"Solat menciptakan satu aktiviti yang menakjubkan didalam sistem tubuh dan organ-organnya. Saya telah banyak melihat orang sakit yang tidak berhasil disembuhkan oleh perubatan conventional,namun solat mampu menyembuhkan mereka secara keseluruhannya. Solat bertindak seperti logam radium, sumber radiasi dan pembangkit energi automatik. Saya telah menyaksikan sendiri efek solat dalam mengatasi berbagai penyakit seperti TBC, radang luka, tulang bernanah kanser dan lain lain lagi," kata Dr Alexis Karel,penerima anugerah nobel dalam bidang kedoktoran.
Hal ini menyatakan bahawa Islam itu datang dari Allah s.w.t dengan cukup sempurna, walaupun ramai kebanyakan penganut agama lain menganggap ritual pengibadahan orang Islam terlalu primitif. Namun, dengan kajian ilmiah yang diyakini cerdikpandai dunia menjelaskan perlakuan ibadah yang diatur oleh Islam itu adalah cara pengibadahan yang terbaik diajarkan Allah s.w.t yang paling beretika dan paling moden selain mempunyai manfaat untuk setiap individu. Malah Islam menghantar nabinya dari nabi Adam a.s sehinggalah Muhammad s.a.w yang menyembah Allah dengan cara sama mengikut tertib dan penyembahan secara total. Ya, pengibadahan yang patuh dengan segala peraturan serta hukum dan tunduk kepada segala larangan Allah s.w.t. Perlakuan solat itu juga punya tertibnya dan punya manfaat juga fadhilat disetiap gerakan yang dilakukan. Ketika bersujud kepada Allah, seorang muslim mestilah melakukan dengan tenang juga dengan hati yang ikhlas menyembahNya. Ini diakui oleh ramai pakar kesihatan tentang kesahihan ritual pengibadahan dalam pergerakan solat umat Islam yang membawa banyak manfaat kesihatan, dan sangat menakjubkan dari setiap manusia yang mengerjakannya. Namun ini masih tidak menarik sebilangan dari kitapun sehingga penganut agama lain juga turut memperlekehkan umat Islam. Menurut mereka tidak semua yang penganut Islam itu menyempurnakan solat 5 kali sehari yang diwajibkan Allah s.w.t. Sedangkan ritual perlakuan solat ini, telah mengatur proses fisiologi yang cantik dengan gerakan terbaik yang sangat tertib. Dimana ia juga sesuai dengan perubahan biologi yang penting dalam tubuh manusia. Jadi, disini bukalah pemikiran dan hati bagi sebilangan yang mengakui sudah tahu namun masih tidak mengerja dan mengamalkan istiqomah dalam pengibadahan.
Solat yang dilakukan dengan ikhlas dan tumpuannya pada Allah s.w.t itu juga dapat mengawal enzim dalam tubuh badan manusia. Ini menjadikan badan cukup sihat sehingga kesannya sebagai conditional reflex yang berpengaruh, seiring dengan putaran masa. Rukuk dan sujud pula sangat bermanfaat bagi kaum wanita yang sedang hamil, untuk memudahkan mereka menghadam serta mengurangkan kembung sekaligus menghilangkan rasa muntah. Ayuhlah wahai ibu mengandung turuti dengan tertib dan sebaiknya dalam perlakuan solat yang bermanfaat ini. Rukuk dan sujud itu juga dapat menguatkan otot-otot dinding perutmu serta membantu untuk mengurangkan kedutan perut secara maksima.
Lantas, memastikan janin yang dikandung ibu hamil berada dalam lingkungan semulajadinya dalam tulang pinggul untuk melancarkan proses bersalin kelak.
Maka, sekiranya semua manusia dapat memanfaati episod terapi pengibadahan jiwa secara total, fizikal, mental dan spiritual, nescaya segala bentuk ketenangan yang diperoleh turut membuahkan keberkatan dan pahala yang penuh dari Allah s.w.t.
Maka tidak hairanlah jika ia dapat diselaras pada peratusan maksima melalui lawatan kesenian pengibadahan jiwa,rohani dan jasmani ke rumah Allah s.w.t di Rusia.
Rusia yang terkenal sebagai syurgakehidupan bebas didunia (free sex radikal) jika dibandingkan dengan Amerika ataupun Belanda (yangmana juga perempuan dan lelaki boleh berkahwin dengan pasangan mereka sesama jantina) itu walaupun sangat banyak rintangan dan cabaran godaan iman yang besar, namun punya cara terbaik yang dapat diisi untuk terus mendekati kita kepada pencipta alam raya. Senibina bangunan lama yang tinggi nilainya. Gaya Romanesque dan Gothic yang tersusun, dengan rapi itu mewujudkan kesenian yang sangat klasik kepada pengamatnya.
Jika anda ingin memudahkan lawatan, hanya dengan berjalan kaki kerumah Allah s.w.t dengan laluan paling dekat, maka, di jantung Kota Moscowlah tempatnya, iaitu disekitar apartment mewah yang dipanggil The White House Residence, yang berhadapan dengan satu-satunya apartment tua yang dibina dizaman Stalin. Dan sekiranya apartment itu masih disewa oleh teman-teman anda yang sedang belajar di universiti Moscow atau yang bekerja disitu maka peluangn untuk bermalam disana lebih mudah. Malah, ia satunya tempat strategik yang paling mudah ke stesen metro Smolenskaya yang hanya mengambil masa 5 minit sahaja dengan berjalan kaki. Di sebelah selatannya adalah kawasan sibuk Golden Ring, Kremlin dan Red Square yang menjadi simbol kebanggaan kota bersejarah dinegara itu.
Jaraknya tidak berapa jauh lagi apabila telusuri jalan Durova untuk menikmati keindahan rumah Allah s.w.t yang teragung dibumi Rusia, berdekatan dengan stadium Olimpijski berwarna putih.
Masjid Moskovsky Soborni Mechet yang sangat indah dan terbesar di Moscow ini berwarna hijau zamrud. Ia berkubah bulat dan bermenara runcing. Malah ia sangatlah seni apabila bersambung dengan stadium olimpijski. Seni kedua yang terpapar apabila dilihat dari mata kasar dengan jarak yang jauh, dengan bentuk bulan sabit yang dicipta dihujungnya itu, menongkat dengan begitu indah dan sangat menyerlah.
Satu lagi masjid Balsoi Tatarski yang sering dikunjungi orang asia seperti pelajar Indonesia kerana berdekatan dengan kedutaan Indonesia di Moscow.
Malah ada tiga buah lagi, salah satunya di kompleks muzium Kutuzovski dan yang dua lagi di Rayon Otradnoye. Masjid yang berada dalam satu kompleks tempat pengibadahan agama lain seperti gereja dan kuil itu dibina oleh kerajaan Rusia dimana yang mendirikannya adalah orang muslim yang berketurunan Tatar. Gereja dan kuil itu juga dibina oleh mereka. Ini kerana pembinaan pada ketika itu sangat payah untuk mendapat keizinan masjid baru di Moscow. Tetapi orang muslim Tatar berfikir secara bijak dengan mengambil keputusan melobi kerajaan untuk mendapatkan keizinan membina tempat pengibadahan yang sempurna bagi semua agama bukan untuk umat Islam sahaja. Maka, kerajaan menilai dan mengambil keputusan dan memperkenan keizinan untuk membina kompleks tersebut.
Sekiranya anda ke Rusia, janganlah ke Red Square dahulu atau kemana-mana selain bersinggah dahulu dan kenali rumah Allah s.w.t yang dibina dengan hati sang pencinta yang suci yang terlalu mencintai Allah s.w.t. Dimana pembinaan rumah Allah s.w.t yang dibina atas dasar taqwa demi menegakkan syiar Islam dan sentiasa dahagakan kasih sayang dari Pencipta alam raya.
Semoga Allah s.w.t memberikan rahmat dan pahala yang melimpah ruah kepada hambanya yang dilimpah kasihsayang agung itu. Juga pada kita semua yang sangat memerlukan kasih sayang dan perhatianNya. Supaya Allah s.w.t tidak akan meninggalkan kita terlalu jauh disaat kita lupa dan menjauh daripadaNya. Amin.
No comments:
Post a Comment