Wednesday, February 23, 2011

Tuntut ilmu dimana- mana

Menuntut ilmu dari kitab feqah...sambil diterangi cahaya bulan begitu asli rasanya...begitu segar menghirup udara malam yang bertanah lembab digenangi air...

Rumput dan lalang- lalang basah bersisa dari hujan rintik yang masih belum berhenti..

Terhentinya hanya pada seketika waktu sahaja...terangnya bulan seperti lapangnya hati menerima satu ilmu yang sukar didapati melalui kemalasan dan kealpaan pada hiburan dunia semasa.

Harus sentiasa cekal berusaha mendapatkannya supaya mudah disebar pada orang yang dibuka hatinya...

Allah...tunjukkan laluanku...cerahkan jalanku dan mudahkan diriku dan sesiapa sahaja untuk menerima dan membukukan segala ilmu dibenak dan didadanya.

Semoga ia takkan hilang begitu sahaja..namun terkelal simpan dijiwaku..orang2 kesayanganku serta orang2 pilihanmu..

\(^0^)/

No comments: