Tuesday, November 22, 2011

Jom berhijrah...!!!

Tak berapa hari lagi kita nak menyambut awal muharram 1433H...banyak perkara yang kita telah belajar dari kesilapan lepas..Maka, melangkahnya kita ke tahun yang baru,lakukanlah pelbagai perubahan yang membawa kita melangkah setapak kehadapan...penghijrahan kearah kebaikan seperti menjaga etika terhadap Allah, Al Quran, Rasulullah, diri sendiri (taubat, muraqabah, muhasabah hitung diri dan mujahadah lawan nafsu)juga kepada manusia. Manusia disini merangkumi kesemuanya bermula dari ibu bapa, anak, anak, adik beradik, suami dan isteri, kaum kerabat, sahabat handai, jiran tetangga, muslim, non muslim juga kepada haiwan.

Penghijrahan juga perlu dilakukan untuk mematangkan diri dan fikiran seperti menjaga etika makan minum, memenuhi dan menghadiri undangan, bermusafir, berpakaian, sifat fitrah (5 fitrah) dan etika tidur yang kesemuanya ada diusul dalam kitab fiqh. Bacalah...semoga ia memandu dan memberi panduan buat anda untuk melakukan penghijrahan di awal tahun Islam ini. Fahamilah erti sebenar sebuah penghijrahan dan aplikasikannya.

Berhijrah juga perlu bagi menghilangkan sikap lemah dan malas malah sentiasa berusaha untuk memperkayakan ilmu pengetahuan Islam. Ia sekaligus dapat memberi anda peluang untuk bersama menjalankan aktiviti dakwah Islam yang besar supaya memperoleh syafaat dari tuhanmu.

Jikalau mampu dan berpeluang untuk melakukan penghijrahan dari segi tempat juga lebih baik...dan seeloknya tentulah dibumi Arab iaitu Madinah yang bersatu dengan tubuh Rasulullah s.a.w...Madinah yang memasukinya terasa kebesaran dan kehebatan seolah melihat Rasulullah s.a.w....Madinah yang Allah memilihnya sebagai tempat penghijrahan Baginda..persemadian jasad Baginda, yang penuh iman, yang dititip doa Baginda supaya para mukmin selalu mencintai tanah haram yang makmur dan penuh dengan barokah ini...Madinah yang bersih dari syirik, keberkatannya berganda- ganda berbanding Makkah, syaitan berputus asa di buminya, Dajjal tidak boleh memasukinya, tidak dimasuki wabak taun, gesaan kepada umat Islam untuk meninggal dunia di Madinah... Madinah yang menolak kekejian, syafaat bagi sesiapa yang bersabar atas ujian di Madinah, orang bukan Islam tidak boleh memasukinya, alim ulama'nya lebih alim berbanding yang lain tanahnya sebagai penyembuh (syifa') dan tamar bumi Madinah pelindung dari racun dan sihir.

Kesemua penghijrahan dilakukan semata- mata untuk mencari bahagia dan redha Allah. Adakah anda sudah bersedia dari segi jiwa dan mental? renung- renungkanlah...yang kesemuanya kita lakukan lillahita'ala. Sudah pastilah Allah akan sentiasa bersama kita, itu janjiNya.. jika kita selalu mengingatiNya, mengadu padaNya, memohon padaNya, melakukan segala suruhanNya juga meninggal laranganNya. Segalanya hanya wadud.

Mari kita imbau...bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w melakukan penghijrahannya yang terpaksa keluar dari kota Makkah dari alamat mimpi yang diberikan dengan perasaan sedih kerana masyarakat Makkah yang keras hati tidak mahu menerimanya juga dakwahnya. Maka, penghijrahan dilakukan baginda ke Madinah yang mana masyarakatnya menerima baginda dengan lapang hati. Disini kita boleh mengambil iktibar betapa baginda sukar diterima oleh golongan yang membencinya. Namun, kerana semangat juangnya dalam memperkembangkan agama Islam, maka hari ini kita adalah umatnya yang paling beruntung kerana dilahirkan dan celik dengan agama yang sempurna dan benar. Betapa sukarnya dahulu baginda melalui kesengsaraan memperkenalkan agama Islam itu agama sejagat. Betapa baginda melalui pengalaman yang sangat dahsyat sebagai seorang manusia...walaupun baginda itu nabi yang ma'sum.

Kita walau sedikit sama- samalah memperingati antara satu sama lain dalam hal keagamaan. Ini kerana kita sudahpun sedia maklum bahawa agama ini benar dan bersedarlah sesama kita dalam beragama. Hanya dengan cara ini sahaja yang boleh kita lakukan...kita tidak mampu nak memerangi musuh Islam melalui peperangan. Maka, pergunakanlah cara komunikasi global ini. Tapi harus diingat..jangan tersalah menyebar maklumat pulak...kelak kita bersoal jawab dengan Allah kerana menyalah laku dalam berdakwah.

No comments: