Thursday, June 28, 2007

Kali Ini Mesti Tawan Malaysia!

Kesediaan PAS untuk menawan seluruh Malaysia pada pilihanraya yang bakal berlangsung tidak lama lagi akan terjawab pada pilihanraya akan datang. “Kita sentiasa bersedia semenjak empat tahun yang lepas untuk memerintah Malaysia.”

Kenyatan itu di keluarkan oleh Dato’ Tan Sri Abd Hadi Awang merangkap Presiden Parti Islam Se- Malaysia pada perhimpunan sidang media yang berlangsung baru- baru ini selepas Majlis Perasmian Bangunan PAS di Jalan Raja Laut yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, beliau juga menyatakan bahawa PAS sudah sedia untuk bertanding serta memperakui kesungguhan PAS untuk menawan Terengganu dan Pahang selain kerusi Kelantan yang bakal di sapu bersih.

Beliau juga berharap agar kerajaan pusat menjalankan aktiviti telus tanpa membuat pembaziran wang memperuntukkan sejumlah wang walaupun ada yang mengatakan PAS tidak berbuat demikia kerana ketiadaan wang.

“Rakyat dapat menilai sendiri pembangunan dan hasil yang dibuat di Kelantan adakah PAS masih lagi kekurangan Wang?” katanya lagi.

Ramalan penggemburan bagi kerajaan bayangan barisan alternatif menjadi tanda tanya kesatuan media tentang kesediaan kerajaan Barisan Alternatif yang akan menerajui pucuk pimpinan pemerintahan Negara.

Ramalan peneraju pentadbiran terbesar adalah dari Dato Seri Anuar Ibrahim sebagai Perdana Menteri manakala Dato Husam Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri dan beberapa orang lagi yang layak memegang jawatan didalam kerajaan ramalan oleh pihak media.

Namun persoalan ramalan telah ditegaskan oleh beliau dengan rumusan ramalan yang masih terlalu awal untuk ditakrifkan.

“Sebolehnya pastikan kemenangan mutlak yang dicapai oleh kita dahulu barulah boleh untuk membuat kesimpulan”.

Mengenai kenaikan gaji kakitangan awam, beliau memberitahu kenaikan itu sepatutnya diumumkan sejak lama dulu bukan hanya kerana pilihan raya umum yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Sementara itu, Dato Nik Abd Aziz Nik Mat pula memberitahu media bahawa PAS tidak berasa terancam sekiranya kaum lain dan masyarakat disitu tidak mahu menerima kehadiran ibu pejabat PAS pusat yang baru itu.

Sebaliknya beliau berharap sebaik sahaja bangunan baru ini yang digantikan dari bangunan sedia ada di Taman Melewar dan dipindahkan terus dikota jalan Raja Laut sedikit sebanyak dapat mendekati masyarakat dan memberi pendedahan berterusan tentang perjuangan PAS sebenarnya disamping memberi sedikit kefahaman dikalangan mereka mengenai pertubuhan parti ini.

“PAS perlu dinilai oleh semua kaum tidak kira agama dan bangsa supaya dapat menerima cara hidup dan pemerintahan agung berlandaskan Islam yang sesuai untuk semua kaum, bangsa dan masyarakat serta agama”.

Beliau juga turut menegaskan bahawa beliau akan menerima tampuk pimpinan parti PAS yang terdiri dari kaum Cina dan sangat mengalukan pimpinan dari kalangan mereka. Ini kerana beliau mengkaji bagaimana cara Cina mualaf mempelajari sesuatu lebih tekun daripada Melayu yang sememangnya dilahirkan sebagai Islam mengikut keturunan nenek moyang akhirnya hanyut tanpa mendalami apa itu Islam yang sebenarnya.

Kesediaan PAS bukan sahaja dari segi itu malah dapat dilihat melalui keberkesanan jentera pilihanraya yang diadakan sehingga dapat menerima masuk setiap ahli UMNO yang menolak parti itu untuk memperjuang dan melaungkan pembangunan bersama Islam sejak kebelakangan ini kata Naib Pengerusi Presiden PAS pusat, Dato’ Husam Musa.

Beliau yang ditanya mengenai perkiraan jumlah undian oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menegaskan bahawa sekiranya tiada taktik kotor seperti sebelum ini yang digunakan oleh SPR, kemenangan atas kerusi di negeri lain akan semakin bertambah.

No comments: