Thursday, November 17, 2011

Pinta Allah jaga lakumu

Adakah kamu merupakan seorang dari yang cemerlang.. sensitif dan istimewa?. Tetapi kamu masih ragu mengenainya? Ini pasti kerana kamu masih tidak terlepas dari berbuat kesalahan. Kamu tentunya mahu melakukan segala sesuatu dengan baik tetapi sangat sukar... Benar, setiap dari manusia itu berbeza. Maka, kamu juga mahu menjaga hati orang lain.. tetapi kamu tidak tahu bagaimana caranya bukan? Ya, mendengarkan mata hati tidak selalunya tepat.

Kadangkala kamu hanya menjangkakan namun, lain pula yang terjadi. Ini jelasnya, kerana mata itu belum terbuka. Dengan cara yang bagaimana membukanya? Dengan cara mengingati dan meminta kepada Allah s.w.t. kerana segala rahsia yang tersembunyi itu semua dariNya. Namun, sekiranya mata hati kamu telah dibuka dan berlaku perkara yang tidak diingini pula…ia dipanggil ujian.

Maka, ia bukanlah kerana mata hati kamu masih tertutup setelah kamu serahkan jiwa dan raga kamu pada Kholik, tetapi ia adalah dugaan kepada setiap umatNya bagi menguji kesabaran dan ketaqwaan kita kepadaNya.
Segala tingkah lakumu harus beserta ingatan kepadaNya. Kamu perlu menjadi seseorang yang peka terhadap apa yang dipikir dan dirasakan juga oleh manusia lain terutamanya kepada mereka yang tersayang iaitu keluarga serta rakan taulan. Maka, apabila berhadapan dengan orang tersayang kamu harus minta pada Allah, supaya tidak ada perkara yang dapat mengecilkan hati mereka. Tidak akan melaku perkara yang tidak sepatutnya dari setiap tingkahmu. Kadangkala kita sering melupakan hal ini…lupa padaNya..jesteru itulah, kita tidak dapat pertolongan dariNya. Inilah yang berkaitan dengan mata hati tidak terbuka seperti yang disebutkan tadi.

Sama juga halnya jika kamu ingin mengembangkan bakat kamu untuk menjadi seorang yang berbakti kepada masyarakat, agama dan negara namun, tidak dapat berbakti kerana bermasalah dengan manusia. Ketahuilah, setiap dari kamu itu punya keistimewaan tersendiri. Pembawa kepada fungsi- fungsi tersendiri…kita saling melengkapi. Maka, ingatan itu mestilah wujud agar kita sentiasa meminta kepadaNya untuk mendapatkan hubungan baik dengan manusia. Setiap yang kamu lakukan kepada manusia lain dan menjaga keharmonian muka bumi Allah ini dengan makmur, maka kamulah insan yang dipilih ke jannah.

Ia hanya perlu meminta kepada Allah s.w.t supaya menjadikan diri anda seorang yang pengkaji perasaan manusia terutamanya orang yang kita sayangi supaya tiada berlaku sebarang permasalahan diantara mereka. Cubalah mengaplikasikannya. Nescaya tiada permasalah yang berlaku kerana kamu ternyata sudah tenang. Apabila mata hatimu dibuka…maka tiada kekalutan lain yang bersarang.

Wujudkan kemahiran dari segi psikologi yang pintar dalam dirimu. Ia mampu membuatkan kamu segera menghargai dan memahami manusia lain dengan cara yang paling baik. Kita hidup di dunia ini dalam lingkungan manusia yang begitu ramai. Hanya dengan kepekaan dari redha Allah sahaja dapat mewujudkan satu faedah dalam memperolehi hubungan kasih sayang yang harmoni.

Maka, sebelum kamu mulakan dengan orang lain cubalah kamu mulakan dengan orang yang kamu sayangi…minta pada Allahmu..yang mana sebelum kamu mulakan sesuatu bahkan untuk meminta segelas air sekalipun ingatan kamu mestilah berpusat terus kepada Allah supaya Allah menjagai segala tingkah kita agar tidak salah laku di hadapan dengan orang yang kita sayangi.

Setiap helaan nafasmu, setiap detikan hatimu, setiap hayunan langkahmu, setiap capaian tanganmu, setiap bicara lidahmu, setiap perahan akalmu itu… haruslah memikirkan Yang Maha Esa kerana disitulah penyelesaian terhadap segala permasalahan dan ujian yang kamu hadapi. Dengan hanya meminta Allah menjaga adab- adabmu kepada manusia.

No comments: