Selamat menyambut hari lebaran buat semua sahabatku dan umat Islam di seluruh dunia yang menyambutnya...
Dihari lebaran ini amatlah dianjurkan kita bersederhana dalam menyambutnya. Serba sederhana dari segi persiapan, dan besederhana dalam segala hal. Paling utama adalah kita menyambut hari raya ini kerana Allah s.w.t disamping mengeratkan tali kekeluargaan yang utuh juga silaturrahim berpanjangan sesama umat Islam.
Apabila kita gembira, kita sering lupa pada insan yang bersedih menyambut lebaran dengan penuh kedukaan. Bagi mereka, hari raya mereka penuh kesayuan. Walaubagaimanapun...dihari berbahagia ini kita sebagai orang yang punya sedikit kegembiraan jangan melupakan mereka didalam kesedihan. Dengan demikian, kesedihan itu akan beransur hilang dengan sendirinya dan menumbuhkan kegembiraan didalam hati mereka dan berpeluang bergembira menyambut raya mulia.
Pelbagai bangsa, negara dan masyarakat yang isi huninya Islam punya cara dan tradisi mereka menyambut lebaran. Kesemuanya meraikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran kepada kholik. Bermaafan, saling berkunjungan dan menjalinkan tali persaudaraan yang utuh walaupun membutuhkan kesibukan kepada laluan kehidupan yang direncana pencipta. Kesyukuran kita panjatkan buat Allah azzawajalla kerana masih menganugerahkan kita kegembiraan dan masih memanjangkan hayat kita menyambutnya setelah berjuang menjinakkan nafsu di bulan Ramadhan. Malah kita adalah dikalangan yang bertuah dapat menyambutnya dengan aman dan sejahtera.
Semoga dengan perayaan ini, banyak dapat dimanfaatkan selain merasa ketakjuban yang bersampaian di tahap tinggi kepada Allah s.w.t, di atas segala rahmat dan kenikmatan yang dilimpahkan pada kita sekalian umat manusia. Semoga jiwa- jiwa kacau bebas dari kejahatan, kedengkian dan kecelakaan yang bisa merusak hati untuk membentuk jiwa putih ikhlas, yang bersih lagi suci kepada pencipta alam raya juga manusia sejagat.
No comments:
Post a Comment