Monday, January 30, 2012

Peringatan buat pengantin perempuan

Bagi mereka yang bakal melangkah ke alam rumahtangga, adalah menjadi kewajipan untuk memperingati setiap dari pesanan Rasulullah s.a.w. Lebih- lebih lagi ingatan kita kepada kelahiran junjungan besar yang akan melimpahkan kita pahala dan bakal memperoleh syafaatnya. Maka selalulah memperingati dan mengikuti pesanannya, Insyaallah memperoleh keberkatan hidup di dunia.

Dengarkan ini wahai bakal pengantin perempuan! Bahawasanya Rasulullah itu membimbangi dan telah meninggalkan pesanan buat kamu terutamanya bagi mengembang biak keturunan.

Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a dimana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefaqiran dari rumah kamu! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu:


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab, "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar dipenjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya lagi, "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab pula, "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya
itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

Maka berperhatianlah kepada pesanan Rasulullah s.a.w wahai bakal pengantin sekalian, semoga kita mendapat zuriat dengan cepat, sempurna dan amat soleh, Insyaallah.

Wednesday, January 25, 2012

Bangunlah tahajjud dan qiamulail...

Hasbiallahu lailahailla huwa alaihi tawakkaltu wahuwa robbul arshil adzhim.

"(Cukuplah Allah bagiku yang menolong dan memeliharaku)tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Kepadanya aku berserah diri dan dialah yang memiliki Arasy yang agung". al Tawbah: 129

Potongan surah ini yang layak kita baca ketika sepertiga malam..laungan dengan suara yang keras serta sedu sedan yang layak kita dahulukan ketika berqiam..lupakan segalanya, kecuali tanggungjawab yang menuntut kepada pelaksanaan serta kewajipan sebagai seorang isteri kepada suami, seorang suami kepada isteri atau seorang ibu kepada anak.

“Pada setiap malam di sepertiga terakhir pada bahagian malam,Allah turun ke langit dunia dan berseru:

”Siapa yang memangggilKu, maka Aku akan menyambutnya. Siapa yang memohon kepadaKu,Akupun mengabulkannya. Dan siapa yang memohon ampun, maka Aku mengampuninya.

(Bukhari,Muslim,Tarmizi.)

Fadhilat beribadat pada sepertiga malam...

1.Pahala yang tidak terhalang
2.Allah mengabulkan permintaan
3.Memperoleh nikmat dalam syurga
4.Bertambah dekat dirinya kepada Allah
5.Allah mengangkat di tempat yang terpuji
6.Akan beroleh sifat sabar
7.Senang berkorban dan membantu orang terutamanya kalangan miskin
8.Terhindar dari segala penyakit yang berasal dari tubuh badan
9.Tidak mudah dihasut dan tidak bersahabat dengan syaitan

Di kala itu, pohonlah pada tuhanmu dari ayat suratul Furqan: 74.
"Wahai tuhan kami anugerahkanlah kepada kami pasangan dan zuriat keturunan kami sebagai penerang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin ikutan bagi orang yang bertaqwa".

Amin ya rabbal alamin.

Sunday, January 15, 2012

Jum hijrah Tanah Arab!!!!!

Sebenarnya aku tak nak sentuh bab politik dalam blog ni...tapi oleh kerana rasa terpanggilnya aku untuk Islam..perjuangan untuk agama dan pendakwahan untuk akidah Islamiyyah anak muda zaman ini aku terpaksa jua bersuara. Walaupun sebenarnya aku cukup mual dengan politik negara...namun disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengatakan bahawa ia adalah undang- undang lapuk...tiba- tiba kepalaku terasa membesar..mungkin ini simptom dari keberangan manusia.

Sudah terang lagi bersuluh berlaku segala macam sehingga terdapat perkahwinan sejenis pula (nauzubillah)..juga kita melihat International Lesbian, Gay dan intersex Association (LGBT) itu juga cukup giat meminta Malaysia menganjurkan semula seksualiti Merdeka yang katanya melambangkan budaya Asia...(@#$%*&!!!)..Adakah ia sesuatu yang lapuk? Malah kenyataan yang paling cetek dari Majlis Peguam Negara yang kononnya mahu Malaysia dihormati sebagai negara yang demokrasi haruslah berhenti mengganggu dan memberi ruang kepada kumpulan seksual minoriti..(@#$%^&*?!!!!) apa punya statementla..

Dan terbaru, Presiden Majlis Peguam Negara, Lim Chee Wee juga turut mengulas kenyataan Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bahawa mereka menghormati hak orang Islam walaupun memberi kenyataan tersebut dan bersedia mendengar sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan asalkan ia dirunding secara damai.

kata Lim (dalam sembang kopi bersama wakil media), hal seperti agenda LGBT yang mahu penghapusan bagi seksyen 377 A dan B tidak membezakan antara aktiviti homosexual dan heterosexual termasuklah fellatio. Ini bermakna ia sudah ketinggalan zaman. (amboi!!!)

Katanya juga, berkenaan agama Islam pula, dia memahami terdapat peruntukan berkenaan larangan aktiviti homosexual dalam undang-undang syariah. Malah, apabila dinilai antara pendakwaan jenayah dan perbincangan intelektual, maka cara kedua dilihat lebih menarik dan berkesan kepada masyarakat amnya, katanya yang turut memperakui bahawa ia tidak akan merosakkan perlembagaan Negara. (semua adalah karut...)

Ini adalah manusia yang berselindung disebalik belakang (!@#$%*) sejenis nih...

Disini cuba anda lihat dan explore tentang gay di Malaysia (sebuah pertubuhan Gay yang mengaku kumpulan mereka dari Malaysia Gay Club...terdapat di laman sosial dan ia membabitkan remaja dan anak- anak lelaki kita.

Dalam satu sidang media Pertubuhan Jaringan Melayu Bersatu Malaysia (JMM)yang ingin melindungi anak- anak dari LGBT dan seks bebas memperakui dunia Islam sudah dipesongkan dan menyetujui meningkatnya HIV/AIDS dasekaligus merosakkan hubungan perkahwinan antara pasangan suami isteri akibat terjebaknya budaya kumpulan seksual minoriti ini yang menular masuk ke negara ini.

"Ini kerja gila!" kata presiden JMM..hai presiden.. bukan setakat presiden je yang kata macam tu...aku pun turut menyokongnya...bahkan mereka seolah tidak menghormati hak orang Islam apabila bersepakat ingin menghapuskan seksyen 377 kanun keseksaan yang boleh merosakkan perlembagaan negara.

Bagaimana dengan hal ini? bolehkah kita renung sejenak bagaimana menangani hal ini? Bagaimana sekiranya hukum hudud jikalau dilaksana? adakah pelaksanaan hudud itu dapat dilakukan seperti yang digariskan al quran oleh kita di Malaysia?. Adakah kita mampu untuk melakukan hudud? bagaimana dengan manusia yang mengamal liberal ini?...bagaimana dengan kaum yang tidak mahu menyokong hudud? orang bukan Islam? ahh...sungguh sukar...masing- masing mempunyai pemikiran tersendiri tidak satu hati...ini tidak dipanggil jihad fisabilillah.. jikalau sebuah negara Islam Itu dapat melaksanakan hudud dan di persetujui oleh semua... (ini hanya di negara arab Islam) maka...untuk tidak peningkan kepala...mari kita berhijrah ke tanah ARAB yang sudah tentunya mengamalkan undang- undang Islam yang sebenar dari Allah.

Tuesday, December 13, 2011

Wanita perlu berusaha menjadi Isteri idaman

Rasulullah s.a.w. pernah berkahwin dengan 13 orang wanita. Sebelas daripadanya pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan sebelum mereka bersama. Antara isterinya adalah:

1. Khadijah binti Khuwailid al-Asadiyah r.a.
2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a.
3. Aisyah bt. Abi Bakr r.a.
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a.
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a.
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi Sufian r.a.
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Raihanah bt. Zaid bin Amrin
11. Maimunah bt. Al-Harith
12. Zainab bt. Khuzaimah
13. Maria al-Qibtiyyah (Maria si Qibti)

Isteri pertama Rasulullah adalah Khadijah dan wafatnya semasa beliau berusia 50 tahun. Beliau merupakan isteri yang tidak pernah dimadukan kerana kesemua isterinya yang dimadukan adalah berlaku selepas daripada wafatnya Khadijah. Kemudian,setelah wafatnya Khadijah 3 tahun Rasulullah berkahwin dengan Saudah.

Saudah adalah seorang janda tua yang kematian suami. Beliau dinikahi Rasulullah untuk perlindungan dan memberi penghormatan kepada bekas arwah suaminya. Beliau mempunyai sikap yang lucu sehingga baginda tersenyum dengan telatahnya.

Kemudiannya, Rasulullah bernikah dengan Aisyah r.a namun, tidak bersama dengannya sebagai suami isteri kerana Aisyah r.a masih terlalu kecil, sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah.

Ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun sementara Nabi Muhammad s.a.w. berumur 53 tahun. Namun, berdasarkan Ibn Katheer mengatakan didalam kitabnya : (Al-Bidayah wa'l-nihayah, Ibn Kathir, Vol 8, Pg 372,"Asma adalah kakak Aisyah r.a. Asma wafat dalam tahun 73 Hijrah dan umur beliau adalah 100 tahun. Asma` adalah 10 tahun lebih tua dari Aisyah r.a.

{73 Hijrah = 695 Masihi} 695 Masihi bersamaan 73 Hijrah umur Asma = 100 tahun maka 622 Masihi , 1 Hijrah umur Asma = 27 tahun (100 tahun - 73 tahun = 27 tahun ) sehingga umur Aisyah r.a - 17 tahun (10 tahun lebih muda dari kakaknya Asma) 623 Masihi bersamaan 2 Hijrah. Oleh yang demikian, Aisyah r.a berkahwin dengan Rasulullah saw pada umur 18 tahun.

Setelah Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w menikahi Hafsah seorang janda yang kematian suami di medan perang. Apabila mendapat berita mengenainya, Rasulullah saw mengambilnya sebagai isterinya atas membalas jasa suaminya yang membantu baginda.

Salamah seorang janda tua mempunyai 4 anak dinikahi Rasulullah kerana suaminya terkorban dalam Perang Uhud dan saudara sepupunya turut terkorban dalam perang itu. Lalu Rasullulah s.a.w. melamarnya. Mulanya lamaran ditolak kerana menyedari usianya yang tua. Kemudian, lamaran kedua diterima dengan mas kahwin sebuah tilam, mangkuk dari sebuah pengisar tepung.

Manakala isteri keenam Rasulullah s.a.w adalah Ummu Habibah seorang janda Ubaidullah yang meninggal dunia ketika di rantau dan di Habsyah dia kehilangan tempat bergantung lalu baginda menikahinya. Melalui al Najashi, nabi Muhammad s.a.w. melamar Ummu Habibah dan upacara perkahwinan dilakukan oleh Khalid bin Said al-As dengan mas kahwin 400 dirham, dibayar oleh al Najashi bagi pihak nabi.

Isteri ketujuh adalah Jiwairiyah. Ayah Juwairiyah ialah ketua puak Bani al-Mustaliq yang memerangi nabi Muhammad s.a.w. dalam Perang al-Muraisi'. Bani al-Mustaliq telah tewas dan Barrah telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy. Thabit mahu dia dimukatabah dengan 9 tahil emas. Barrah mengadu kepada dan Baginda sedia membayar mukatabah tersebut dan seterusnya menikahi Juwairiyah.

Safiyah adalah anak kepada Huyay, ketua puak Bani Quraizah iaitu dari keturunan Nabi Harun a.s. Merupakan isteri kelapan Baginda. Dalam Perang Khaibar, suaminya seorang Yahudi telah ditawan dan Safiyah telah ditawan. Dalam satu rundingan setelah dibebaskan, Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri Rasulullah s.a.w. Safiyyah telah meriwayatkan 10 hadis dan meninggal dunia dalam bulan Ramadhan tahun ke-50H (ada yang mengatakan 52H). Dia dikebumikan di perkuburan al Baqi’.

Baginda menikahi isterinya yang ke 9 iaitu Zainab binti Jansyin setelah diceraikan oleh Zaid ibn Harithah (yang pernah menjadi hamba dan kemudian menjadi anak angkat nabi Muhammad s.a.w. setelah dia dimerdekakan). Hubungan suami isteri antara Zainab dan Zaid tidak bahagia kerana Zainab dari keturunan mulia, tidak mudah patuh dan tidak setaraf dengan Zaid.

Isteri Baginda yang ke 12 adalah Zainab binti Khuzaimah meninggal dunia sewaktu nabi Rasulullah s.a.w. masih hidup.

Isterinya yang terakhir adalah Maria. Maria sangatlah cantik. Banyak sumber Muslim mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w kemudian memerdekakan dan menikahi Maria. (seorang hamba perempuan yang asalnya beragama Kristian Koptik yang dikirimkan sebagai hadiah dari Muqawqis, seorang pegawai Byzantine, kepada Rasulullah s.a.w. pada tahun 628).[1]. Perhatian Muhammad terhadap Maria diyakini menyebabkan kecemburuan diantara isteri-isteri lain. Hal itu tidak dapat teratasi hingga turunnya surah ke-66 dalam Al-Qur'an dengan subjek Maria. Berikut ini adalah bahagian surah tersebut:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada kamu sekalian membebaskan diri dari sumpahmu; dan Allah adalah Pelindungmu dan Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan ingatlah ketika Nabi membicarakan secara rahsia kepada salah seorang dari isteri-isterinya (Hafshah) suatu peristiwa. Maka tatkala (Hafshah) menceritakan peristiwa itu (kepada Aisyah) dan Allah memberitahukan hal itu (semua pembicaraan antara Hafshah dengan Aisyah) kepada Muhammad lalu Muhammad memberitahukan sebagian (yang diberitakan Allah kepadanya) dan menyembunyikan sebahagian yang lain (kepada Hafshah). Maka tatkala (Muhammad) memberitahukan pembicaraan (antara Hafshah dan Aisyah) lalu Hafshah bertanya, "Siapakah yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?" Nabi menjawab, "Telah diberitahukan kepadaku oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". Jika kamu berdua bertobat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. Jika Nabi menceraikan kamu, boleh jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh, yang beriman, yang taat, yang bertobat, yang mengerjakan ibadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan. Surah At-Tahrim [66]:1–5.

Begitulah suruhan Allah untuk Rasulullah mengadili isteri- isterinya yang dimadukan. Disebabkan Rasulullah seorang nabi maka perintah dari Allah s.w.t secara terus. Tetapi suami hari ini juga perlu ingat melalui ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada kalian supaya berlaku adil kepada isteri kalian yang dimadukan. Kita mengambil contoh pernikahan Rasulullah supaya boleh dituruti untuk pernikahan yang bahagia. Walaupun Rasulullah mempunyai banyak isteri, namun baginda cuba berlaku adil kepada isterinya walaupun menimbulkan beberapa kecemburuan dihati isteri- isteri baginda. Jika si suami sudahpun berlaku adil, maka si isterinya pula perlu bermula untuk menjadi isteri solehan dan idaman pada suami mereka. Disini, penekanannya pula pada kaum wanita. Wahai kaum wanita...adakah anda sudah melakukannya? kepada yang belum menjadi isteri adakah anda sudah bersedia menjadi isteri idaman? walau kamu perlu bermadu atau tidak kamu perlu merealisasikannya..renungilah sifat isteri- isteri baginda..yang bergelaran "Ibu orang-orang Mu'min." daripada sifat mereka sebagai isteri idaman yang sentiasa menjaga aqidah islamiyahnya seperti sentiasa ceria, pemalu, sabar,tidak banyak bicara, lembut tutur katanya dan selalu jujur, tidak suka ghibah dan namimah serta sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan baik dengan isteri suaminya yang lain (madunya). Dimana kesemua isteri Rasulullah itu merupakan seorang isteri yang aqidahnya benar, tercermin dari tingkah laku mereka. Bersiap sedia membantu Rasulullah dalam peperangan, menjaga makan, pakai dan melayan Baginda dengan baik. Seperti yang kita maklum, baginda seorang ma'sum. Namun Baginda tetap meminta pandangan dari isterinya Aisyah r.a dan melayannya dengan baik walau ketika masih kecil. Kita sebagai isteri Idaman kepada suami perlulah bersedia memberikan sokongan kepada suami, mendorong suami untuk berbuat baik, agar selalu ihsan dan berbakti kepada kedua orang tuanya, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah.” (Al Ahqaf 15).

Kita juga perlu membantu suami agar menjalin hubungan baik dengan saudara-saudaranya sekaligus dalam ketaatan terhadap Allah s.w.t. Perlu dedikasi (semangat hidup) yang tinggi, pandai mengatur rumah tangga serta pandai dalam mendidik anak. Kita sebagai seorang isteri juga tidak perlu menceritakan rahsia rumah tangga serta hubungan suami isteri kepada orang lain sekalipun kedua ibu bapa kita. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

“Sesungguhnya di antara orang yang terburuk kedudukan-nya disisi Allah pada hari kiamat yaitu laki-laki yang mencumbui isterinya dan isteri mencumbui suaminya kemudian ia sebar luaskan rahasianya.” (HR. Muslim 4/157)

Namun, sekiranya untuk mendapatkan bantuan rujukan yang terbaik dalam hubungan suami isteri dan meleraikan perbalahan kita dengan suami, mintalah daripada pihak keluarga yang arif tentang hal ini. Agar hubungan keharmonian rumah tangga bertaut kembali.

Contoh isteri idaman juga hanya bersahabat dengan muslimah yang baik dan bersungguh-sungguh beribadah kepada tuhan Rabbul alamin sehingga dapat menjadi contoh bagi muslimah lainnya. Isteri solehah sentiasa menuntut ilmu agama sehingga dapat mendalami ilmu-ilmu syar’i dalam bab aqidah, akhlak maupun dalam hal muamalah.

Kita juga harus menjaga penampilan dihadapan suami dengan berhias pada hal-hal yang mubah dan menyenangkan hati suami.Jika berada diluar rumah pula, harus minta izin suami, menutup aurat sehingga tidak menampakkan perhiasannya serta tidak perlu kepada berwangi-wangian sehingga menarik perhatian ramai terutamanya lelaki yang bukan muhrim. Kita sebagai isteri solehah juga tidak perlu keluar rumah kecuali untuk tujuan syar’i, seperti bekerja atau dalam urusan keperluan yang sangat membutuhkan untuk keluar rumah, misalnya anak sakit atau membeli barang keperluan yang sudah kehabisan.

Wallahua'lam.

Sunday, December 11, 2011

Bumi Haram : Ku hitung setiap detik untuk berjejak kembali




Bisakah aku dijemput lagi sebagai tetamuNya sebelum menghembus nafasku yang terakhir?...Semangatku bukan sekadarnya berjejak atau kembara, namun untuk terus menetap dan bersemadi di bumi persemadian jasad Baginda Rasulullah s.a.w..untuk terus menerus mendapat syafaatnya..inyaAllah...dengan izinMu ya Allah.

Friday, December 9, 2011

Hormati suami kalian walau untuk poligami

Bersabda baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al Hakim "Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana- mana orang supaya sujud kepada orang lain, tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."

Rasulullah bersabda “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.”(Riwayat Al Bazzar).

Secara terangannya Rasulullah menyuruh kaum wanita untuk mentaati suaminya untuk mendapat keredhaan Allah...Namun...ada jugak disebabkan beberapa perkara telah membuatkan isteri- isteri memarahi suami mereka..sehingga mewujudkan dendam didalam hati mereka. Disebabkan itulah membuatkan mereka kurang menghayati sebarang hadis dan apa yang diperintahkan Allah s.w.t..sekaligus demi memuaskan diri sendiri, mereka sanggup berlaku yang tidak sepatutnya terhadap suami- suami mereka.

Antara faktor utama berlakunya hal isteri yang tidak menghormati suami adalah kerana pengaruh dari faktor sosial dan persekitaran. Antaranya isteri mempunyai kawan lelaki dan tidak membataskan pergaulan mereka sehingga membuatkan mereka tergelincir dan berlaku curang. Adakalanya hasutan rakan perempuan lain yang tidak senang lihat kita bahagia dan memberikan contoh suami mereka curang diluar tanpa menyiasat terlebih dahulu. Ada pula suami meminta kepada isteri mereka untuk berpoligami tetapi tidak diterima oleh isteri mereka. Isteri begini membuat kesimpulan bahawa suami mereka sudah mempunyai orang lain dan tidak menyayangi diri mereka. Jesteru itu membuatkan diri mereka berdendam dan tidak mahu menunaikan hak- hak suami mereka sekaligus membuatkan mereka menjadi wanita nusyuz.

Sememangnya rata- ratanya kaum wanita tidak dapat menerima poligami. Bagi mereka suami adalah hak mereka seorang. Mereka lupa bahawa segala yang kita miliki diatas dunia ini adalah pinjaman dari Allah s.w.t. Sekiranya perkara ini dapat diterima oleh wanita perkara sebegini tidak mungkin akan berlaku. Ini kerana wanita yang memahmi adalah wanita yang ikhlas dan sangat mencintai Allah s.w.t..menerima kehendak Allah s.w.t.

Hal ini mungkin tidak boleh menyalahkan wanita sebegini 100%.. tetapi ia berlaku disebabkan dari segi faktor persekitaran dan masyarakat yang perlu diberi perhatian. Ini kerana masyarakat itu sendiri sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami. Tidak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Bagi kebanyakan masyarakat, isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas. Sekaliguis mendoakan sesuatu yang tidak baik seperti pernikahan mereka tidak akan berkekalan. Inilah yang membuatkan seseorang wanita itu buntu dan memikirkan perkara negatif apabila melibatkan poligami..maka sekiranya mereka menghadapinya, mereka tidak teragak- agak menuntut cerai. Malah sekiranya suami tidak emnceraikan mereka, mereka mula tidak menghormati dan tidak menjaga adab dan hak kepada suami mereka.

Hal yang mudah ini menyukarkan wanita memasuki syurga Allah s.w.t. Wahai wanita dan masyarakat...sedarilah..jika kamu menghina dan mengutuk poligami seperti anda mengutuki Allah pencipta alam raya. Mengapakah anda tidak mahu menerima perkara ini? Adakah anda sedar bahawa ini semua daripada Allah s.w.t?

Wahai muslimah yang solehah dan sentiasa berusaha mencintai, menjaga hak suaminya untuk mendapat redha Allah s.w.t...!!! Kalian perlu membuka hati untuk menerima poligami sekiranya itu yang diperlukan oleh suami kalian. Janganlah kalian bersosial dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa batasan...janganlah kalian mendengar hasutan teman yang menuduh suami kalian begitu dan begini...tetapi kalian perlu memberikan keikhlasan dan kepercayaan kerana Allah s.w.t. kepada suami kalian...pintalah kepada Kholik agar suami kalian terhindar dari melakukan sebarang dosa dan benda yang tidak sepatutnya sehingga beroleh kemurkaan Allah s.w.t, keluarga dan masyarakat.

Berbanyaklah redha...ikhlaskan dirimu kerana Allah ta'ala.

Thursday, December 8, 2011

Jenis Perkahwinan: Cubalah poligami cara Rasulullah...




Jenis perkahwinan adalah seperti berikut;

Poligami

merupakan perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Kajian mendapati pengamalan ini dilakukan oleh hampir kesemua bangsa di dunia. Namun, kebanyakan mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Sebagai contoh ada agama di negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami dibenarkan tanpa batas. Hanya Islam sahaja hanya membenarkan berpoligami sehingga empat orang isteri diwakili dengan syarat-syarat tertentu.

Poliandri

merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali di Tibet, orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata.

Monogami


merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini kerana menganggap perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah untuk sepanjang zaman. Oleh itu, penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti mazhab Katolik).

Disini secara jelasnya, Islam itu indah apabila membenarkan poligami dengan bersyarat. Ia tidak menganiaya kaum wanita. Sebagai contohnya...lelaki Islam hari ini kebanyakannya berpoligami kerana merupakan seorang pecinta kepada wanita dan tidak puas hanya dengan seorang wanita sahaja untuk dijadikan sebagai isteri. Tetapi contoh dari Rasulullah...baginda berpoligami bukan kerana nafsu. Tetapi masih ada yang tidak berpuas hati dan ingin menjatuhkan baginda. Seorang penulis barat, Nazmi Luke.. yang mengkaji pola perkahwinan baginda dengan menyatakan baginda seorang yang gila seks dan kaki perempuan di zamannya kerana beristeri ramai. Sungguh menyedihkan kerana fakta itu bercanggah dengan perkara hakikat dan yang sebenarnya. Baginda memperisterikan isterinya adalah kerana kasihan dan kesemua dari mereka adalah janda (hanya Aisya r.a sahaja anak dara). Ini membuktikan bahawa pertuduhan itu tidak benar.

Sunnah Rasulullah s.a.w beristeri ramai kerana untuk membantu para wanita yang mengalami kesusahan dan kesukaran hidup. Contohnya kebanyakan janda yang diperisterikan Rasulullah adalah yang kematian suami. Disebabkan kerana kasihan dan mengelakkan fitnah kepada wanita tersebut yang tiada pelindung dan pendamping hidup, maka Rasulullah memperisterikan mereka. Begitu mulia niat dan perlakuan Rasulullah...bukan nafsu semata- mata seperti poligami yang berlaku dizaman umatnya kini. Maka...poligami itu indah bukan untuk seronok, tetapi berlaku adil kepada kesemua isteri yang dinikahi seorang lelaki, tetapi memberikan kesempurnaan kepada golongan wanita yang melarat, tiada penggantungan. Sekaligus, melengkapkan sebuah kehidupan yang teratur dan sempurna kepada mereka.

Baginda memberikan hak kepada isterinya dengan bersabda bahawa "Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, engkau memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajahnya, tidak memburuk- burukkannya dan tidak mengongkongnya kecuali didalam rumah." Riwayat Abu Daud.

"Ketahuilah! bahawa hak- hak wanita- wanita atas kalian ialah kalian berbuat baik kepada mereka dengan memberi mereka makan dan pakaian."

"Ketahuilah! hendaklah kalian berkelakuan baik dengan wanita, kerana mereka ibarat tawanan disisi kalian."

Sunnah Rasulullah s.a.w mewajibkan isteri- isterinya mengamalkan seluruh ajaran Islam, segala etikanya supaya mereka dapat mengawal kebebasan keluar rumah, berhias diri di luar dengan batasan pergaulan sosial antara lelaki yang bukan mahram. Baginda memberikan penjagaan dan perlindungan yang secukupnya terhadap kesemua isteri baginda. Baginda juga berlaku adil terhadap isterinya dalam urusan makan, minum, pakaian dan giliran. Tidak sesekali berlakunya perkara kecurangan, khianat dan menzalimi isteri baginda dalam pernikahan poligaminya.

Maka, wahai muslimin sekalian...adakah anda berdaya melakukan seperti sunnah Rasulmu?? Benar, kemanisan poligami itu terletak pada niat sebenar seseorang lelaki yang mengahwini isteri- isteri mereka. Sekiranya hanya berlandaskan nafsu semata- mata ia bukanlah cara Islam berpoligami...bukan dari amalan Rasulnya.

Note: Poligami itu tidak salah jika niat anda itu adalah benar disisi Allah. Maka perbetulkan niat anda dan berpoligamilah....kalau kena cara dan niatnya. Saya juga sangat menyokong poligami 100%...kerana saya juga salah seorang dari wanita bermadu. ;-)

Wallahualam.