Mantan Perdana Menteri yang telah menyampaikan syarahan bertajuk "Cabaran Kepimpinan Melayu Di Era Globalisasi: Memperkasakan Bangsa dan Kedaulatan Negara" itu menyuarakan pendiriannya dan pemimpin- pemimpin yang terdahulu yang telah banyak berjasa ini supaya tidak disalah gunakan oleh Pemimpin yang ada sekarang. Beliau telah menyampaikan syarahan perdana anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sebuah hotel di sini baru- baru ini
Program tahunan kali pertama yang diadakan pada tahun 2007 anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), telah dihadiri oleh beberapa orang pemimpin yang pernah berjasa dalam parti Umno. Antaranya, Tengku Razaleigh Hamzah, Tan Sri Hussien Ahmad, Tan Sri Abdullah Ahmad dan Dato’ Mustapha Yaakob.
"Memang saya tidak mahu Umno kalah. Lagi pun kuasa lebih berada di bawah kerajaan Pusat. Kalau tidak ada pihak yang baik, pilihlah yang paling bagus," katanya lagi dalam ceramah tersebut.
Katanya lagi, tidak salah sekiranya rakyat menegur kerajaan atau pemimpinnya.
Malah katanya, kalau pemimpin melakukan perkara yang tidak baik, seperti rasuah, dan menggunakan konsep ali baba, maka, mereka patut di soal tentang kesalahan tersebut.
Manakala, Presiden MTRK, Dato' Ibrahim Ali berkata, program itu cukup bersejarah kerana berjaya mempertemukan kedua- dua pemimpin yang berkaliber dan pernah memegang jawatan tertinggi dalam negara mempunyai ketulenan sifat yang dapat menjadi contoh kepada rakyat umumnya.
Majlis yang dihadiri lebih kurang 100 orang itu mendapat sambutan menggalakkan dari kalangan ahli UMNO sendiri.
No comments:
Post a Comment