Thursday, June 28, 2007

Pertandingan Mahabbah Menyerikan Program Keputeraan

Pertandingan menembak di Lapang Sasar Sultan Ismail Petra bagi acara yang sentiasa mendapat perhatian daripada semua pihak ini berjaya mengangkat martabat erena sukan di negeri Kelantan. Ia juga adalah salah satu acara sambutan ulangtahun Hari Keputeraan Di Bawah Duli Yang Maha Mulia Al- Sultan yang ke- 57.

Menurut Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan bahawa acara penglibatan dan keperihatinan serta minat yang tinggi Kebawah Duli Al Sultan Kelantan dan Raja Permaisuri Kelantan di dalam acara ini membawa impak yang amat berharga terhadap dunia sukan menembak, adalah suatu bidang sukan yang terpuji dalam ajaran Islam kerana sealiran dengan gesaan nabi s.a.w supaya mahir dalam menunggang kuda dan memanah.

“Ia pastinya akan dapat mewujudkan persaingan yang sihat serta kerjasama yang erat kearah mewujudkan semangat kerja berpasukan dikalangan peserta serta pasukan yang sentiasa menunjukkan kesungguhan dalam penyertaan dan pertandingan.

“Semua ini adalah manifestasi dari ikatan mahabbah yang berpanjangan dan ketaatan rakyat yang tidak berbelah bagi terhadap institusi raja.”

Penyumbangan ikatan silaturrahim dikalangan pegawai- pegawai Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun, Pihak Swasta dan NGO dapat dilihat melalui acara yang dianjurkan ini. Ia sedikit sebanyak membuka peluang pegawai- pegawai supaya lebih mahir menggunakan senjata dengan tepat.

Acara menembak seperti Side Arm A, Side Arm B, Air Pistol, Sporting Rifle A, Hanging Plate (Individu) Jatuh Piring dan sebagainya adalah acara yang wajib dipertandingkan didalam Acara Menembak Mahabbah 2007 dan pada tahun sebelumnya.

No comments: