Thursday, August 25, 2011

Hayati erti kemerdekaan

Bukan semua dari kita melupakan erti kemerdekaan negara. Namun kebanyakan dari kita kurang menghayati erti kemerdekaan sebenar. Dalam kesibukan kita, sememangnya kedangkalan kita melalui penghayatan sejarah bertahap tinggi. Walaupun beberapa usaha dari kerajaan melaungkan semangat mencintai tanahair. Kita terlalu bertuah menjadi anak bangsa Malaysia. Jika hendak dibandingkan antara Malaysia dan Indonesia terlalu banyak bezanya. Namun, rakyat Indonesia berbangga dengan negaranya yang kaya dengan hasil bumi yang menjadi sumber negara maju dunia iaitu Jepun. Kita juga lebih lagi hebatnya apabila boleh dikatakan kesemua keluaran hasil bumi kita seperti minyak, kelapa sawit dan getah merupakan yang terbaik dan utama di dunia. Ya, sayangnya kita terlupa segalanya tentang negara ini, tentang bumi Malaysia..yang hari ini masih lagi aman dan sentosa. Lebih menyedihkan, kecetekan ilmu kita dalam sejarah akan tetap berulang sehingga ke generasi seterusnya sekiranya kita sendiri tiada usaha untuk mengetahui sejarah negara yang sepatutnya mekar didalam dada. Catitan sejarah tidak akan hilang sekiranya masih tersimpan di arkib yang belum musnah. Namun, lembaran sejarah jika tidak diselak, kita akan selamanya dungu tidak dapat menilai erti sejarah yang sebenar. Usahkan sejarah Malaysia, sejarah kemerdekaan juga masih termangu- mangu. Banyak buku pembacaan di perpustakaan yang memaparkan khazanah ilmu yang bercorak sejarah. Malah, pada hemat saya, yang terbaik untuk pembacaan sejarah setakat ini melalui koleksi buku sejarah tanah air, buku dwibahasa (Melayu- Inggeris~ Inggeris -Melayu) Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791- 1965 (Old Treaties & Documents Of Malaysia) yang diterjemahkan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM. Kandungan buku ini menyingkap peristiwa penting tentang kesan sesuatu perjanjian terhadap kebebasan dan kedaulatan negara. Kesan dari perjanjian ini menyebab pejuang negara mendapat kesedaran dan semangat yang tinggi untuk membebaskan negara dari penjajah. Ia sebagai bukti peristiwa penting yang berlaku diantara pihak pemerintah dengan penjajah. Buku ini juga menjadi asas untuk mempertingkat jati diri kita disamping memperteguh semangat untuk mempertahankan kedulatan negara. Harapannya dapatlah sekalian dari kita memanfaatkan masa yang tersisa untuk merenung dan mengubah persepsi kita terhadap sejarah yang termaktub. Bacalah, kerana naskah asalnya tersimpan di institusi luar negara.

No comments: