Tuesday, April 27, 2010

PIAF-Paris

Dalam waktu ini hati teringin mendengar alunan muzik mozart..atau lagu bawaan penyanyi PIAF-Paris yang mendayu dalam gemaan melodi lagu rakyat di pengakhiran tahun 90an melihat cigar berterbangan..aku kalut dipengakhiran watak lelakimat salleh muncul dimeja santai..

Sunday, April 25, 2010

MULUT KAU

Undangan malas, muak terbait dalam diri,
akibat sering tertikam oleh penangan mulut telanjang
yang tak segan- segan
terlanjur membias kata kesat,
dalam pembohongan yang turun naik.
Aku mudah untuk diam selaku batu.
Kuat untuk penahanan diri yang agak agresif
Ya, sabar itulah moralnya
untuk sesuatu perkara yang bakal tertimpa
daripada hal yang tak bererti apa- apa.
Penahanan diri yang juga layak dicerobohi
supaya tidak bergaulan dan terus menggauli kau
yang sudah kulihat seperti
tapai basi yang busuk
digomoli najis haiwan.

KEJERNIHAN

Sedari tadi belum ada singsingan,
belum ada rengekan…kosong!
Tidak terisi..
Tidak ada desiran kata- kata.
Tidak ada bingkisan dan coretan ngomelan.
Masih belum ada sumbangan sang mentari
Diruangan ini.
Kesemua teriakan demi teriakan bersatu
Mengiakan satu suara yang lebih dominan.
Kesesakan menemui kebuntuan
Yang semakin tercatit didada setiap orang
Berkongsi ilmu, berkongsi makan
Berkongsi pakai
Berkongsi teman dan hati...
Apalagi yang boleh digambarkan dengan keserasian?
Walau sekelumit kebencian,
Harus dibiar tercincang jangan dihalang
namun, dicanai segera..!
Maka akan tercapai jaringan keinsafan yang dititipkan dalam hati
Makhluk terbaik yang makin ramai

Saturday, April 24, 2010

BERSAMPAIAN DI TEMPAT ASING

BERSAMPAIAN DI TEMPAT ASING WALAU KULUP DENGAN ORANG- ORANG..PERJUANGAN UNTUK MENERUSKAN HARI-HARI AKAN DITEMPA LAGI DENGAN AZAM YANG MEMBARA UNTUK KESYURGAMU..YA ALLAH..

Sunday, December 6, 2009




KEJADIAN REMPUHAN KERETA DARI TINGKAT ATAS KB MALL






AHAD,DECEMBER 5, 2009.

Kejadian rempuhan kereta (BCL 3210) jenis honda bewarna kuning jatuh dari tingkat teratas KB Mall (tingkat 4) ke tinggat bawah di bahagian tengah ruang escalator bangunan pasaraya KB Mall.

Ia menjadikan insiden ini adalah yang terburuk pada tahun ini yang berlaku di bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.

Insiden yang melibatkan dua orang mati dan seorang cedera parah ini berlaku dengan pantas yang mana telah menimbulkan banyak reaksi dan tanda tanya dari pelbagai pihak termasuk orang ramai yang berkunjung untuk membeli belah di pasaraya itu.

Menurut sumber kejadian, (yang tidak mahu namanya ditulis) mengakui, kereta yang dipandu oleh mangsa jatuh dari tingkat teratas (tempat letak kenderaan-parking) di bangunan KB Mall. bagaimanapun, beliau selamat, cedera parah dibahagian kepala dan segera dikejarkan oleh ambulan (HPRZ II) ke Hospital Besar Kota Bharu .

Antara yang terkorban dalam kemalangan ini adalah dua orang pelajar kolej kejururawatan Masterskill.

Sila saksikan buletin utama untuk berita selanjutnya.

Saturday, November 14, 2009

SUFI..Sebenarnya

Ramai yang masih keliru dengan maksud sebenar sufi...

selama hari ini banyak segelintir dari kita yang tidak memahami maksud sebenar sufi dan sentiasa mengagungkan sufi bersih bagaikan alisan sungai di pergunungan sedangkan ramai yang masih tidak jelas amalan tareqat sebenar yang dilakukan oleh sufi..

Disebabkan amalan tareqat sufi yang terbahagi kepada 2...maka, mereka ditakrifkan dan dilabel sebagai penyebar bid'ah khurafat.

ada yang mendakwa amalan yang dilaku sufi dengan hanya berwudu', duduk di tikar sejadah dan banyakkan dzikir...x perlu bersolat kerana dengan hanya melakukan amalan dzikir lebih baik dari bersolat...ini fahaman yang benar- benar menyeleweng..jadi daripada kita dok membahas sedalam dan sejauhnya tentang sufi..maka lebih baiknya kita tidak menghabiskan masa dengan hal ini dan berbalik kepada kebenaran iaitu dari tuntutan pengamalan kepada Al- Quran dan As sunnah.

Tareqat dan amalan yang dari kekasih Allah (nabi Muhammad s.a.w) yang amat mudah dan tidak membebani kehidupan umatnya di dunia ini. Segalanya jelas dan sempurna.