Friday, August 6, 2010

KIAMAT BERLAKU PADA BULAN RAMADHAN

Setiap tahun di dalam bulan Ramadan, umat Islam akan menunggu kedatangan Lailatul Qadar kerana mereka percaya orang yang menemui lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang telah lepas akan diampunkan Allah, dan segala do'anya akan dimakbulkan. Kepercayaan ini bersandarkan kepada hadis- hadis sahih dari beberapa riwayat termasuklah riwayat Bukhari.
Bagaimanapun, Ramadhan bukanlah hanya ujian lapar dan dahaga kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam. Dan apa yang ditunggu dan persiapan yang perlu dibuat oleh umat Islam pada Ramadhan berikutnya adalah membuat persiapan datangnya hari kiamat dan memperbanyakkan pengibadahan kepada Allah s.w.t.
Walaupun kita tidak dinyatakan oleh ahli kitab bahawa kiamat berlaku pada tahun berapa, namun persiapan yang mesti dilakukan oleh umat Islam tentunya diwajibkan untuk menentukan hari timbangan yang perlu dihadapi oleh makhluk ciptaanNya.

1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.

2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.

3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).

4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan.

*** Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari. Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu.
(muka surat 119)

Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :

"Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"

(Ikmal Al-Din m.s 361)

Maka saya telah membuat rujukan pada laman web NASA akan jangkaan gerhana yang tersebut. Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi dari lama web tersebut.

Annular Solar Eclipse of 2005 October 03
Tarikh Miladiah Tarikh Hijrah Gerhana

3.10.2005 29 SHAABAN 1426/ Matahari

1 RAMADHAN 1426

17.10.2005 13 RAMADHAN 1426/ Bulan

14 RAMADHAN 1426

Nu'aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata:

Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.

Saudara kaum muslimin, segala yang tertulis di atas hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui akan kejadiannya. Namun sewajarnyalah ianya menjadi skrip panduan peristiwa tahun 2005 yang patut diperhatikan dengan teliti. Jadi tidaklah kita hairan jika peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Kemudian jika iannya terjadi, dengan selesa kita boleh mempersiapkan mental dan material menghadapi situasi cemas tersebut.

Antara persediaan yang perlu kita buat ialah:

1. Menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah Al_kahfi untuk menghindari diri dari fitnah Dajjal.

2. Membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas tahyat akhir dalam sembahyang sebelum salam.

3. Menyiapkan bekalan makanan, bahan api, gas untuk setahun apabila ada terjadi sesuatu di pertengahan Ramadhan 2005.

4. Sampaikan peringatan ini kepada sahabat handai agar bersedia menghadapi situasi di atas.

5. Tambahkan taqwa dan amal menjelang saat yang rumit dan genting itu.

LENGKAPKAN JADUAL HARIAN ANDA DI BULAN RAMADHAN

SEPERTIGA MALAM


JAM 3.00 pagi - Bingkas bangun..

menadah tanagn bersyukur Allah s.w.t masih menghidupkanmu

Mandi ambil wudhu dan memakai pakaian bersih untuk menghadap Allah s.w.t


JAM 4.20 pagi - bermula dengan Solat Sunat Taubat (Menangis dan menyesali dosa yang dilakukan setiap hari), sunat Tahajjud (bermohon menghidupkan malam utk mendapatkan barakah kehidupan sepanjang kehidupan), sunat witir (penutup pengibadahan malam) kemudian berzikir memuji Allah bermula dengan zikir asma ul husna (nama Allah dari ya Allah pada hari pertama kedua kepada ya Rohim dan seterusnya sepanjang Ramadhan).


JAM 5.00 pagi - Bersahur

Gosok gigi untuk bersihkan sisa makanan di mulut.

JAM 5.30 pagi - Menunggu waktu Fajr dengan membaca Al-Quran atau berselawat seterusnya solat sunat Fajr, solat Subuh berjemaah.

JAM 6.30 pagi - Selesaikan wirid harian di atas sejadah serta membaca Al-Quran sehingga terbit matahari.


7.00 pagi - bersiap ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW

JAM 8.00 pagi - Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab.


10.00 pagi - Solat Sunat Dhuha

untuk mendapat keberkatan dari sumber rezeki sekiranya istiqamah mengamalkannya.


Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.

elakkan melakukan dosa kecil menjadikan puasa sia- sia seperti mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan hati sesiapa termasuklah bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


JAM 12.45 tgh hari - Bersiap untuk solat Zohor.

JAM 4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah.

JAM 5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur, tanpa melebihkan nafsu makan.

JAM 6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu Maghrib,

Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman

dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.


Berbuka puasa dengan makanan

manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat

maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.



JAM 8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
bersolatlah terawih sebolehnya tidak meninggalkan kerana fadhilatnya amat besar.


JAM 11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.

Bacalah doa sebelum tidur.