Saturday, August 20, 2011

Kita sebagai konsultasi solusi

Hari ini menjadi lebih tenang apabila jiwa kita mengunjung ke kawasan sekitar Baitullah.
Ada laluan pejalan kaki yang super sibuk dengan manusia yang berbondong untuk menunai solat di disitu. Ada burung burung merpati kelabu yang sangat jinak apaila mengena umpan biji matahari. Ada kedai kedai yang bersih dan operasinya petang saat menunggu orang dikala azan bersahutan. Tak kurang juga fakir miskin yang minta suapan roti untuk diisi. Kepusuan yang cukup padat disekitar belah luar dalam kawasan al bait shopping centre. Membeli haruman kasturi untuk berwangian menghadap pencipta alam raya. Ada juga yang membeli baju tidak kurang membeli sejadah juga tasbih yang segalanya untuk menjalani pengibadahan kepada tuhan satu. Sepadatnya seluruh kawasan adalah menjadi tempat orang orang yang ingin menikmati 1000 bulannya di Makkah. Yang melaku tawaf, tak kurang dengan solat sunat, malah ada juga yang hanya beriktikaf dikawasan ka'abah untuk lebih tawaddhuk dan menanti waktu berbuka dengan sebiji kurma dan air zam zam. Kemudian terus menerus menjalankan ibadah sunat serta pembacaan kitabullah. Menunggu lagi seusai solat tarawih.
Sayugia mata memandang..dan ketenangan inilah apabila diresapi menjadi sebuah ketenagan yang dicari seluruh umat. Tidak memikirkan apa apa selain berzuhud.
Namun, permasalahan tidak berhenti disitu. Pabila mereka pulang kekampung laman permasalahan mereka juga sama. Tidak akan dapat berzuhud selagi punya keluarga dan hasil keturunan untuk menanggungjawab. Inilah lumrah kehidupan dari apa yang disunnahkan Rasulullah s.aw. Yakni memperbanyakkan zuriat dan keturunan sholeh.
Pelbagai permasalahan yang membingungkan mereka, maka konsultasi keluarga dari si bijak pandai menasihati amatlah penting untuk menyelesaikannya. Ada yang iman menipis sekeluarga, ada yang anaknya seorang penghafaz quran tapi asyik dengan nyanyian bisa menghafal dengan faktor qadrati dan inilah yang menentukan kuat dan lemahnya hafalan. Diantara mereka ada yang lambat, cepat ingat cepat hilang. Ada juga permasalahan rumahtangga hasil penceraian. Dan ada juga dari mereka yang ditinggalkan warisan yang banyak lagi haram..tetapi membutuhkannya.
Malah, ada diantara mereka yang dianugerahi putra dan putri yang sangat tampan dan manis. Namun ketampanan dan kecantikan itu memberikan permasalahan kepada ibu dan bapa mereka. Adapun putra mereka akibat terlalu tampan telah diminati sejenisnya, melaku sumbang. Adapun putrinya yang menawan menjadi habuan keserakahan lelaki. Kerana dasyatnya permasalahan itu ibu dan bapa merasa gagal mendidik anak. Merasa hancur disetiap kali mengingati perkara yang dilihat sungguh canggung itu. Dunia mula jadi hitam tiada solusi bagi mereka. Kebuntuan mula bersarang. Disinilah kita yang punya ilmu bisa bantu dan jangan sesekali biarkan mereka.
Kita hanya dapat membantu mereka berusaha untuk menjadi orang yang teguh dalam menyelesai dan membuat segala keputusan. Supaya mereka tidak lelah dan ragu ragu dalam membuat keputusan. Bersikap tegaslah kepada sesuatu yang mungkar. Janganlah biarkan diri kita dan mereka cepat menyerah jangan mudah putus asa dan yakinlah kepada Allah s.w.t kerana Allahlah sebaik penjaga. Allah senantiasa memberikan kepada anda kesabaran apa yang anda alamiserta meluaskan pertolongannya pada anda.
kalian harus bersungguh sungguh berdoa dan berusaha dalam mendapatkan pertolongan Alllah s.w.t sekalius mendapatkan keampunannya dengan banyak beristighfar dan bertaubat. Insyaallah segalanya dipermudahkan.

Wednesday, August 17, 2011

Mari sahabatku...

Friend, friendship begin with sharing. Thinking of you every moment, you are in my mind.
Bagi membiarkan org sangsi dgn cara dan percakapan sangat mudah..untuk masuk dalam satu-satu kelompok sangatlah mudah..hanya menyamai cara mendekati seseorang...seperti musuh dalam selimut, tetapi jgn tersilap..kerana apa yang dilihat dari penilaian luaran seseorang tidak sama dengan yang ada pada dalaman individu itu sendiri..Pelbagai hadis qudsi melalui kitab pengajian harus dikongsi..perlu dijadikan panduan utk dibukukan dalam hati dan mula digunakan pabila berdepan nanti.. Marilah hati- hati kecil yang selalu ingin dinilaikan tuhan menjadi besar..supaya dapat mengandar ribuan hadis dan firman melalui al quran. Janji Allah. Amin.

Sunday, August 7, 2011

Sempurnakan tanggungjawab keluarga dalam mencari redha Allah

Berapa ramai dari kita yang sentiasa tenang apabila berada didapur,mencuba pelbagai menu sajian buat keluarga tersayang? Perasaan 'passion' itu pastikan hadir dengan sendiri apabila kita punya dapur moden dari jenis kayu, keluli tahan karat, punya kaunter top solid surface yang menimbulkan pelbagai rona yang mampu membangkitkan semangat dalam penyediaan makanan dan minuman. Tetapi sumber psikologi memperakui bahawa 'mood' masakan bergantung kepada si pemasak samada dia dalam keadaan ok atau ko.haha..
Teori ini juga aku ambil dari sensored film 'like water for cocholate' yang di adaptasi dari sebuah novel karya novelis german, kalau tidak silap. Filem ni mengisahkan seorang perempuan miskin yang sangat pandai memasak. Malah, lelaki yang baru ditemuinya juga selain berkenan kepadanya sangat menyuka masakannya. Namun menu masakan dan rasa makanan bergantung kepada emosi si pemasak.Samada ketika penuh kasih sayang, marah,sedih, gembira dan merindu. Ketika itulah orang yang merasa masakan berubah mengikutperasaan yang sama dengan si pemasak. Huhh..sebut tentang makanan dibulan puasa ini tentulah kita juga memilih untuk memasak dirumah dari membeli dibazaar Ramadhan. Namun,tidak pula bagi sesetengah dari kita yang kesuntukan masa,bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Dikala petang pula, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, yang membuatkan mereka membeli sahaja juadah berbuka puasa (aku juga begitu) atau yang masih tidak berkeluarga berbuka puasa direstoran adalah alternatif pilihan yang paling berbaloi. Berapa ramai diantara kita yang memilih untuk berbuka di masjid seterusnya tunai maghrib dan isya' sekaligus menyudahkan solat sunat terawih? Wah, alangkah bahagia dan beruntunglah mereka yang berjaya memasuki kelompok itu. Dan aku rasa, akulah orang paling rugi, sebab tidak sempat menunaikan sunat terawih dimasjid. ('...sesungguhnya manusia sentiasa berada didalam kerugian..') Entahlah, apabila kerja makan gaji dan berniaga sekaligus menuntut, diri dengan sendirinya mengikut arus itu. Stamina yang kurang mula membuatkan ramai kalangan wanita yang bekerja sambil berniaga yang menyara keluarga tidak dapat menyempurnakan amalan sunat mereka dengan pahala yang berlipat ganda. Mereka ini adalah antara manusia yang rugi. Namun, kita mampu mengubahnya jikalau mahu. Insyaallah, mesti ada kekuatan mental dan fizikal yang lebih sedikit.
Nampaknya, hari minggu sebegini kita berpeluang menunaikan segala tanggungjawab pada keluarga (memasak dengan hebat layak chef) dan terutamanya tentulah tanggungjawab total pada pencipta Allah s.w.t.(membaca al quran dan dzikir serta melakukan sebanyaknya solat sunat (hajat dsb). Maka hari hari yang dilalui akan menemui 'hallawatul iman' tambahan lagi di bulan Ramadhan yang punya banyak kelebihannya ini. Insya Allah. Sama- samalah kita merebutnya sebelum menutup mata.

Monday, August 1, 2011

Salam ramadhan semua...

Alunan langit malam mengikut buih ombak yang diterangi bulan sabit dicelahan awan yang bergerak kepul kepulan. Sangatlah cantik kemeriahan malam yang Allah s.w.t ciptakan.

Dikala ini pemuda pemudi terlampau sibuk mengurusi hal dunia. Walau bulan ramadhan mulia datang berkunjung untuk memudahkan manusia mendapatkan pahala namun, masih ramai yang tidak mengindah. Bahkan untuk mengungkapkan 'selamat datang ramadhan' kepada teman juga tidak terluahkan. Betapa manusia didalam kesibukan yang 'ntahapahapa'.
Salam ramadhan buat semua teman temanku.
Ya, wahai teman temanku...berbalik pada lanjutan kata di bulan mulia ini..sama samalah kita mengejar pahalanya. Banyak fadhilat yang dapat diselami dari ibadah yang kita kerjakan. Semoga selepas ini andainya ada yang ingin berhijrah ke tanah arab, dan memohon kepelbagaian doa akan disegerakan kemustajabannya daripada Allah s.w.t.insyaallah. Janji allah.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan kali ini.....Mencerap Anak Bulan: Sampai kemana?

Pada tahun lalu kami sempat meredah ke Bukit Peraksi…

Umumnya bulan Ramadhan adalah bulan yang diwajibkan Allah ke atas umat Islam untuk melaksanakan ibadah puasa semenjak bulan Sya’ban tahun 2 Hijrah berikutan turunnya ayat 183 Surah al-Baqarah, yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa…”.

Ramadhan lalu kami berjaya menjejaki anak bulan di Bukit Peraksi, Pantai Mek Mas, juga di rumah bapa saudara saya, Doktor Mahamarowi (Pengerusi Persatuan Astronomi-falak Kelantan) di jalan Guchil Bayam, untuk melihat sendiri kelahiran anak bulan ramadhan yang menentukan tarikh masyarakat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Disamping mengambil ‘shot’ anak bulan yang paling cantik untuk difail dan direkodkan dalam arkib FW Media.

Disini kami telah mendapatkan sedikit kupasan mengenai lanjutan daripada kriteria imkanur- rukyah dalam penetapan awal bulan qamariah. Dimana, ia dilakukan dengan kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanur rukyah (kebolehnampakan) bagi penentuan masuknya awal bulan apabila kedudukan hilal ketika matahari terbenam pada akhir bulan qamariah berada dalam keadaan yang memungkinkan kenampakannya.

Jawatankuasa kajisemula Data Rukyah Hilal Malaysia membuat analisis terhadap data rukyah yang dilakukan oleh dua negara anggota Malaysia dan Indonesia (MABIMS). Pihak Malaysia atas cadangan jawatankuasa tersebut telah mengemukakan satu kriteria imkanur rukyah kepada MABIMS. Kriteria tersebut telah dipersetujui untuk diterimapakai oleh anggota MABIMS dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam kali ketiga pada 29 Zulkaedah 1412 bersamaan 1 Jun 1992 di Labuan.

Kriteria yang telah dipersetujui itu ialah sekiranya ijtimak telah berlaku pada 29 Syaaban, 29 Ramadhan atau 29 Zulkaedah sebelum matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat- syarat berikut:

(a) ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan diatas ufuk tidak kurang daripada 2° dan jarak lengkung (bulan-matahari) tidak kurang daripada 3°.
atau

(b) ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku).
Mulai 1995 pemakaian kriteria ini telah diperluaskan bagi menentukan kesemua bulan- bulan qamariah. Kedudukan hilal relatif dengan matahari ketika matahari terbenam bagi kenampakan awalnya hilal menurut kriteria MABIMS.
Ini sorotan pengalaman kami di tiga buah lokasi berbeza selama 3 hari berturut- turut bagi melaporkan keadaan hilal matahari sempena penetapan tarikh Ramadhan pada tahun lalu.


Hari Pertama: 29 Syaaban 1431H Bukit Peraksi, Pasir Puteh.


Petang itu jam 6.25 minit, Jawatankuasa Jabatan Ukur Pemetaan Kelantan (JUPEM) dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang banyak memberikan kerjasama memberitahu bahawa alat bacaan data rukyah menunjukkan kelahiran anak bulan kira- kira jam 6.02 minit petang yang berada dalam keadaan pramatang.
Kami tidak ketinggalan untuk melihat anak bulan melalui alat cerapan tersebut. Namun, ada ketikanya anak bulan terlindung oleh awan.
Jam juga sudah menunjukkan pukul 7.10 minit anak bulan sudah tidak kelihatan kerana matahari sudah terbenam.


Hari Kedua: 30 syaaban 1431H Pantai Mek Mas, Kuala besar Kota Bharu Kelantan.

Lat: 6° 12’45.75” (U). Long: 102° 14’34.3” (T)
Kami seramai 3 orang mengikuti Dr Mahamarowi Omar atau dikenali dengan Dr Rowi, diiringi Ustaz Mohd Nor Husain, seorang guru agama dari Sekolah Menengah Maahad Muhammadi (P) banyak membantu dalam proses pencerapan yang dijalankan. Laporan penuh ini juga disediakan oleh beliau dengan kerjasama Dr Rowi yang menggunakan teleskop peribadinya untuk melihat data dengan tepat.

Laporan pada hari jumaat, menunjukkan ijtimak (conjunction) iaitu keadaan yang mana bulan, matahari, dan bumi berada dalam satu (meridian) selari telah berlaku pada hari Khamis 29 Sya’ban 1431H pada pukul 18:02 petang. Pada petang itu, matahari dijangka terbenam pada pukul 19:22:58 malam, manakala bulan dijangka terbenam pada jam 20:08:35 malam. Jangkamasa hilal berada diatas ufuk, iaitu dari berlaku ijtimak, bermula hari khamis pukul 18:02 petang pada 29 Sya’ban 1431 hingga matahari terbenam selama 26 jam 05 minit.

Umur hilal diatas ufuk, iaitu dari matahari terbenam hingga bulan terbenam ialah lebih kurang 45 minit 37 saat. Ini bererti matahari terbenam dahulu dari bulan selama 45 minit 37 saat.
Azimut (sudut) ketika matahari terbenam dari utara benar 282° 09’ 10”, manakala azimut ketika bulan terbenam pula ialah 272° 10’ 42”. Ini bermaksud bulan berada ke kiri sedikit dari matahari (beza azimut) dengan jarak 09° 58’ 28”. Manakala jarak lengkung iaitu jarak diantara pusat hilal ke pusat matahari terbenam ialah 14°05’ 41”.

Oleh kerana ijtimak telah berlaku pada hari khamis 29 Sya’ban 1431H pada pukul 18;02 petang, maka hilal baru berumur 01 jam 16 minit ketika matahari terbenam pada malam itu. Maka mengikut hitungan, anak bulan dikira tidak wujud pada hari rukyah itu walaupun keadaan cuaca di kaki langit sebelah barat amat cerah.
Perkara pertama yang mesti dilakukan untuk penggunaan teleskop pada hari tersebut dilakukan dengan mengenal arah utara selatan, kompas dan masa yang tepat, disamping memastikan kedudukan longitude dan latitude yang merupakan penentuan serta mengenalpasti salah satu bintang iaitu bintang vega (bintang yang paling terang), bagi menjejak anak bulan Ramadhan.

Bidang penglihatan teleskop yang begitu luas juga dapat menjejak pergerakan anak bulan setiap masa. Maka tumpuan kami diketika itu untuk menangkap shot yang cantik untuk diabadikan pada Ramadhan kali itu menjadi begitu bermakna.
Malangnya, pada hari itu, tujuan asal untuk mendapatkan gambar anak bulan tidak berjalan lancar, kerana gumpalan awan yang terlalu tebal dan mengundang cuaca yang begitu gelap. Maka kami putuskan untuk menangkap shot anak bulan pada keesokan hari.

Hari Ketiga: 1 Ramadhan 1430H / Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu, Kelantan.

Kami berkunjung ke rumah Dr. Rowi. Di saat itu, kami masih beriktiar merakamkan gambar anak bulan Ramadhan. Kali ini, gambar anak bulan hari kedua Ramadhan diambil menggunakan teleskop peribadi Dr. Rowi. Dr. Rowi juga memberikan kerjasama serta tunjuk ajar mengenai cara mengambil gambar menggunakan sambungan ‘DSLR still photo’ melalui teleskopnya. Secara keseluruhannya pencerapan selama 3 hari itu memberi kepuasan pada kami walaupun tidak sepenuhnya.
Maka, berakhirlah aktiviti cerapan anak bulan serta untuk mengabadikan gambar- gambar menarik anak bulan Ramadhan pada tahun lalu, yang cukup istimewa. Ramadhan tahun itu, cukup memberikan pengalaman yang sangat bernilai bagi semua yang terlibat dalam aktiviti pencerapan anak bulan ramadhan.
Sungguhpun pada hari pertama kelengkapan teleskop di atas Bukit Peraksi tidak dapat dibawa, namun kami sudah cukup berpuas hati apabila mendapat pengalaman menangkap shot anak bulan yang menarik dan sangat menakjubkan dimana kedudukan anak bulan tersebut bersebelahan panet Zuhal dan bintang Vega berada berdekatan antara satu sama lain.
Pada tahun ini, kami berdua terpanggil untuk membuat laporan “hisab awal bulan” bagi Ramadhan dan Syawal 1432/2011 mengikut imkanur- rukyah di Kuala Lumpur pula, insyaallah. Mana tahu, satu hari nanti mungkin ada diantara kita yang teringin membuat liputan di Iran atau sekitar tanah Arab untuk mencerap bulan yang cerah disana dengan menikmati keindahan panoramanya di kawasan gurun walaupun laluan disana lebih ‘extreme adventure’ daripada Malaysia.

Saturday, July 16, 2011

Pilihan melalui istikharah

Ada sedikit kegelisahan dihati dalam membuat pilihan. Dan ia tidak sesukar pilihan yang ditentukan oleh lelaki. Mungkin masanya sudah tiba untukku. Kata orang, jikalau gelisah sememangnya tiada cinta. Mencari cahaya ke laluan bahagia yang masih kesamaran. Ya, mungkin kebanyakan dari wanita boleh menerima orang yang sememangnya menyayanginya walaupun mereka tidak pernah menyukai malah tidak menjalin apa apa hubungan dengan lelaki yang menyukainya sepenuh hati itu. Dan mereka tidak akan berpaling lagi kepada kekasih yang dicintai itu, kerana tidak mencintainya sepenuh hati. Namun lain pula halnya bagi lelaki, yang sememangnya hanya akan memilih wanita yang benar benar yang dikehendakinya. Hal ini bukan saja baru berlaku, malahan kisahnya terjadi pada zaman permulaan dari sejarah awal manusia ( kisah Habil & Qabil). Dimana, lelaki juga tidak bermasalah dalam membuat pilihan kerana kuotanya tidak melebihi empat (pentingnya harus adil). Namun hal ini memberi tamparan hebat buat para wanita. Ini kerana jikalau ada dua lelaki menyayanginya sepenuh hati lebih dari dirinya sendiri, bagaimana? Disini hanya Allah swt sebagai pemutus pilihan kita yang terakhir. Hanya padamu Allah swt, aku lanjutkan rantaian doa dan istikharah buat bakal suamiku yang soleh, insyaallah.

Thursday, July 14, 2011

Misi penyempurnaan

Ya Amiir wa Amiirah..

nahnu al 'irq al asfar..indana 'aaqil,hasan al hai' ah, kariim, syaraf, amiin, barii', nasyiit, mutii', dhakiy wa qawiy.

Wahai putera dan puteri...

kita adalah bangsa kulit kuning yang punya akal, elok dipandanh, dermawan, mulia, jujur dan kuat. Cukup untuk kita menegak kebenaran dalam beragama Islam. Hal anta musta' id an tadhab ma' i.... Yuqaddim wajbah wa qahwah qahwah jauaan fi syab'an wa habib fi jannah?

Adakah anda bersedia untuk pergi bersama saya menghidangkan makanan dan kopi yang baik untuk pasangan anda ke syurga firdaus?
Dengarkan ini... Mungkin saya hanya pandai yang sedikit, menulis menggunakan pena diatas sehelai kertas. dan akan mengaplikasikannya bersama dengan kalian. Saya juga pemberitahu kepada penulisan saya yang tidak prejudis.. dan punya pro dan kontranya ketika melayarkan penulisan untuk penerimaan semua(harapannya). Tetapkan menulis dengan pandangan umum tanpa memperkecil dan menyentuh sensitiviti apalagi membuat sesiapa tidak faham dan menyalah tafsiran.
Saya sentiasa cuba melindungi kepercayaan itu. Tanpa memihak kepada kaum wanita dan tidak pula memenangkan kaum lelaki sepenuhnya. Ini kerana saya bukanlah wanita baik namun ingin jadi yang terbaik untuk berbahagia di jalan Allah s.w.t. Ingin sekali bersama melangkah bersama langkah bondongan manusia untuk menjadi penikmat yang bisa menikmati kebahagiaan yang hakiki menuju ke syurga Allah s.w.t.

kupasan saya bermula dengan yang pertama bagi menyempurnakan 'penyempurnaan' manusia..

Saya melihat kamu...kamu melihatku...dia melihatnya...kami melihat kamu...kamu melihat kami...mereka melihat kami... Allah s.w.t maha melihat.

keduanya, apabila..

Adakah benar aku melihatmu? Adakah kamu melihatku? adakah dia melihatnya? Adakah mereka melihat kita? sudah tentunya Allah s.w.t melihat kesemuanya.

pengakhirannya,

Adakah kita orangnya...

saya tidak melihatmu kamu tidak melihatku...dia tidak melihatnya..Allah s.w.t tidak mempedulikannya...

Disini...pada mulanya kejadian penyempurnaan manusia mestilah bermula dari kaum lelaki yang faham soleh dan kaum wanita yang sempurna kesolehannya. Maka permulaannya adalah daripada wanita yang kejadiannya untuk penyempurnaan seorang wanita itu sebagai seorang Islam seharusnya dimulakan dengan penuh beradab. Sopan yang tinggi, berbahasa yang lembut, disiplin yang istiqomah, patuh setia, amanah, jujur, pandai menjaga kehormatan, bersikap rendah diri, sentiasa bersyukur, menghormati, sentiasa mendapatkan nasihat perbetulkan diri dan tidak terlalu mementingkan kesempurnaan pada orang lain...tetapi kesempurnaan diri sendiri.

Hal yang utama ini perlu dilentur bermula dari institusi keluarga soleh. Dimana, wanitalah yang berperan menjaga segalanya ibarat tulang belakang dari kaum lelaki soleh pelaksana dan ketua keluarga yang hebat seperti unjuran Islam agama suci.
inilah yang dapat ditafsirkan kepada memperlihatkan kesemua termasuk diri, keluarga dan masyarakat juga PENCIPTA.

Namun, dunia hari ini mempertontonkan sebilangan kecil wanita soleh ini dimana kesempurnaan mereka tiada boleh dibandingkan dengan para isteri Rasulullah s.a.w.(kita wajib mengiyakan bahawasanya tidaklah manusia itu sempurna sifatnya.

Disebabkan hal yang demikian, wanita yang yang semua orang tidak melihatnya ini malah Allah tidak mempedulikannya ini menjadi pengumpan kepada lelaki.

Mengapa?

kerana wanita inilah punca ketidaksempurnaan lelaki yang sedikit tidak faham Islam itu sekaligus faktor penyumbang terhadap terjadinya dosa besar perlakuan lelaki tersebut. dosa itu bukan melibatkan dirinya sahaja tetapi rakan syubhat atau pendosa yang lain. Malah dosa itu terus menuju kepada PENCIPTA untuk dihitung. Inilah akibat pertama dari wanita kepada laku buruk kaum lelaki. (begitulah juga sejarah kisah Adam dan Hawa juga Habil dan Qabil.)

Hari ini kita lihat ramai kaum lelaki tersungkur disebabkan penjajahan wanita yang tidak mencapai sebarang penyempurnaan itu.Banyak lelaki akhir zaman tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab penuh terhadap keluarga, isteri dan anak- anak mereka.

Mengapa kaum wanita menjadi punca utama?

kerana wanita yang tidak beradap inilah yang tidak peroleh nur...penyebab lelaki memusatkan pemikiran mereka kepada kebebasan bawah (seksual) bukan menggantikan kebebasan atas (minda intelek). Mula mengalih kepada daya penarik kaum lelaki yang bermula dari situ. Dan hanya lelaki kental sahaja tahan dari desakan nafsu. kaum yang punya sembilan nafsu ini menerjang secara simetri hingga membuatkan para lelaki mengikut sahaja kehendak mereka yang bukan- bukan. Dengan kecantikan yang mereka miliki, hal inilah yang mengikat lelaki kepada mereka sehingga menjadikan lelaki sebagai mangsa memuaskan nafsu mereka yang banyak. Maka bagaimana harus lelaki membawa para isteri mereka menuju syurga? apabila tiada wanita yang hendak beri sokongan menuju ke laluan syurga.

Jadi kita lihat bagaimana ia harus bermula?

Mulakanlah dengan terapan ajaran Islam unggul buat semua kanak- kanak perempuan yang baru dilahirkan. Dan berilah sedikit ketegasan dan pemahaman kepada kanak- kanak lelaki tentang selok belok menjadi seorang pimpinan keluarga. Agar satu hari nanti dia dapat memimpin dunia yang bermula dari institusi kaluarga yang kukuh, harmoni dan direhai Allah s.w.t. Hal seperti tidak dipeduli dalam masyarakat tidak mungkinkan timbul dan ia akan beralih kepada perkara pertama yang saya usulkan diawal penulisan.

Wahai ibu bapamulakan hari anda membentuk anak- anak. Ia masih belum terlambat. Maka, pepatah melentur buluh dari rebungnya sangatlah elok bagi mencapai tujuan ini. sekian. Sampai ketemu lagi.

Sa Adhhab awwalan...
Mustasyar 25%...