Thursday, June 28, 2007

Keunikan Taman Negara Kuala Koh

Pada tahun 1995, Taman Negara Kuala Koh telah dibuka kepada orang ramai, dimana ia telah menjadi pintu masuk utama pengunjung ke Taman Negara kerana ia merupakan perkongsian antara ketiga negeri sebelah pantai timur.

Bagi sesiapa yang ingin merehatkan diri dan melapangkan fikiran, bolehlah ke Taman Negara ini dengan menaiki bas dari Kota Bharu terus ke Gua Musang yang jaraknya kira-kira 170 kilometer. Seterusnya, naik teksi ke Taman Negara melalui Felda Aring.

Sekiranya anda merupakan pengunjung yang datang dari Pantai Barat boleh mennggunakan kemudahan bas ekspres Transnasional bagi laluan terus Kuala Lumpur ke Gua Musang.

Taman Negara ini telah menjanjikan kepuasan kepada pengunjung yang cintakan alam semulajadi.

Lebih menarik, kawasan itu boleh diibaratkan sebagai syurga bagi kaki pancing kerana ada lubuk segala raja ikan air tawar iaitu kelah, di sepanjang sungai yang menyusuri taman berkenaan.

Antara lubuk ikan yang terkenal bagi kaki pancing di Taman Negara adalah Jeram Sinar, Lubuk Kedah, Lubuk Kaloi, Lubuk Jengal, Lubuk Pertang, Lubuk Mahang, Lubuk Petai, Lubuk Sali, Lubuk Soak dan Lubuk Pintu Raja.
Apa yang paling menarik perhatian pengunjung disini adalah taman Negara ini menghimpunkan penempatan bagi Orang Asli suku Batek. Tiga penempatan Orang Asli suku Batek di kawasan Taman Negara ini iaitu di Kuala Balah di Sungai Pertang, di tepi Sungai Koh, Sungai Paku dan sekitar bulatan Ara.

Apa yang menarik mengenai suku Batek ini adalah mereka masih mengamalkan hidup secara berpindah randah ke kawasan yang lebih baik terutama di sepanjang sungai.
Taman Negara Kuala Koh mempunyai keluasan 1,043 kilometer persegi dengan hutan hujan tropikanya berusia sekurang-kurangnya kira-kira 130 juta tahun.Malah, kawasan berkenaan kini menjadi pintu masuk ketiga ke Taman Negara selepas Kuala Tahan dan Merapoh di Pahang.

Bagi pencinta alam semula jadi atau penyelidik spesies dan habitat hutan hujan tropika pula, Taman Negara ibarat rujukan yang tersimpannya sepsis dan habitat pelik seperti pokok tualang, pokok ipoh, pokok kemenyan, pokok ara, pokok meranti dan pokok gaharu.

Ini memberikan lagi maklumat dan rahsia paling besar tentang sumber alam ini seperti tumbuh- tumbuhan yang liar ataupun tidak disamping mengenali dengan lebih dekat lagi tentang jenis pokok tualang itu sendiri yang diberi jolokan pokok tertinggi di Asia.

Manakala getah pokok ipoh pula sering digunakan sebagai racun sumpit Orang Asli ketika berburu dan pokok gaharu dikenali kerana ia mampu dibuat minyak wangi.Selain itu, ada juga lebih daripada 300 spesies burung menghuni kawasan hutan, sekali gus mengisi kepelbagaian flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika itu.

Di Sungai Koh dan hulu Sungai Lebir pula, dalam tempoh sebulan hanya satu kumpulan saja dibenarkan memancing kelah.

Perkhidmatan river cruise selama setengah jam disediakan dengan hanya RM15 seorang, bagi mereka yang gemar menikmati keindahan alam dengan menyusuri Sungai Lebir dan Sungai Koh.


-----------------------------------------------------------------------------------------------
Antara Kelemahan di Taman Negara Kula Koh:-

1) Namun, keindahan ini sekiranya dibiarkan akan menjadi hambar.

2) Pengubahsuaian yang tidak dibuat pada jalan memasuki kawasan taman Negara amat menyedihkan

3) Suasana hutan asli yang dilengkapi pengalaman keseronokkan para pengunjung dan penggemar ikan kelah sahaja sanggup pergi kekawasan sebegini namun, hanya akan ada pengalaman sekali sahaja bagi mereka yang tidak selesa dan senang dengan keadaan disini.

4) Jalan yang mempunyai selekoh tajam, berlopak, berlubang dan 11 Km sebelum sampai ke taman negara berkenaan tidak diturap. Ini menyebabkan pengunjung yang tidak biasa dengan kawasan ini akan mula berasa tidak selesa untuk menikmati keindahan panorama Kuala Koh yang segar.

5) Selama 12 jam sahaja generator yang digunakan dikawasan ini akan berfungsi, selebihnya enjin akan dimatikan dan pengunjung akan berasa tidak selesa kerana duduk di dalam keadaan yang tiada kemudahan sumber elektrik

6) Stesen minyak 80 kilometer dari Taman Negara berkenaan

7) Barangan seperti keperluan asas seperti mandian, dan barangan lain dapat diperolehi di kawasan Chiku, tiada dikawasan Chalet reciptionist

8) Kawasan melalui chalet ke dorm samar, pengunjung digalakkan menggunakan lampu suluh supaya dapat berjalan dengan yakin untuk keluar makan di chalet receptionist

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Note: Hal Ini menjadi suatu usaha kerajaan negeri Kelantan untuk memperkemas dan memperbaiki segala kecacatan yang ada. Gua Musang bakal ditawan untuk memperbaiki kelemahan dan menambahkan kecantikkan kawasan yang menjadi tumpuan pelancong dan penggemar Kelah di Taman Negara Kuala Koh ini supaya tidak terbiar begitu sahaja.

No comments: