yang mempunyai selekoh tajam, berlopak, berlubang dan 11 Km sebelum sampai ke taman negara berkenaan tidak diturap. Ini menyebabkan pengunjung yang tidak biasa dengan kawasan ini akan mula berasa tidak selesa untuk menikmati keindahan panorama Kuala Koh yang segar.

5) Selama 12 jam sahaja generator yang digunakan dikawasan ini akan berfungsi, selebihnya enjin akan dimatikan dan pengunjung akan berasa tidak selesa kerana duduk di dalam keadaan yang tiada kemudahan sumber elektrik

6) Stesen minyak 80 kilometer dari Taman Negara berkenaan

7) Barangan seperti keperluan asas seperti mandian, dan barangan lain dapat diperolehi di kawasan Chiku, tiada dikawasan Chalet reciptionist

8) Kawasan melalui chalet ke dorm samar, pengunjung digalakkan menggunakan lampu suluh supaya dapat berjalan dengan yakin untuk keluar makan di chalet receptionist

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Note: Hal Ini menjadi suatu usaha kerajaan negeri Kelantan untuk memperkemas dan memperbaiki segala kecacatan yang ada. Gua Musang bakal ditawan untuk memperbaiki kelemahan dan menambahkan kecantikkan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dan penggemar Kelah di Taman Negara Kuala Koh ini supaya tidak terbiar begitu sahaja.

Tuesday, June 26, 2007

SEHITAM HATIMU

Tangan itu masih belum berhenti
merakus dengan ketetapan tuk terus mengganas.
Belum ada sinar disekitarnya.
Belum ada tampungan pada calitan kotoran lumpur,
yang mengotor.
Apa yang terdasar,
adalah laluan comot
kotor lagi jijik,
bila ia bertebaran.
Sedarilah..sudah berulang kali tanganmu
menggomoli bahagian itu
Keserakahan layak bagai binatang
Walau tangan, kaki atau pancainderamu sekalipun,
Aku tetap menyalahi hatimu
Hatimu yang berkuman kehitaman…
Kotor..
hitam arang tampak keasliannya
dari sekujur hati hitam yang sangat selesa
bergalak berdenyutan...

Ya,
memang sudah tiada keikhlasan bersampai ke laluan itu..
21 0CT 2004