Thursday, June 28, 2007

Hotel Berkonsepkan Islam


Perasmian An Nahdhoh Inn di Markas PAS Permatang Pauh, Pulau Pinang, telah mendapat sambutan yang meriah daripada orang ramai. Majlis yang dihadiri oleh beberapa orang kenamaan ini, telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Mursyidul Am PAS Pusat, Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat.

Selain dari pembukaan gerai makanan, pakaian dan pelbagai lagi jenis produk halal telah memenuhi ruang kawasan permatang pauh, majlis juga diserikan nyanyian puji- pujian dari kumpulan nasyid Badrul Munir, yang sangat popular disini.

Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut menghadirkan diri ke majlis walaupun mengalami masalah kesihatan, namun disebabkan semangatnya yang berkobar- kobar untuk menunaikan tanggugjawabnya sebagai pemimpin untuk mendaulatkan Islam telah diterima dengan sambutan yang sangat ramai daripada pengunjung yang mengunjungi kompleks ini.

Beliau ada menyebutkan bahawa segala urusan yang kita lakukan mestilah berfikir hanya kerana Allah s.w.t. Manusia perlu mengenali apa itu Islam dan Iman kerana ia akan menjadi tonggak kekuatan seseorang manusia.

“Tidak kira apa yang akan saya sampaikan samada berkaitan politik, ceramah agama, qiamulail, ia tetap sama. Ia berkaitan dengan Islam. Ia tetap wajib untuk kita terima sebagai seorang Islam.

Majlis ini juga turut memberi peluang kepada Ust Abdul Mutalib Maaruf iaitu penaung dan orang yang bertanggungjawab untuk mengembangkan idea serta melaksanakan hotel berkonsepkan Islam ini untuk berkongsi pengalamannya dalam projek pembinaan An Nahdhoh Inn ini.

“Idea asal kompleks ini di buat kerana ingin mengikut dan mengimbau kembali kenangan semasa penyajian saya di sebuah sekolah pondok dahulu. Sementara itu, selepas sekolah Maahad Tahfiz ini siap, para pelajar akan menjalani persekolahan seperti penjadualan sekolah pondok. Manakala, bagi ibu bapa yang dating dari jauh boleh terus menginap di hotel An Nahdhoh Inn ini”.

Menurutnya lagi, An Nahdhoh Inn yang bermaksud kebangkitan ini telah mempunyai sedikit dana walaupun masih memerlukan sumbangan daripada orang ramai sekaligus mampu untuk diperkembangkan sebagaimana yang dirancang dengan sebaik mungkin bagi melengkapkan lagi kompleks tersebut.

“Wang yang diterima daripada pengunjung yang menginap di hotel ini, akan disumbang dan disalurkan kepada kompleks ini untuk dibina dengan lengkap. Segala keperluan yang diperlukan dapat disalurkan daripada kompleks ini supaya ia akan menjadi sebuah kompleks berkonsepkan pembangunan yang bercirikan identiti Islam. Ia juga supaya pengunjung berasa selesa dan tidak was- was apabila menginap di hotel ini.

“Ini kerana, pengunjung dapat membantu hasil daripada sumbangan mereka melalui hotel ini, yang akan diselaraskan oleh jawatankuasa. Jawatankuasa ini sentiasa akan taat menjalankan tugas dengan sebaik- baiknya serta dapat menjayakan kawasan ini dengan makmur. Ini akan menjadikan kompleks ini hidup sebagai sebuah pusat Islam satu hari nanti”.

Kompleks yang akan menyediakan kemudahan kepada pengunjung ini akan di ubahsuai supaya menjadikan pengunjung lebih selesa, malahan sebuah sekolah, Maahad Tahfiz An Nahdhoh juga akan turut dibuka disini. Majlis pecah tanah akan dirasmikan oleh Prof. Dato’ Haron Din.

No comments: