Thursday, June 28, 2007

Sumber Halal Dalam Pengutipan Cukai

Sekolah Menengah Ugama (A) Pangkal Jenerih telah diistiharkan penukaran nama kepada Sekolah Menengah Ugama (A) Al Hasaniah oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abd Aziz Nik Mat.

Antara yang hadir dalam majlis perasmian dan pengistiharan sekolah tersebut terdiri daripada Pengerusi Jawatankuasa Pengelolaan Kemajuan Sekolah Hassan Muhammad, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan Negeri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, dan beberapa ahli jawatankuasa lain.

Menurut Dato Nik Abd Aziz Nik Mat, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 4.6 juta sebulan bagi membayar gaji guru- guru dan pekerja sekolah agama dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) daripada hasil cukai negeri.

Bagi memastikan peruntukan dana yang mencukupi, beliau meminta agar rakyat bersama- sama membantu membuat pembayaran hasil dan cukai yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Ini kerana, dengan pengumpulan cukai tersebut, pihak kerajaan akan dapat mengagihkan dengan sebaik mungkin, hanya untuk kepentingan juga kemudahan kepada rakyat.

Namun, ia biarlah dari hasil yang halal. Supaya perolehan sumber kewangan ini dapat diselenggarakan dengan baik.

“Kita akan mengumpulkan cukai dan wang tersebut. Malah akan dikembalikan kepada rakyat.

“Sumber halal penting disebabkan itu kita tidak meluluskan tempat perjudian dan pusat hiburan yang bersumberkan dari hasil yang tidak halal.”

No comments: