Friday, September 17, 2010

Kemeriahan Idulfitri

Salam idulfitri buat semua, umat islam yang menyambut syawal 1432H...

dalam kemeriahan dan keseronokkan memanjakan diri menyambut syawal yang berbahagia...jgn pula kita lupakan soal ibadah kepada yang Esa...hari ini masuk hari yang ketujuh syawal...minggu yang pertama berhari raya..

hari- hari yang dilalui jgn membuatkan kita alpa meninggalkan ibadat khusus semata- mata mencari keseronokan untuk berhari raya...

bulan Ramadhan yang baru meninggalkan kita jgn disangka segala yang kita lakukan di akhir Ramadhan utk mendapatkan lailatul qadar itu sudah berjaya kita takluki...

jadi...perbanyakkan muhasabah diri dan sentiasa mengingati Allah dan tidak meninggalkan ibadah yang wajib kepada Allah, bahkan dalam kesibukan beraya, kita mestilah sentiasa bersyukur kepada-Nya supaya hari raya yang kita lalui diberkati oleh-Nya. Insyaallah...

teruskan hari bahagia anda di syawal mulia tanpa melupakan tanggungjawab kita sebagai khalifah dui muka bumi Allah ini...

Friday, August 6, 2010

KIAMAT BERLAKU PADA BULAN RAMADHAN

Setiap tahun di dalam bulan Ramadan, umat Islam akan menunggu kedatangan Lailatul Qadar kerana mereka percaya orang yang menemui lailatul Qadar itu, dosa-dosanya yang telah lepas akan diampunkan Allah, dan segala do'anya akan dimakbulkan. Kepercayaan ini bersandarkan kepada hadis- hadis sahih dari beberapa riwayat termasuklah riwayat Bukhari.
Bagaimanapun, Ramadhan bukanlah hanya ujian lapar dan dahaga kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam. Dan apa yang ditunggu dan persiapan yang perlu dibuat oleh umat Islam pada Ramadhan berikutnya adalah membuat persiapan datangnya hari kiamat dan memperbanyakkan pengibadahan kepada Allah s.w.t.
Walaupun kita tidak dinyatakan oleh ahli kitab bahawa kiamat berlaku pada tahun berapa, namun persiapan yang mesti dilakukan oleh umat Islam tentunya diwajibkan untuk menentukan hari timbangan yang perlu dihadapi oleh makhluk ciptaanNya.

1. Bulan mengalami gerhana dalam bulan Ramadhan.

2. Muncul bintang berekor yang mendekati bumi dan membawa bencana alam.

3. Terdengar suara dahsyat yang menakutkan. Semua orang akan mendengarnya. Diiringi bencana besar dari langit yang menimpa manusia. Ini terjadi pada pertengahan Ramadhan pada malam Jumaat. ( Kalau ikut kalendar 20 Oktober 2005 ).

4. Matahari akan gerhana pada bulan Ramadhan.

*** Nampaknya dua peristiwa terakhir di atas akan berlaku dalam satu hari, atau peristiwa pertama iaitu suara yang dahsyat akan terjadi di malam hari sedangkan gerhana matahari akan terjadi di siang hari. Saya tidak tahu manakah di antara keduanya yang terjadi lebih dahulu.
(muka surat 119)

Merujuk kepada peristiwa di atas sesuailah ianya dengan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :

"Kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w"

(Ikmal Al-Din m.s 361)

Maka saya telah membuat rujukan pada laman web NASA akan jangkaan gerhana yang tersebut. Berikut adalah sebahagian dari maklumat yang diperolehi dari lama web tersebut.

Annular Solar Eclipse of 2005 October 03
Tarikh Miladiah Tarikh Hijrah Gerhana

3.10.2005 29 SHAABAN 1426/ Matahari

1 RAMADHAN 1426

17.10.2005 13 RAMADHAN 1426/ Bulan

14 RAMADHAN 1426

Nu'aim bin Hammad telah meriwayatkan dengan sanad dari Katsir bin Murrah, ia berkata:

Pertanda kejadian-kejadian besar di bulan Ramadhan adalah suatu tanda di langit, sesudahnya terjadi perselisihan antara manusia, maka jika engkau menjumpainya, maka perbanyaklah persediaan makanan semahumu.

Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi’dan:

Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya.

Saudara kaum muslimin, segala yang tertulis di atas hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui akan kejadiannya. Namun sewajarnyalah ianya menjadi skrip panduan peristiwa tahun 2005 yang patut diperhatikan dengan teliti. Jadi tidaklah kita hairan jika peristiwa tersebut benar-benar terjadi. Kemudian jika iannya terjadi, dengan selesa kita boleh mempersiapkan mental dan material menghadapi situasi cemas tersebut.

Antara persediaan yang perlu kita buat ialah:

1. Menghafal 10 ayat pertama dan 10 ayat akhir surah Al_kahfi untuk menghindari diri dari fitnah Dajjal.

2. Membaca doa perlindungan fitnah Dajjal selepas tahyat akhir dalam sembahyang sebelum salam.

3. Menyiapkan bekalan makanan, bahan api, gas untuk setahun apabila ada terjadi sesuatu di pertengahan Ramadhan 2005.

4. Sampaikan peringatan ini kepada sahabat handai agar bersedia menghadapi situasi di atas.

5. Tambahkan taqwa dan amal menjelang saat yang rumit dan genting itu.

LENGKAPKAN JADUAL HARIAN ANDA DI BULAN RAMADHAN

SEPERTIGA MALAM


JAM 3.00 pagi - Bingkas bangun..

menadah tanagn bersyukur Allah s.w.t masih menghidupkanmu

Mandi ambil wudhu dan memakai pakaian bersih untuk menghadap Allah s.w.t


JAM 4.20 pagi - bermula dengan Solat Sunat Taubat (Menangis dan menyesali dosa yang dilakukan setiap hari), sunat Tahajjud (bermohon menghidupkan malam utk mendapatkan barakah kehidupan sepanjang kehidupan), sunat witir (penutup pengibadahan malam) kemudian berzikir memuji Allah bermula dengan zikir asma ul husna (nama Allah dari ya Allah pada hari pertama kedua kepada ya Rohim dan seterusnya sepanjang Ramadhan).


JAM 5.00 pagi - Bersahur

Gosok gigi untuk bersihkan sisa makanan di mulut.

JAM 5.30 pagi - Menunggu waktu Fajr dengan membaca Al-Quran atau berselawat seterusnya solat sunat Fajr, solat Subuh berjemaah.

JAM 6.30 pagi - Selesaikan wirid harian di atas sejadah serta membaca Al-Quran sehingga terbit matahari.


7.00 pagi - bersiap ke tempat kerja.

Melangkah ke tempat kerja membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW

JAM 8.00 pagi - Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab.


10.00 pagi - Solat Sunat Dhuha

untuk mendapat keberkatan dari sumber rezeki sekiranya istiqamah mengamalkannya.


Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.

elakkan melakukan dosa kecil menjadikan puasa sia- sia seperti mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan hati sesiapa termasuklah bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.


JAM 12.45 tgh hari - Bersiap untuk solat Zohor.

JAM 4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.

Solat Asar berjemaah.

JAM 5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur, tanpa melebihkan nafsu makan.

JAM 6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.

Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.


Apabila masuk waktu Maghrib,

Bacalah doa dan berbuka :

Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman

dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.


Berbuka puasa dengan makanan

manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat

maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.



JAM 8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
bersolatlah terawih sebolehnya tidak meninggalkan kerana fadhilatnya amat besar.


JAM 11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.

Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.

Bacalah doa sebelum tidur.

Monday, June 7, 2010

Sejam lebih tidak mampu merangkum 12 tahun yang ditunggu

Penantian 12 tahun masih tidak dapat merangkum keseluruhan dengan masa yang tidak sampai 2 jam...
namun aku sedikit puas...

dapat menghirup keharuman hanyiran udara laut yang lama dirindukan..
merasa masinnya laut yang terpercik di muka...
merasa gasaknya angin yang dilagukan di sepanjang kenaikan bot kelajuan 40 enjin kuda...

ah...mungkin sekiranya abahku tidak menjadi salah seorang pegawai kerajaan kehidupan kami mestilah menjurus kearah pelaut seperti arwah tok wae ku yang hanya menjadi pelaut untuk menyara kesepuluh orang anaknya ketika di Takbai dulu...kemudiannya menjadi bilal dan penggali kubur..

apapun anak, cucu dan cicitnya tidak seorang mewarisi pekerjaan seperti arwah..memang bertuah apabila jasadnya yang menyimpan roh di sekitar Mekah direbutkan orang Arab di tahun 1997.

aku rindukan suasana dan kedamaian laut seperti ini.. deruan ombak yang membadai dibirai bot menyimpan misteri yang masih tidak dapat kuungkap..ayakan bot sesekali menenangkan jiwa..ah memang kurindukan dan sedikit terubat penantian yang membeku 12 tahun lalu.

di beberapa hari yang lain..kupasti akan bergerak ke tengah laut untuk mencandat sotong pula..

Tahniah untuk laut Kelantan...

Sunday, June 6, 2010

Manusia itu masih guna SIHIR sembelih orang yang didendam...

Ya latiff...

kau celakailah manusia yang penuh dendam itu...
menyembelih orang dengan dendam yang bermaharajalela di hati hitamnya...

Allahku...
ampunilah dosa orang yang tidak bersalah...
laknatilah manusia berdosa dan mundur fikirannya...
menggunakan iblis yang sesat untuk membinasakan orang lain...

kami hanya mampu berdoa padamu...

ku yakin segala doaku padamu...
tolonglah orang yang menjadi mangsa itu...
mangsa pada keadaan, mengsa pada kebuasan nafsu yang menahtakan iblis dihati...

allahku...bersamaku...allahku bersama mangsa yang tidak bersalah...allahku bersama manusia yang menghadapi penganiayaan yang besar...

lindungi dari kekufuran dan kejahatan manusia yang serakah dengan khidmat jin- jin dan syaitan yang dilaknat...

ku bermohon padamu zaljalaliwal ikram...

persabarkan dalam keimanan yang tinggi bagi kami...

AMIN..

Friday, June 4, 2010

BILA BERLAKUNYA KIAMAT..,PENENTUNYA ADA PADA ROQIB..

AHLI ASTRONOMY,Meksiko atau Guatemala menyebut kiamat akan terjadi pada 21 Desember 2012. Disebutkan juga pada waktu itu akan muncul gelombang galaksi yang besar-besaran sehingga mengakibatkan terkucar kacirnya, serta terhentinya semua kegiatan dibumi...

Namun pada dasarnya ia hanya diketahui Roqib, ia sebenarnya belum diketahui dasar perhitungannya namun, kita memang perlu yakin dan pasti memang akan terjadinya hari kiamat itu. Bukan kita penentu tarikh atau tahun...hanya berdoa pada lewat kehidupan kita tergolong dalam golongan syahid, dan menjadi manusia yang diredha Allah atas segala kelakuan kita di muka bumi.

Dengar wahai sahabat, hanya wadud sahaja yang maha kuasa dan maha mengetahui...kita sebagai hambanya haruslah bersiap sedia mencari keredaanNya. beribadat terus...'lillahita'ala'.

Friday, May 21, 2010

ROQIB, TOLONGLAH.. HAPUSLAH PENYIHIR PENYIHIR ITU..

ROQIB, TOLONGLAH.. HAPUSLAH PENYIHIR PENYIHIR ITU..

Al Roqib...tuhanku yang maha mengawasi...

janji ya wadud, bahawa turunlah al falaq untukku berlagu setiap malam...
bermohon meminta kekurangan kepedihan dan penderitaan dunia menuju syurgamu yang abadi...
Allah maha pemurah lagi maha penyayang

katalah wahai Muhammad s.a.w: "aku berlindung kepada Allah tuhan yang menguasai subuh. daripada kejahatan makhluknya ciptaanNya dan daripada kejahatan malam apabila telah gelap gelita dan daripada kejahatan tukang sihir wanita yang menghembus- hembus..pada simpulan dan ikatan- ikatan dan daripada dengki apabila dia menampakkan kedengkiannya...".

aku berlindung padaMu Allahku...

TERIK PANCARAN SYAMS: TEMUKAN TITIK BUAT KHOLIK

Sinar syams yang berantai memaut diri...terikkan pancaran cahayanya menyelinap keseluruh ruang, menerobos masuk ekseluruh pancaindera meuju kesalur nadi. pabila sampai diruang jiwa sehingga buatku tidak mahu melupakanmu.., Kholik..

Saturday, May 8, 2010

SURAT PADA ANJING SALAK BUKIT

RAMAI MANUSIA MASIH ALPA...

MASIH GILA NAMA, PANGKAT, DAN KEDUDUKAN...

TIDAK MENGIRA AGAMA BANGSA TEMPAT ATAU SEMPADAN DUNIA...

NAMUN APA YANG LEBIH MENYEDIHKAN...YANG MAKIN RAMAI.. ADALAH ORANG YANG MENGANUTI AGAMA ISLAM..YANG MASIH GILAKAN KUASA...GILA NAMA.. DAN PANGKAT SERTA KEDUDUKAN...

MAHUPUN DIDALAM POLITIK CIPTAAN NEGARA...

SENGAJA MEMPOLITIKKAN ISU WALAU BERGELAR ORANG BIASA...SEPERTI ANJING MENYALAK BUKIT

KETAHUILAH RAMAI YANG DIGELAR TAHI.. BAGI SATU- SATU POLITIK YANG DITAKLUKI...

MENGAPA MANUSIA MASIH BELUM PUAS...

HARGAILAH APA YANG TELAH DIKIRIM WADUD..

SESUNGGUHNYA MENSYUKURI NIKMAT YANG KHOLIK BERI ADALAH MANUSIA YANG PALING HEBAT DAN BERTUAH...

SAMADA DISISINYA DAN DISISI MASYARAKAT....

TAAL AN NAS...

BANGUNLAH DARI TIDUR YANG PANJANG...DARI KHAYALAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN...

SESUNGGUHNYA ALLAH MELIHAT TABIATMU...

JADILAH MAKHLUK SUFI...

JADILAH MAKHLUK SHAHID...YANG MENETAP DIFIRDAUS-NYA DENGAN NYAWA BURUNG HIJAU YANG BERKELIARAN DIDANAU SYURGA...

KHOLIKKU...JADIKAN KAMI MAKHLUKMU YANG DAPAT DIAMI FIRDAUSMU DENGAN AMAN...

AMIN.

Tuesday, April 27, 2010

Yaa Khalik..

Allahku..aku mengajar diri ini untuk tidak lali padamu pesanmu supaya jangan menyombongkan diri padaMu cukup terkeruit hati ini hai munawwir...jgan sombong dengan khalik..aku akan pastikan ini..tetap berdoa padamu beroleh iman yang tinggi supaya tidak alpa dan kedekut menghimpun masa luangku padaMu..

PIAF-Paris

Dalam waktu ini hati teringin mendengar alunan muzik mozart..atau lagu bawaan penyanyi PIAF-Paris yang mendayu dalam gemaan melodi lagu rakyat di pengakhiran tahun 90an melihat cigar berterbangan..aku kalut dipengakhiran watak lelakimat salleh muncul dimeja santai..

Sunday, April 25, 2010

MULUT KAU

Undangan malas, muak terbait dalam diri,
akibat sering tertikam oleh penangan mulut telanjang
yang tak segan- segan
terlanjur membias kata kesat,
dalam pembohongan yang turun naik.
Aku mudah untuk diam selaku batu.
Kuat untuk penahanan diri yang agak agresif
Ya, sabar itulah moralnya
untuk sesuatu perkara yang bakal tertimpa
daripada hal yang tak bererti apa- apa.
Penahanan diri yang juga layak dicerobohi
supaya tidak bergaulan dan terus menggauli kau
yang sudah kulihat seperti
tapai basi yang busuk
digomoli najis haiwan.

KEJERNIHAN

Sedari tadi belum ada singsingan,
belum ada rengekan…kosong!
Tidak terisi..
Tidak ada desiran kata- kata.
Tidak ada bingkisan dan coretan ngomelan.
Masih belum ada sumbangan sang mentari
Diruangan ini.
Kesemua teriakan demi teriakan bersatu
Mengiakan satu suara yang lebih dominan.
Kesesakan menemui kebuntuan
Yang semakin tercatit didada setiap orang
Berkongsi ilmu, berkongsi makan
Berkongsi pakai
Berkongsi teman dan hati...
Apalagi yang boleh digambarkan dengan keserasian?
Walau sekelumit kebencian,
Harus dibiar tercincang jangan dihalang
namun, dicanai segera..!
Maka akan tercapai jaringan keinsafan yang dititipkan dalam hati
Makhluk terbaik yang makin ramai

Saturday, April 24, 2010

BERSAMPAIAN DI TEMPAT ASING

BERSAMPAIAN DI TEMPAT ASING WALAU KULUP DENGAN ORANG- ORANG..PERJUANGAN UNTUK MENERUSKAN HARI-HARI AKAN DITEMPA LAGI DENGAN AZAM YANG MEMBARA UNTUK KESYURGAMU..YA ALLAH..