Tuesday, March 22, 2011

Mensyukuri Nikmat Sihat..

Benarlah bait perkataan yang tertera di dada kitab kesemua motivator bahawa kesihatan adalah tunjang utama setiap manusia.

Malah kekayaan juga terletak ditempat kedua bagi manusia mencipta ruang kehidupan mereka. Aku diantara yang mengakui tentang itu. Pelbagai kejadian yang mendugaku tentang tentang erti kesihatan yang sebenar. Tanpa kesihatan yang baik,aku juga tidak mampu menikmati rencah kehidupan yang maha kuasa aturkan. Masa menjadi terlalu panjang apabila merasai erti kesakitan. Sebulan lebih ku pernah rasai dan sehari dua juga penderitaan kesakitan yang penuh dengan keperitan. Ketika itulah baru kita ingin untuk merapati tuhan. Mengapakah manusia begitu alpa akan nikmat kesihatan yang diberikan? tidakkah manusia sedar dan tahu akan nikmatnya diri yang alfiat? kupersoal ini terutama buat diriku..tidakkah masa sihat itu kita jagai dan mensyukurinya? Berbuat sesuatu yang benar pada jalanNya? Aku mungkin dari kalangan seorang dari Islam yang selalu alpa dengan nikmat kesihatan yang tuhan berikan. Maka, sebagai seorang Islam sejati haruslah mensyukuri nikmat itu yang tertera didada kitab agung karangan maha Esa...teruskan menyedari dan mensyukuri nikmat itu..tentulah tuk tenang didunia.. kerana padaNya pastikan kita berhadap.

'Ya Allah suburilah kami dengan diri yang sedar pada nikmat nikmat kesihatan yang telah kau beri...untuk tenang berhadapan pelbagai cabaran menjadi hambamu yang terbaik. Amin'.

Tuesday, March 8, 2011

Luangkan masaku padaMu

Allah...luangkan masaku padaMu

Sesungguhnya manusia sepertiku amat lalai atas tuntutan pengibadahanku padaMu
berikan aku peluang tuk luangkan masaku padaMu
allah berikan aku penuhi masaku padaMU
tetapkan imanku...panjangkan masa pengibadahanku...
Allah...penuhilah permintaan ini...sesungguhnya aku ingin merubah diriku...

Aku Sayang Allah..Aku Rindu Allah... Aku Cinta Allah...

Sunday, March 6, 2011

Megahnya manusia berdekah

Manusia apabila sudah mendapat sesuatu petunjuk (sense/instinct) dari tuhan, manusia itu sememangnya mudah lupa. Betapa megahnya mereka dengan ilmu yang ada...ketawa yang berdekah- dekah seolah dia mengetahui sesuatu dari kebenaran (penyakit yang dilalui dan diri yang berlaku amal) pada setiap dari orang- orang. Ia menumbuhkan terus riak didalam hatinya...(seolah dialah insan pilihan tuhan)..

Megahnya dia memberitahu sesiapa bahawa dia merupakan orang pilihan tuhan yang mampu mengetahui segala sesuatu tentang manusia lain. Ah, sudahlah...!!! kamu bukan wali..kamu bukan sesiapapun...jangan hanya mahu bermegah dan berlagak atas apa yang kau anggap adalah kurniaan dari tuhanmu...manusia ada kelebihan masing- masing...mungkin hanya kebetulan sahaja...

Kamu jangan menganggap kamu dari aliran mereka...para solihin atau wali Allah, apabila kamu x ubah seperti orang yang jahil mencuit- cuit sesiapa yang bukan muhrimmu...

Sedarilah...golongan itu memandang mata dengan wanita pun tidak mahu kerana takutkan Allah...sedangkan kamu ingin menikam mata mereka. Kamu masih tidak setanding mereka...fahamilah, sedarilah, mengertilah...

Allah maha mengetahui megahnya kamu..tahu akan niatmu...dekahanmu...langkahmu...

Sesungguhnya Allah Maha Besar, lagi Maha Mengetahui!

Thursday, March 3, 2011

'Apa nk jadi jadilah!...tawakaltu'a'lallah'

Setiap hirupan dari aroma coffee yang agung masih tidak mampu menghilangkan rasa tekanan..
sedikit leka dengan suapan rasa yang muak namun tidak terlepas dari berfikir kepada rasa penghijrahan..
nilai penghijrahan diukur dengan setiap pengorbanan yang dilakukan...
tetap berdepan dengan masalah bagi penyelesaian walaupun tidak sekaligus...
hanya mampu berdoa, berdzikir didalam hati bg menenangkan jiwa yang kacau sejak berada dikota lubuk emas..
tetap berjuang mengharung cabaran apapun...dan berdepan dengan sesuatu yang agak asing dari keputusan 'apa nak jadi, jadilah!'..
allah selamatkan aku..dari lautan racun yang penuh berlian..(mengharung tubuhku terkena racun..namun dapat kukutip berlian yang berserakan..tidak kuharung, bermakna aku sengaja melepas peluang yang kucipta sendiri)

Saturday, February 26, 2011

PENCABARAN DUGAAN

MERATAH KATA DARI MULUT TELANJANG
HATI MEMBUNGKAM MENAHAN BISA KEPEDIHAN KATA YANG MENGAKAR
TADAHAN TELINGA SANGAT MEMERITKAN SEPERTI DENTUMAN MESINGAN YANG MENATAR,
SEHINGGA MENGELAR RUANG PEMBULUH DARAH
HANYA MENDENGAR, DIAM, TANPA MENYUARA SEPATAH KATA
DENYUTAN KEPALA TERASA DARI PEMBERONTAKAN NEURON BERPERANG SESAMA LAINNYA
PENYEBAB INILAH AKU SEMAKIN MEMFIRASATKAN INILAH PENCABARAN DUGAAN DARI LALUAN KEJAYAAN!

Wednesday, February 23, 2011

786, Alhamdulillah Syukur..

Allah...

Syukur padaMu aku masih bernafas untuk penuhi sisa hidup berpeluang menjadi hambamu yang soleh. Allah...kuserah segala padaMu...segala yang diaatur amat elok..sedang elok...dan amat menarik..

segala kifarah yang diberikan merupakan ujian untuk aku mengerti segala perbuatan dari perjalananku mengharung hidup di duniaMu
ia bukan untuk ditangisi dan sesali..namun untukku lebih berfikir dan menggunakan segala tenagaku memperbanyakkan amalan sebagai kewajipanku sebagai hambaMu disunia menuju alam kekal...

supaya aku terus tidak mengenang dan menangisi kifarah yang menimpaku...ada alasanmu dan aku pasrah dalam senyuman yang sangat ikhlas padaMu
sekarang adalah waktu untuk aku terus berusaha perbaikinya...segala hanya untukMu...lillahita'ala.

Tuntut ilmu dimana- mana

Menuntut ilmu dari kitab feqah...sambil diterangi cahaya bulan begitu asli rasanya...begitu segar menghirup udara malam yang bertanah lembab digenangi air...

Rumput dan lalang- lalang basah bersisa dari hujan rintik yang masih belum berhenti..

Terhentinya hanya pada seketika waktu sahaja...terangnya bulan seperti lapangnya hati menerima satu ilmu yang sukar didapati melalui kemalasan dan kealpaan pada hiburan dunia semasa.

Harus sentiasa cekal berusaha mendapatkannya supaya mudah disebar pada orang yang dibuka hatinya...

Allah...tunjukkan laluanku...cerahkan jalanku dan mudahkan diriku dan sesiapa sahaja untuk menerima dan membukukan segala ilmu dibenak dan didadanya.

Semoga ia takkan hilang begitu sahaja..namun terkelal simpan dijiwaku..orang2 kesayanganku serta orang2 pilihanmu..

\(^0^)/