Thursday, June 28, 2007

Husam Ganti Menteri Kewangan Malaysia?

Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato' Husam Musa menegaskan Kelantan memperuntukkan dana untuk menjadikan Kelantan sebagai sebuah negeri yang mempunyai sistem internet wireless Wi-fi yang terhebat di Kelantan untuk kemudahan dan penggunaan rakyat bakal terlaksana tidak lama lagi.
Perangkaan kemudahan internet yang menyeluruh berharga tidak kurang RM200 dipasang terus ke televisyen melalui penggunaan Wi- Fi demi memudahkan rakyat menggunakan sistem teknologi maklumat itu tanpa sempadan, sejajar dengan saranan kerajaan negeri demi memajukan Kelantan.
"Televisyen di rumah akan menjadi sebuah komputer dengan penambahan 'keyboard' untuk melengkapkan sistem itu, disamping kemudahan melayari internet seperti menggunakan komputer. Ini juga melibatkan kos yang lebih murah berbanding komputer" katanya.
Menurut Husam lagi, pemantauan akan dilakukan oleh pihak kerajaan bagi membendung salahguna rakyat terhadap web- web lucah bagi mengelak timbul isu salahlaku pula.
Kini, masyarakat mendapatkan ilmu dengan cepat melalui internet untuk menambahkan seberapa banyak ilmu serta info diseluruh dunia. Sehubungan itu, kita tidak ketinggalan menerima maklumat dengan hanya melayarinya walaupun berada di kawasan terpencil.

Kelantan juga bakal menjadi pusat media apabila sebuah stesen tv Kelantan yang merupakan satu- satu negeri yang mempunyai pusat kawalan media rasmi IPTB terbesar di Kelantan, akan dilaksana tidak lama lagi.

"Melalui web tv internet ini seluruh dunia dapat melihat berikutan saluran maklumat terbuka tidak lagi terkongkong dan tertutup seperti sekarang," katanya.

Beliau secara tidak langsung menjelaskan berkenaan dengan suara rakyat yang mengharapkan bantuan kepimpinan dan kebijaksanaan mereka dalam menangani kewangan negara, di Mesyuarat Perhimpunan Guru- guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) disini baru baru ini.

Kewangan untuk menaikkan gaji guru YIK adalah sedang dipertimbangkan oleh Husam untuk memberikan galakkan kepada guru supaya lebih bersemangat dan berusaha untuk melatih dan memberikan ilmu dengan tidak jemu pada pelajar disamping meningkat kecemerlangan pelajar YIK.

“Rakyat perlukan wakil rakyat dan menteri yang dapat membantu. Saya juga sedang mencari dana untuk membantu kewangan rakyat. Bagi saya kerja ini bukanlah mudah, namun sekiranya diberi peluang saya boleh menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan”.

Husam juga dilihat menjaga kebajikan, beliau amat mematuhi dan tidak merugikan masa begitu sahaja apabila mendengar dua atau tiga kes yang antaranya melibatkan kemalangan juga kematian sebagai menjaga kebajikan rakyat dan meringankan bebanan mereka.

No comments: