Thursday, June 28, 2007

Berpusu ke Ekspo Pertanian & Produk Halal


Penerimaan dan sambutan orang ramai terhadap majlis Ekspo pertanian & produk halal yang telah diadakan pada 7- 8 April 2007 di markas PAS kawasan Pokok Sena, jalan Langgar, Alor Setar, Kedah setelah sekian lama tidak dihadiri dan dirasmikan oleh Oleh Menteri Besar Kelantan, mursyidul am Parti Islam Semalaysia (PAS) pusat, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berlangsung dengan meriah.

Pelbagai produk dan barangan makanan halal yang telah di jual disini dengan sambutan yang menggalakkan. Begitu juga beberapa tapak penjualan kereta dan akhbar- akbar lain seperti Mingguan Wasilah telah mendapat perhatian orang ramai yang menghadiri program tersebut.

Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berkejar dari Pulau Pinang ke Kedah selepas mengadakan program Qiamulail di An Nahdhoh Inn, Permatang Pauh telah menggagahkan dirinya supaya dapat bersama- sama dengan masyarakat kawasan Pokok Sena pada malam itu.

Menurut Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau datang untuk berjumpa dengan masyarakat kawasan Pokok Sena dalam keadaan sakit demi untuk memperjuangkan Islam. Dengan itu, beliau berharap masyarakat juga turut berusaha untuk memperjuangkan Islam. Beliau juga berharap agar pemimpin UMNO akan mengubah dasar yang digunakannya selama ini, agar syiar Islam Akan berkembang di negara ini.

Masyarakat setempat juga sangat berpuas hati setelah mendengar segala amanat dan suntikan kata- kata semangat daripada Menteri Besar Kelantan itu.

Majlis yang turut dihadiri oleh Penyelia Pas Kawasan Pokok Sena, Hj Mahfuz Hj Omar, juga telah menerangkan serba sedikit perjalanan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan oleh beberapa orang atasan yang tidak bertanggungjawab.

Selepas program dan majlis tersebut berakhir, ada satu insiden besar yang berlaku disitu. Ini telah di ulas oleh pengurus ekspo iaitu Zulkifli Ismail.

“Kejadian yang berlaku pada malam ini langsung tidak berkaitan dengan Menteri Besar Kelantan yang hadiri disini pada malam program tersebut. Ia adalah merupakan keghairahan peniaga yang menjual Air Safran Al Hafiz untuk mempromosikan air jualannya itu lalu membuat kecoh disini”.

Menurut Zulkifli lagi, peniaga berkenaan datang untuk berniaga sesudah ekspo berlangsung selama 3 hari. Pada 5 April 2007 yang lalu, semasa kedatangannya juga, dia telah membawa senapang pada setiap malam tiada tujuan.

“Dia sengaja ingin menunjuk- nunjuk dan sangat berbangga dengan perolehan dari hasil penjualannya itu dan telah menembak 3 das ke udara. Saya telah melarang beberapa kali namun dia berkata bahawa beliau mengenali ramai pihak polis disini.

“Pada keesokan harinya selepas kepulangan Tok Guru dan majlis ini tamat, ramai petugas cuba melarang dia supaya tidak melepaskan tembakan dengan sesuka hati. Dia langsung tidak mengendahkan larangan itu. Kemudian, pihak polis terus mencekup dan menahannya”.

No comments: