SEPERTIGA MALAM
JAM 3.00 pagi - Bingkas bangun..
menadah tanagn bersyukur Allah s.w.t masih menghidupkanmu
Mandi ambil wudhu dan memakai pakaian bersih untuk menghadap Allah s.w.t
JAM 4.20 pagi - bermula dengan Solat Sunat Taubat (Menangis dan menyesali dosa yang dilakukan setiap hari), sunat Tahajjud (bermohon menghidupkan malam utk mendapatkan barakah kehidupan sepanjang kehidupan), sunat witir (penutup pengibadahan malam) kemudian berzikir memuji Allah bermula dengan zikir asma ul husna (nama Allah dari ya Allah pada hari pertama kedua kepada ya Rohim dan seterusnya sepanjang Ramadhan).
JAM 5.00 pagi - Bersahur
Gosok gigi untuk bersihkan sisa makanan di mulut.
JAM 5.30 pagi - Menunggu waktu Fajr dengan membaca Al-Quran atau berselawat seterusnya solat sunat Fajr, solat Subuh berjemaah.
JAM 6.30 pagi - Selesaikan wirid harian di atas sejadah serta membaca Al-Quran sehingga terbit matahari.
7.00 pagi - bersiap ke tempat kerja.
Melangkah ke tempat kerja membaca Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktiviti kita diberkatiNYA. Sentiasa berselawat kepada Rasulullah SAW
JAM 8.00 pagi - Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggungjawab.
10.00 pagi - Solat Sunat Dhuha
untuk mendapat keberkatan dari sumber rezeki sekiranya istiqamah mengamalkannya.
Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.
elakkan melakukan dosa kecil menjadikan puasa sia- sia seperti mengumpat, mengutuk, menyindir yang menyakitkan hati sesiapa termasuklah bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan bukan muhrim mengenai perkara yang tiada sangkut paut dgn kerja.
JAM 12.45 tgh hari - Bersiap untuk solat Zohor.
JAM 4.15 ptg - Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah.
JAM 5.30 ptg - Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahur, tanpa melebihkan nafsu makan.
JAM 6.30 ptg - Memperbanyakkan doa sebelum berbuka.
Kerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga", merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu Maghrib,
Bacalah doa dan berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman
dan dengan rezki engkaulah aku berbuka.
Berbuka puasa dengan makanan
manis seperti buah kurma dan meminum air, terus menunaikan solat
maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan berat.
JAM 8.00 mlm - Solat Isya' berjemaah dan diteruskan dengan solat Terawih.
bersolatlah terawih sebolehnya tidak meninggalkan kerana fadhilatnya amat besar.
JAM 11.00 mlm - Memperbanyakkan istigfar sebelum tidur.
Berniatlah utk puasa esok hari dgn berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok untuk menunaikan puasa ramadhan yg wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala.
Bacalah doa sebelum tidur.
No comments:
Post a Comment