Friday, December 9, 2011

Hormati suami kalian walau untuk poligami

Bersabda baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Al Hakim "Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana- mana orang supaya sujud kepada orang lain, tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya."

Rasulullah bersabda “Wanita yang taat terhadap suaminya, diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di dalam air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya. Dan setiap wanita yang derhaka kepada suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya. Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, ia adalah dalam kemurkaan Allah Ta’ala sampai ia (wanita/isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan ia meminta kerelaanya. Dan setiap wanita yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga ia pulang.”(Riwayat Al Bazzar).

Secara terangannya Rasulullah menyuruh kaum wanita untuk mentaati suaminya untuk mendapat keredhaan Allah...Namun...ada jugak disebabkan beberapa perkara telah membuatkan isteri- isteri memarahi suami mereka..sehingga mewujudkan dendam didalam hati mereka. Disebabkan itulah membuatkan mereka kurang menghayati sebarang hadis dan apa yang diperintahkan Allah s.w.t..sekaligus demi memuaskan diri sendiri, mereka sanggup berlaku yang tidak sepatutnya terhadap suami- suami mereka.

Antara faktor utama berlakunya hal isteri yang tidak menghormati suami adalah kerana pengaruh dari faktor sosial dan persekitaran. Antaranya isteri mempunyai kawan lelaki dan tidak membataskan pergaulan mereka sehingga membuatkan mereka tergelincir dan berlaku curang. Adakalanya hasutan rakan perempuan lain yang tidak senang lihat kita bahagia dan memberikan contoh suami mereka curang diluar tanpa menyiasat terlebih dahulu. Ada pula suami meminta kepada isteri mereka untuk berpoligami tetapi tidak diterima oleh isteri mereka. Isteri begini membuat kesimpulan bahawa suami mereka sudah mempunyai orang lain dan tidak menyayangi diri mereka. Jesteru itu membuatkan diri mereka berdendam dan tidak mahu menunaikan hak- hak suami mereka sekaligus membuatkan mereka menjadi wanita nusyuz.

Sememangnya rata- ratanya kaum wanita tidak dapat menerima poligami. Bagi mereka suami adalah hak mereka seorang. Mereka lupa bahawa segala yang kita miliki diatas dunia ini adalah pinjaman dari Allah s.w.t. Sekiranya perkara ini dapat diterima oleh wanita perkara sebegini tidak mungkin akan berlaku. Ini kerana wanita yang memahmi adalah wanita yang ikhlas dan sangat mencintai Allah s.w.t..menerima kehendak Allah s.w.t.

Hal ini mungkin tidak boleh menyalahkan wanita sebegini 100%.. tetapi ia berlaku disebabkan dari segi faktor persekitaran dan masyarakat yang perlu diberi perhatian. Ini kerana masyarakat itu sendiri sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami. Tidak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Bagi kebanyakan masyarakat, isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas. Sekaliguis mendoakan sesuatu yang tidak baik seperti pernikahan mereka tidak akan berkekalan. Inilah yang membuatkan seseorang wanita itu buntu dan memikirkan perkara negatif apabila melibatkan poligami..maka sekiranya mereka menghadapinya, mereka tidak teragak- agak menuntut cerai. Malah sekiranya suami tidak emnceraikan mereka, mereka mula tidak menghormati dan tidak menjaga adab dan hak kepada suami mereka.

Hal yang mudah ini menyukarkan wanita memasuki syurga Allah s.w.t. Wahai wanita dan masyarakat...sedarilah..jika kamu menghina dan mengutuk poligami seperti anda mengutuki Allah pencipta alam raya. Mengapakah anda tidak mahu menerima perkara ini? Adakah anda sedar bahawa ini semua daripada Allah s.w.t?

Wahai muslimah yang solehah dan sentiasa berusaha mencintai, menjaga hak suaminya untuk mendapat redha Allah s.w.t...!!! Kalian perlu membuka hati untuk menerima poligami sekiranya itu yang diperlukan oleh suami kalian. Janganlah kalian bersosial dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa batasan...janganlah kalian mendengar hasutan teman yang menuduh suami kalian begitu dan begini...tetapi kalian perlu memberikan keikhlasan dan kepercayaan kerana Allah s.w.t. kepada suami kalian...pintalah kepada Kholik agar suami kalian terhindar dari melakukan sebarang dosa dan benda yang tidak sepatutnya sehingga beroleh kemurkaan Allah s.w.t, keluarga dan masyarakat.

Berbanyaklah redha...ikhlaskan dirimu kerana Allah ta'ala.

No comments: