Apabilaku terserempak dengan seseorang yang mengalami kecederaan parut kemalangan, aku dapat merasai kesakitan yang dialami. Dirinya kelihatan tidak yakin untuk berhadapan dengan semua manusia..jangan begitu, simpan malumu..buangkan ketakutan dan perasaan rendah diri itu..Aku memahami perasaan kamu. Insyaallah kita semua kan kan tetap berdoa untuk kepada mereka. Sabarlah pada cubaan ini. sedikit masa sahaja. Allah akan mengangkat darjatmu.
Parut yang mengena keseluruhan anggota badan dan wajahnya membuatkan aku simpati dan amat bersyukur bahawa mereka ini masih diberi peluang oleh Allah s.w.t untuk menunaikan ibadah khusus yang diwajibkan sebelum menutup mata.
Begitu juga dengan kita, walaupun fizikal kita masih berupa elok, bersyukurlah, kerana bukan semua manusia ditakdirkan memperolehi hidup sebegitu sempurna. Oleh itu, bangun wahai umat Islam, bersyukurlah atas apa yang Allah kurniakan pada kamu.
Ingin kunyatakan disini bahawa, kepada sesiapa yang masih punya nyawa, hargailah...tidak kira kamu berupa elok atau tidak, Allah telah memberi peluang pada kamu agar dapat menyempurnakan ibadah kepadaNya. kepada yang mengalami kesan parut kemalangan, jangan bersedih, Allah disebalikmu...Allah melihatmu kemana arah tujuan, tindakan dan pemikiranmu...adakah punya bakti padaNya adakah memujanya?? sedikit kecacatan bukanlah ukuran untuk kita menjadi murung. Bahkan segalanya telah diaturkan tuhan. Allah maha mengetahui.
Fahamilah bahawa kita ciptaanNya...diri ini kepunyaanNya, jantung ini berdenyut untuk memuja dan bertasbih padanya. Lidah ini untuk berkata- kata perkara yang indah, memuja dan berselawat padanya. Hati ini suci untuk tulus mencintaiNya, kaki ini berjalan untuk ke tanah sucinya, ke rumahnya, berdiri solat menemuinya 5 waktu dan sepertiga malam, dan bekerja pada perkara yang halal...tangan, mata, telinga dan segala pancaindera yang ada adalah buatanNya yang paling baik.
Mengertilah, bahawa kita ini bukan di jadikan saja2, tetapi untuk beribadah padaNya...membuktikan bahawa Dialah pencipta yang perlu disembah, diutama dan dipuja.
Oleh itu...sujudlah sehingga kepada sujud terakhir fisabilillah, agar dapat membuka pintu syurga firdausNya.
Hanya padamu Kholik..kupersembahkan diri ini yang dijadikan dari tulang rusuk bengkok..bertahta laksana bidadari hiasan dunia merumuskan dorongan dan kehangatan buat suami tercinta untuk selamanya..
Saturday, April 9, 2011
Friday, April 8, 2011
Hello...frenz..come...visit interesting website...!!
Someone who visiting my blog have visit falak online website too...its very interesting and joyful...get d address at my link. I think for someone to starting using telescope must get at least d cheaper at the market. Then get a basic nikon D3000 to basic professional photographer /astrographer (if i not mistaken). to get d picture of galaxi..or bluemoon. Come on..join falakonline members. Tq.
Thursday, April 7, 2011
Serabut...
Aku masih tidak bisa tidur...masih tidak bisa menyelak lembaran skripku yang masih tertunda. Watak imam muda berkelulusan ilmu hadith masih dipertengahan jalan. Pengkisahan cinta agung yang didasari dengan lillahita'ala masih berpecah terasing berputaran di kepala.
Pabila otak merunsing menuntut kerja yang lain,jiwa mula kacau untuk berkarya..jadi penghasilan karya akan terjelapuk disitu. Maka untuk memfilemkan masih selalu terbantut. Harapanku agar tidak tertunda lagi tahun hadapan. Di tambah pula dengan kesihatan yang meronta untuk di utama.
pengkisahan parut dianggota badan yang terlakar satu hal yang lain pula...sudahlah buruk rupa, masih meragam meminta untuk tidak dikasari dan menyentuh objek keras.. mula mengaduh dan aku hanya mampu memegang tuk menenang keadaannya. Hal ini hanya berlaku pada manusia yang punya parut sahaja. Mereka sangat mengerti kata- kata ini.
Kukatakan disini,pabila parut ini tersentuh ia masih terasa kepedihannya, walaupun hanya seinci. Namun rasanya tetap segar seperti lukanya baru terjadi. Alahai, luka kepedihan hatimungkin parutnya tidak nampak dan kepedihannya tidak sembuh, namun luka sebenar yang terkelar di kulit akan tetap berparut hodoh dan tidak tahu bila saatnya untuk tidak memedih.
Ah, aku makin lama makin berperang dengan perasaan. Keperluan hidup yang ingin diselaras dengan kehendak akan terbantut, fikiran terhinggap terus pada pekerjaan. Kalau tidak dapat mencari target menyelesaikan stok barang yang sedia ada di ofis tutup kedai jawabnya...pengurusan kewangan pada pengiklanan juga perlu diagih dan diutama.
Pencarian duta hebat untuk promosi mempopularkan produk keluaran juga sudah menemui calonnya..aku dan kembarku walau masih berperang dengan kesakitan masih mengurus wang dengan baik walaupun wang yang sentiasa berlabur menjadi libiliti.
Wang untuk investment hanya sekadar meniti dibibir sahaja. Wahai diri, aku mesti tabah setabah cerita pengalaman kejayaan Napoleon Hill, Robert T. Kiyosaki atau Jack collins didalam buku tulisannya. Hanya membayang ungu hijau kelabu untuk menikmati perjalanan kehidupan yang bahagia.
Hai..'okane', 'okane', 'okane' des ne..
"Allah..tolong hambamu..
hindarkanku dari keserabutan.....!!!tingkatkan amalanku...imanku melalui kekayaan halal yang kau limpahi..percepatkan untukku ke laluan syurgamu yang teratas...AMIN".

Mengenang Ketakjuban
Terkenang, dilaluan yang kelihatanbatuan dari lapangan tanah tandus kering dalam keadaan bahagia...kedamaian milik al haram..
Walaupun tanah itu cukup tandus, Allah seniku menciptakan ruang kesenian dengan pelbagai ratusan makna...dari pendangan yang tersirat,aku cukup mengkagumi kagum denganNya, seraya memuja tuhanku yang maha Agung...
Tanpa awan, lagit tidak bercorak kesenian, tanpa batuan dan gunung ganang, lensa dunia tidak melengkapkan keunikan kawasan dan tanpa tumbuhan yang aman pemberi makna ketenangan dari Allah yang satu, lalu kuframekan segala keindahan ciptaan dalam kantor memoriku supaya ia mekar bersama kasih sayang dan ketakjubanku pada Allah.

Wednesday, April 6, 2011
SYURGA TERATAS
Inginku meneguk penghilang dahaga dari sungai syurgaMu Allahku...
Inginku memetik buahan merasai kelazatan dan kenikmatan syurgaMu
Inginku menjalani kebahagiaan bersama orang yang tersayang di istanaMu...
berhidup aman diluar jangkauan kotak fikiranku di syurgaMu...
segalanya inginku rasakan nikmat bak roh para syuhada' yang berterbangan menjadi burung hijau hidup di syurgaMu...kehebatan syurgaMu memaut hatiku
berhidup di syurgaMu yang mendamaikan...pemikiran hati, penglihatan segar dan bahagia...
Aku tidak sabar untuk menjadi sebahagian dari hamba pilihanMu

Subscribe to:
Posts (Atom)