Thursday, June 28, 2007

Armalah Terima Mesin Bancuh Kueh Tercanggih


Tujuh Belas orang armalah layak terima mesin bantuan tercanggih mengikut jenis bantuan. Seorang daripadanya merupakan armalah yang pertama menerima mesin bancuhan kueh daripada penyelia Dun Tendong, Ab Hamid Aziz, di kampung Hutan Cengal, Tendong, Pasir Mas.

Setiap armalah yang menerima mesin bantuan ini mestilah berkelayakan dengan kriteria seperti seorang ibu tunggal yang miskin, serta gigih untuk memajukan perniagaannya.

Rahmah Idris, 61, mempunyai 2 orang tanggungan yang bersekolah sangat berterima kasih kepada kerajaan negeri Kelantan juga kepada penyelia DUN yang memilih dia sebagai calon pertama yang menerima mesin bantuan tersebut.

“Saya sangat berterima kasih dan sangat gembira apabila dapat memenuhi impian saya untuk membuat bancuhan kueh dengan mesin bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Selepas ini, saya tidak lagi lenguh dan bersusah payah. Saya juga akan berusaha untuk memperluaskan lagi perniagaan saya dalam mempromosikan kueh mueh tradisional untuk penghantaran ke seluruh Malaysia.

“Antara jenis kueh yang mendapat sambutan adalah ‘kueh tepung apam’, pulut, ‘tepung gomok’dan jemput bawang”.

Manakala, menurut penyelia Dun Tendong, Ab Hamid Aziz, “Saya bagi pihak DUN ingin membantu dan menambahkan pendapatan dan melancarkan pihak armalah dalam perniagaan mereka”.

No comments: