Monday, January 30, 2012

Peringatan buat pengantin perempuan

Bagi mereka yang bakal melangkah ke alam rumahtangga, adalah menjadi kewajipan untuk memperingati setiap dari pesanan Rasulullah s.a.w. Lebih- lebih lagi ingatan kita kepada kelahiran junjungan besar yang akan melimpahkan kita pahala dan bakal memperoleh syafaatnya. Maka selalulah memperingati dan mengikuti pesanannya, Insyaallah memperoleh keberkatan hidup di dunia.

Dengarkan ini wahai bakal pengantin perempuan! Bahawasanya Rasulullah itu membimbangi dan telah meninggalkan pesanan buat kamu terutamanya bagi mengembang biak keturunan.

Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a dimana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, apabila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh jenis kefaqiran dari rumah kamu! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu:


1. Susu

2. Cuka

3. Coriander (Ketumbar)

4. Apple Masam


Saidina Ali r.a bertanya, "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"

Baginda menjawab, "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar dipenjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak."

Saidina Ali r.a bertanya lagi, "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu dilarang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)."

Baginda menjawab pula, "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya
itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna. Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran. Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya."

Maka berperhatianlah kepada pesanan Rasulullah s.a.w wahai bakal pengantin sekalian, semoga kita mendapat zuriat dengan cepat, sempurna dan amat soleh, Insyaallah.

1 comment:

dyabunga said...

terima kasih atas info ni..
bru dya tahu..huhu