Menteri Besar, Dato’ Nik Abdul Aziz menyeru rakyat supaya memperbanyakkan bahan bacaan ilmiah ketika ditemui semasa merasmikan Pesta Buku Islam Antarabangsa Kelantan 2007.
Akibat kekurangan minat yang ditunjukkan pada bahan bacaan tersebut, bahan bercorak hiburan dan berunsur lucah tumbuh bagai cendawan, sekaligus menolak bacaan pengetahuan am yang sudah jarang didapati dan terpaksa dijual dengan harga yang mahal bagi menampung kos penerbitan.
Beliau juga turut berasa dukacita apabila bahan bacaan berunsur lucah dan hiburan yang tidak berfaedah itu, sangat laris di pasaran serta menjadi tumpuan muda mudi dan orang ramai yang mempunyai tabiat buruk.
“Ia bukan sahaja melibatkan bahan bacaan berbentuk komik, malahan hiburan yang menampilkan artis yang berpakaian menjolok mata terjual dipasaran. Disebabkan tabiat buruk sesetengah masyarakat, telah menyebabkan lambakan buku- buku hiburan yang juga berunsur lucah lebih banyak berbanding buku- buku ilmiah.
“Pembacaan saintifik seperti ensiklopedia, pengetahuan am serta bahan ilmiah berunsur Islam masih kurang dibaca oleh masyarakat. Perkara ini sangat membimbangkan dan mendukacitakan saya.”
Beliau juga menyeru ibu bapa agar bertegas dan mendidik anak- anak supaya dapat menyemaikan sifat suka membaca sekaligus memberikan faedah besar dari bahan bacaan yang seharusnya dibaca oleh mereka. Ia juga haruslah tidak terdiri dari bahan bacaan hiburan lucah dan komik yang dapat mengkhayalkan mereka.
Sehubungan itu, beliau turut berkongsi pengalamannya menjadi Menteri Besar yang sentiasa dan perlu membaca untuk menambahkan ilmu pengetahuan sebagai sumber rujukan yang bakal dikongsi bersama orang ramai melalui ceramah- ceramahnya sebelum ini.
No comments:
Post a Comment