Monday, July 23, 2007

Rakyat Kelantan Diminta Meluaskan Pengeluaran Produk Minyak Kelapa


Perkembangan terkini di dalam bidang bioteknologi telah membolehkan produk kelapa yang sudah sekian lama terpinggir menjadi produk yang berpotensi tinggi dalam pelbagai aspek. Produk dari kelapa terutama di dalam bentuk Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil, VCO) ini akan menjadi prospek hiliran kelapa yang bakal menembusi peringkat antarabangsa.

Memandangkan potensi kepada kelapa yang begitu besar, Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd telah menganjurkan seminar yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini mengenai teknologi ini kepada semua pihak di negeri Kelantan.

Pelbagai produk hiliran (downstream) yang lain seperti produk kesihatan, penjagaan diri, kosmetik dan farmasutikal kini telah mendapat tempat yang utama di persada pasaran domestik dan antarabangsa. Produk-produk bernilai tambah (value added products) hasil dari bahan buangan kelapa seperti coir fiber, planting media, soil remediation and slope protection fiber dari sabut kelapa, dan charcoal briquet serta liquid smoke (bahan pengawet) dari tempurung kelapa telah mula meneroka pasaran antarabangsa.

Sehubungan itu, potensi produk bernilai ditambah dari kelapa telah melalui proses amali serta pengenalan kepada teknik pemprosesan minyak kelapa dara (VCO) yang ditunjukkan oleh Pengarah Urusan, Kelapa Biotech Sdn Bhd, Zulkifli Daud, diikuti sesi amali kedua iaitu Pengenalan Teknik Pemprosesan Sabun & Produk Penjagaan Diri Dari VCO, oleh Wan Izzuddin Wan Sulaiman, merangkap Pengurus Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd.

Seminar yang sekaligus berjaya merumuskan revolusi kelapa dara dengan lebih mendalam kepada peserta seminar telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Desa Kerajaan Negeri Kelantan, Dr. Nik Mazian Nik Mohamad yang sangat mengalukan rakyat negeri ini untuk menyahut cabaran dan saranan kerajaan bagi meluaskan pengeluaran produk hiliran VCO.

Menurutnya lagi, pelbagai maklumat terkini mengenai teknologi, prospek dan peluang perniagaan di dalam berbagai produk hiliran dari kelapa serta pendedahan kaedah dan teknologi terkini di dalam prosesan Minyak Kelapa Dara (VCO) serta produk hliran dari VCO sekaligus dapat mewujudkan rangkaian (network) dan sistem sokongan (support system) yang berkesan di dalam menjana hasil tambahan dari kelapa.

No comments: