Saturday, April 24, 2010

BERSAMPAIAN DI TEMPAT ASING

BERSAMPAIAN DI TEMPAT ASING WALAU KULUP DENGAN ORANG- ORANG..PERJUANGAN UNTUK MENERUSKAN HARI-HARI AKAN DITEMPA LAGI DENGAN AZAM YANG MEMBARA UNTUK KESYURGAMU..YA ALLAH..

Sunday, December 6, 2009




KEJADIAN REMPUHAN KERETA DARI TINGKAT ATAS KB MALL






AHAD,DECEMBER 5, 2009.

Kejadian rempuhan kereta (BCL 3210) jenis honda bewarna kuning jatuh dari tingkat teratas KB Mall (tingkat 4) ke tinggat bawah di bahagian tengah ruang escalator bangunan pasaraya KB Mall.

Ia menjadikan insiden ini adalah yang terburuk pada tahun ini yang berlaku di bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.

Insiden yang melibatkan dua orang mati dan seorang cedera parah ini berlaku dengan pantas yang mana telah menimbulkan banyak reaksi dan tanda tanya dari pelbagai pihak termasuk orang ramai yang berkunjung untuk membeli belah di pasaraya itu.

Menurut sumber kejadian, (yang tidak mahu namanya ditulis) mengakui, kereta yang dipandu oleh mangsa jatuh dari tingkat teratas (tempat letak kenderaan-parking) di bangunan KB Mall. bagaimanapun, beliau selamat, cedera parah dibahagian kepala dan segera dikejarkan oleh ambulan (HPRZ II) ke Hospital Besar Kota Bharu .

Antara yang terkorban dalam kemalangan ini adalah dua orang pelajar kolej kejururawatan Masterskill.

Sila saksikan buletin utama untuk berita selanjutnya.

Saturday, November 14, 2009

SUFI..Sebenarnya

Ramai yang masih keliru dengan maksud sebenar sufi...

selama hari ini banyak segelintir dari kita yang tidak memahami maksud sebenar sufi dan sentiasa mengagungkan sufi bersih bagaikan alisan sungai di pergunungan sedangkan ramai yang masih tidak jelas amalan tareqat sebenar yang dilakukan oleh sufi..

Disebabkan amalan tareqat sufi yang terbahagi kepada 2...maka, mereka ditakrifkan dan dilabel sebagai penyebar bid'ah khurafat.

ada yang mendakwa amalan yang dilaku sufi dengan hanya berwudu', duduk di tikar sejadah dan banyakkan dzikir...x perlu bersolat kerana dengan hanya melakukan amalan dzikir lebih baik dari bersolat...ini fahaman yang benar- benar menyeleweng..jadi daripada kita dok membahas sedalam dan sejauhnya tentang sufi..maka lebih baiknya kita tidak menghabiskan masa dengan hal ini dan berbalik kepada kebenaran iaitu dari tuntutan pengamalan kepada Al- Quran dan As sunnah.

Tareqat dan amalan yang dari kekasih Allah (nabi Muhammad s.a.w) yang amat mudah dan tidak membebani kehidupan umatnya di dunia ini. Segalanya jelas dan sempurna.

Thursday, August 6, 2009

Ta'al An-Nas...!!!

Nauzubillah..kita masih melihat di zaman teknologi bukan masih ada namun makin ramai kalangan masyarakat manusia yang masih lagi menggunakan jin- jin saka yang diwarisi melibatkan keturunan- keturunan mereka. Kini timbul spesis manusia yang tahu mereka mempunyai saka dan menggunakan pertolongan jin saka yang dimilikinya.

Ringkasnya ‘saka’ boleh didefinisikan sebagai jin atau jin-jin yang ada dalam diri seorang manusia berpindah kepada seorang manusia lain sama ada secara disedari atau tidak.

Sebenarnya, apa saja jin/ jin-jin yang diwarisi adalah saka tidak kira jin keturunan, segala hantu-hantu seperti hantu raya, jin silat, jin tariqat, jin perubatan/ perbomohan, jin nenek moyang dan sebagainya.

Namun bagi masyarakat Melayu, ‘saka’ lebih difahami sebagai jin/ nenek moyang yang turun daripada orang tua (datuk, nenek, bapa, bapa saudara dll) kepada orang yang lebih muda yang ada pertalian darah dengannya (seperti anak, cucu, anak saudara dsb).

Dan lebih khusus lagi ia disebut ‘saka’ apabila jin itu mengganggu anak cucu kerana ada perkara-perkara tertentu yang sepatutnya berlaku tetapi tidak berlaku. Jika tiada kekecohan, maka masyarakat Melayu jarang menyebutnya sebagai saka.

Jin-jin silat/ seni beladiri dan perubatan tradisional tidak disebut saka oleh kebanyakan masy. Melayu Jin-jin yang soleh dan jin Islam juga biasanya tidak disebut saka.

Tetapi, jangan dilupa, dengan tidak menyangka jin- jin tersebut adalah saka itulah yang menyebabkan ramai masyarakat hari ini meminta pertolongan melalui perubatan dan pembomohan sedangkan ia adalah salah satu dari pertolongan yang mewakili jin iaitu 'saka' yang dikira sebagai perantaraan kepada satu individu dengan individu yang lain untuk tujuan menjatuhkan, menyakitkan mengikut kehendak individu yang irihati/busuk hati.

Jesteru itu, kepada masyarakat hari ini marilah meluangkan masa mencari jalan menghapuskan musuh Islam ini yang kian ramai mengintai peluang mencari mangsa untuk dilapah melalui kegiatan dan pertolongan syaitan dan jin yang sentiasa membolos di sekitar hati yang hitam.

Monday, July 27, 2009

JAMBANGAN HADIS BERTANI SATU IBADAH

Saringan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim yang berkaitan dengan pertanian dan penternakan untuk dijadikan motivasi diri menjana ekonomi ummah dan memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah muslimin.

Himpunan ini secara bertajuk daripada beberapa ayat suci tentang tanaman, ternakan dan buah-buahan yang disebutkan di dalam al-Quran. Sekaligus membuktikan bahawa pertanian adalah satu kerja asas yang paling afdhal untuk keperluan ummah.

Dengan himpunan ayat ini juga menunjukkan bahawa bidang pertanian memulangkan pendapatan yang bersih kerana ia adalah hasil kerja tangan sendiri dan menanamkan perasaan tawakkal kepada Allah kerana petani dan penternak tidak berkuasa untuk menentukan hasil kerjanya berjaya atau sebaliknya.

Petani penternak juga perlu menjaga tatasusila semasa bekerja untuk menjamin kerjaya itu sebagai ibadah dan mendapat keredhaan Allah Azza Wajalla.

Selamat menghayati firman-firman Allah Azza Wajalla tentang pertanian.


TANAM-TANAMAN

1. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-A’raf ayat 58,
Ertinya: Dan tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah dan tanah yang tidak subur, tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur.


2. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Waqi’ah ayat 63;
Ertinya: Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam.


3. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 205;
Ertinya: Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kemusnahan padanya, dan merosak tanaman dan binatang ternakan, dan Allah tidak menyukai kebinasaan[130].


[130] Ungkapan Ini adalah ibarat dari orang-orang yang berusaha menggoncangkan iman orang-orang mukmin dan selalu mengadakan kekacauan.

4. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Baqarah ayat 71;
Ertinya: Musa berkata: "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya." mereka berkata: "Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya". Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu[63].

[63] Kerana sapi yang menurut syarat yang disebutkan itu sukar diperoleh, hampir mereka tidak dapat menemukannya.

5. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali ‘Imran ayat 14;
Ertinya: Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan[186] dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang baik (syurga).

[186] Yang dimaksud dengan binatang ternakan di sini ialah binatang-binatang yang termasuk jenis unta, lembu, kambing dan biri-biri.

6. Firman Allah s.w.t. dalam surah Ali ‘Imran ayat 117;
Ertinya: Perumpamaan harta yang mereka nafkahkan di dalam kehidupan dunia ini, adalah seperti perumpamaan angin yang mengandung hawa yang sangat dingin, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri sendiri, lalu angin itu merosaknya. Allah tidak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri.

7. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-An’am ayat 99;
Ertinya: Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu biji yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan (perhatikan pulalah) kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.

8. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-An’am ayat 136;
Ertinya: Dan mereka memperuntukkan bagi Allah satu bahagian dari tanaman dan ternakan yang telah diciptakan Allah, lalu mereka berkata sesuai dengan sangkaan mereka: "Ini untuk Allah dan ini untuk berhala-berhala kami". Maka sajian yang diperuntukkan bagi berhala-berhala mereka tidak sampai kepada Allah; dan sajian yang diperuntukkan bagi Allah, maka sajian itu sampai kepada berhala-berhala mereka[508]. Amat buruklah ketetapan mereka itu.

[508] Menurut yang diriwayatkan bahawa hasil tanaman dan binatang ternakan yang mereka peruntukkan bagi Allah, mereka pergunakan untuk memberi makanan orang-orang fakir, orang-orang miskin, dan berbagai amal sosial, dan yang diperuntukkan bagi berhala-berhala diberikan kepada penjaga berhala itu. Apa yang disediakan untuk berhala-berhala tidak dapat diberikan kepada fakir miskin, dan amal sosial sedang sebahagian yang disediakan untuk Allah (fakir miskin dan amal sosial) dapat diberikan kepada berhala-berhala itu. Kebiasaan yang seperti ini amat dikutuk Allah.

BERTANI SATU IBADAH

DASAR BERTANI SATU IBADAH DALAM PEMBANGUNAN
SEKTOR PERTANIAN NEGERI KELANTAN


’BERTANI SATU IBADAH’ merupakan slogan pelengkap kepada slogan di peringkat nasional iaitu ”PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN”. Ia sebagai pendorong utama ke arah peningkatan produktiviti dan kemajuan sektor pertanian negeri Kelantan ke arah merealisasikan visi menjadikan ”Kelantan Jelapang Makanan Negara pada tahun 2015”.

Dasar Pertanian Negeri Kelantan memberi penekanan kepada pembangunan dan pertumbuhan sektor pertanian komersil dan industri berasaskan pertanian, dan pembangunan tanah terbiar ke arah menjadikan Negeri Kelantan sebagai " Jelapang Makanan Negara".

Visi menjadikan Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015 mempunyai tiga komponen penting untuk menjadikan Kelantan cemerlang dan mengungguli bidang makanan di negara Malaysia. Untuk mencapai visi ini, seluruh tenaga dan komitmen pemimpin dan semua pihak berkepentingan adalah diperlukan bagi menggerakkan perancangan strategik ini. Tiga komponen itu ialah:

(a). Jelapang : Kelantan akan menjadi pengeluar terbesar makanan di Malaysia. Komponen ini akan menggerakkan seluruh sektor pertanian untuk lebih agresif dan mampan, memanfaatkan bumi Kelantan untuk memberi sumbangan terbesar dari segi pengeluaran pertanian KDNK di Malaysia.

(b). Makanan : Dengan pertumbuhan penduduk dunia yang bertambah dan gaya pemakanan yang telah banyak berubah maka makanan menjadi satu isu yang sangat penting untuk keharmonian sesebuah negara.Terutamanya dari segi keselamatan,kebersihan, kualiti dan halal. Makanan juga akan menentukan kesejahteraan dan kesihatan rakyat negara ini.

(c). Negara : Malaysia mensasarkan untuk mengurangkan pergantungan import makanan. Dengan usaha Kelantan untuk menjadi Jelapang Makanan Negara maka ia akan memberi sokongan yang kuat ke arah pencapaian sasaran tersebut.

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) telah digubal untuk meningkatkan daya saing sektor pertanian dan meningkatkan sumbangan pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Dalam usaha untuk menjadikan sektor pertanian sebagai satu bidang yang berdaya saing dan diceburi ramai, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah memperkenalkan slogan ”PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN”.

1. OBJEKTIF ’BERTANI SATU IBADAH’

Slogan ’BERTANI SATU IBADAH’ ini merupakan satu pendekatan bagi mencapai objektif seperti berikut :-

(a). Melahirkan masyarakat tani yang menghayati Islam dan konsep ibadah dalam kehidupan dan pekerjaan seharian mereka.

(b). Memupuk minat rakyat untuk menceburi bidang pertanian dengan memanfaatkan segala sumber alam, potensi, dan tanah-tanah terbiar dengan pelbagai aktiviti pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan dan industri asas tani.

2. KONSEP ’BERTANI SATU IBADAH’

2.1 ’BERTANI SATU IBADAH’ adalah suatu slogan, idea dan usaha yang berpaksikan kepada asas-asas berikut :

(a). Kehidupan adalah pengabdian kepada Allah ;

(b). Pekerjaan sebagai satu bentuk ibadah kepada Allah SWT ;

(c). Falsafah manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ;

(d). Kewajipan manusia mencapai kejayaan dalam semua bidang kehidupan.

2.2 ’BERTANI SATU IBADAH’ meletakkan ketuhanan sebagai paksi dalam pelaksanaan semua kegiatan, pekerjaan dan kehidupan manusia. Ianya menjelaskan bahawa seluruh kegiatan manusia adalah ibadah jika dilaksanakan berpandukan beberapa dasar utama berikut :

(a). Pekerjaan hendaklah yang dihalalkan syarak ;

(b). Diiringi niat yang baik dn ikhlas kerana Allah SWT ;

(c). Melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tekun dan sebaik-baik mungkin ;

(d). Menjaga batas-batas syariat Allah SWT dan menghormati dasar-dasar akhlak dengan tidak melakukan kezaliman, khianat, penipuan dan melampaui hak orang lain ;

(e). Pekerjaan yang dilakukan itu tidak menghalang daripada menunaikan ibadah khusus kepada Allah SWT seperti solat, puasa, zakat dan haji.

2.3 ’BERTANI SATU IBADAH’ bukan sekadar menyedarkan rakyat tentang nilai ibadah dan kepentingannya dalam kehidupan, malah akan menjadi asas bagi merangsang perubahan minda masyarakat secara menyeluruh sebagai dorongan dan penggerak utama ke arah kesungguhan dan peningkatan produktiviti kerja.


NILAI TERAS ’BERTANI SATU IBADAH’

3.1 Nilai teras kepada ’BERTANI SATU IBADAH’ ialah konsep Ubudiah (Pengabdian), Masu’liah (Pertanggungjawaban) dan Itqan (Kecemerlangan) yang menjadi sendi kepada dasar pentadbiran ’Membangun Bersama Islam’. ’BERTANI SATU IBADAH’ adalah suatu usaha berterusan untuk menerapkan konsep Ubudiah, Masu’liah dan Itqan (UMI) kepada semua lapisan masyarakat khususnya masyarakat tani yang terlibat secara langsung di dalam pembangunan sektor pertanian negeri Kelantan.

3.2 ’BERTANI SATU IBADAH’ akan memberi penekanan kepada intisari dan falsafah UMI dalam melahirkan masyarakat tani yang mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka dan menjana kecemerlangan kemajuan sektor pertanian. Penerapan dan penghayatan falsafah ini dengan ikhlas dan penuh keazaman akan melahirkan masyarakat tani yang mengamalkan etika kerja seperti berikut :

(a). Bekerja dengan azam mengabdikan diri kepada Allah ;

(b). Bekerja dengan ikhlas dan amanah ;

(c). Bekerja dengan tekun dan cekap ;

(d). Bekerja dengan semangat gotong-royong dan mesyuarah serta berpadu fikiran; dan

(e). Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat.

MESEJ ’BERTANI SATU IBADAH’

4.1 ’BERTANI SATU IBADAH’ mengajak rakyat/petani untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta melalui pemahaman tentang segala aktiviti berkaitan pertanian seperti proses kejadian tumbuhan, binatang ternakan dan alam semulajadi.

4.2 ’BERTANI SATU IBADAH’ mengajak rakyat/petani untuk memahami dan menghayati konsep dan falsafah Ubudiah dalam kehidupan seharian dan memastikan semua aktiviti yang dilaksanakan adalah sejajar dengan konsep ibadah dalam Islam.

4.3 ’BERTANI SATU IBADAH’ adalah suatu proses dakwah dan pendidikan. Ia berusaha mempastikan wujudnya pembawaan nilai-nilai ibadah dalam kehidupan seharian rakyat/petani lantas memupuk keperibadian individu unggul yang berjaya di dunia dan akhirat.

4.4 ’BERTANI SATU IBADAH’ mengajak supaya rakyat/petani melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dengan memanfaatkan segala potensi, keupayaan dan sumber alam untuk bersama-sama menjayakan visi untuk menjadikan Kelantan Jelapang Makanan Negara.

4.5 ’BERTANI SATU IBADAH’ mengajak rakyat/petani supaya mendidik dan menyedarkan tiap individu, keluarga, jiran, masyarakat dan organisasi (kerajaan, swasta, sukarela) akan kepentingan mengamalkan nilai-nilai ibadah dalam kehidupan mereka.

4.6 ’BERTANI SATU IBADAH’ mengajak rakyat/petani supaya sentiasa bekerja dengan tekun, cekap, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki prestasi kerja.

5.1 Memacu Kejayaan Visi ‘Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015’

5.11 Usaha memperkenalkan slogan ‘BERTANI SATU IBADAH’ adalah selari dengan visi untuk menjayakan Kelantan Jelapang Makanan Negara. Ini memandangkan dalam menjayakan visi tersebut, faktor manusia amat penting dan penentu kepada kejayaan visi tersebut di samping faktor-faktor lain.

5.22 BERTANI SATU IBADAH’ akan memberi penekanan kepada pembangunan insan iaitu para petani dan anggota masyarakat yang terlibat dalam pembangunan sektor pertanian. Kejayaan mencapai visi Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015 bergantung besar kepada sikap dan komitmen para petani dan semua pihak berkepentingan dalam melaksanakan segala program pembangunan pertanian yang telah digariskan dengan keazaman dan kesungguhan bekerja yang tinggi.

5.23 ’BERTANI SATU IBADAH’ akan merangsang perubahan minda seluruh pihak terlibat dalam pembangunan sektor pertanian secara menyeluruh dan sistematik. Budaya kerja berteraskan ibadah menerapkan nilai-nilai positif seperti prinsip amanah, bertanggungjawab, tekun dan kerja berkualiti akan menjadi penggerak utama kepada pencapaian visi Kelantan Jelapang Makanan Negara 2015.

6.1 Mendorong Peningkatan Produktiviti Masyarakat Tani

6.1.1 ’BERTANI SATU IBADAH’ membina kekuatan melalui mekanisme dalaman yang menjadikan setiap usaha dan pekerjaan sebagai satu tuntutan agama dan ibadah yang mendapat ganjaran daripada Allah SWT di dunia dan juga akhirat. Mekanisma dalaman ini akan menjadi dorongan dan motivasi bagi setiap petani untuk bekerja dengan tekun dan sentiasa berusaha meningkatkan produktiviti dan kualiti kerja mereka. Peningkatan produktiviti dan mutu kerja akan membantu memaksimumkan pendapatan para petani melalui pengeluaran hasil tani yang lebih banyak dan berkualiti.