Thursday, April 7, 2011

Serabut...

Aku masih tidak bisa tidur...masih tidak bisa menyelak lembaran skripku yang masih tertunda. Watak imam muda berkelulusan ilmu hadith masih dipertengahan jalan. Pengkisahan cinta agung yang didasari dengan lillahita'ala masih berpecah terasing berputaran di kepala.

Pabila otak merunsing menuntut kerja yang lain,jiwa mula kacau untuk berkarya..jadi penghasilan karya akan terjelapuk disitu. Maka untuk memfilemkan masih selalu terbantut. Harapanku agar tidak tertunda lagi tahun hadapan. Di tambah pula dengan kesihatan yang meronta untuk di utama.

pengkisahan parut dianggota badan yang terlakar satu hal yang lain pula...sudahlah buruk rupa, masih meragam meminta untuk tidak dikasari dan menyentuh objek keras.. mula mengaduh dan aku hanya mampu memegang tuk menenang keadaannya. Hal ini hanya berlaku pada manusia yang punya parut sahaja. Mereka sangat mengerti kata- kata ini.

Kukatakan disini,pabila parut ini tersentuh ia masih terasa kepedihannya, walaupun hanya seinci. Namun rasanya tetap segar seperti lukanya baru terjadi. Alahai, luka kepedihan hatimungkin parutnya tidak nampak dan kepedihannya tidak sembuh, namun luka sebenar yang terkelar di kulit akan tetap berparut hodoh dan tidak tahu bila saatnya untuk tidak memedih.

Ah, aku makin lama makin berperang dengan perasaan. Keperluan hidup yang ingin diselaras dengan kehendak akan terbantut, fikiran terhinggap terus pada pekerjaan. Kalau tidak dapat mencari target menyelesaikan stok barang yang sedia ada di ofis tutup kedai jawabnya...pengurusan kewangan pada pengiklanan juga perlu diagih dan diutama.

Pencarian duta hebat untuk promosi mempopularkan produk keluaran juga sudah menemui calonnya..aku dan kembarku walau masih berperang dengan kesakitan masih mengurus wang dengan baik walaupun wang yang sentiasa berlabur menjadi libiliti.

Wang untuk investment hanya sekadar meniti dibibir sahaja. Wahai diri, aku mesti tabah setabah cerita pengalaman kejayaan Napoleon Hill, Robert T. Kiyosaki atau Jack collins didalam buku tulisannya. Hanya membayang ungu hijau kelabu untuk menikmati perjalanan kehidupan yang bahagia.

Hai..'okane', 'okane', 'okane' des ne..

"Allah..tolong hambamu..
hindarkanku dari keserabutan.....!!!tingkatkan amalanku...imanku melalui kekayaan halal yang kau limpahi..percepatkan untukku ke laluan syurgamu yang teratas...AMIN".

No comments: