Sunday, October 30, 2011

lavender oh lavender

Pokok Lavender memang jarang ditanam di Malaysia melainkan di Cameron Highland sebab beriklim sejuk...tapi aku cukup benci bau lavender...namun tak kisahlah kalau ia merupakan terapi ketenangan kalau kita stress betul tak bau yang buruk boleh jadi harum dan terima je...kalau nak tahu bau perfume yang lebih kurang sama dengan lavender ni adalah perfum Bulgary...warna ungu..

Lavender ni cukup banyak khasiatnya, antaranya korang boleh baca di atas seperti rawatan gigitan serangga, antiseptik dan lain-lain lagi. Di Malaysia mungkin digunakan sebagai aromaterapi sahaja disebabkan baunya yang sedap atau aroma yang segar.

Wednesday, August 31, 2011

Dewi bersabarlah

Dewi itu..
Sangatlah kasihan..dari kecil lagi sudah diuji dengan kehilangan orang yang paling rapat dengannya. Walaupun tidak mengenal ibu kandungnya..namun seusianya itu dapat membezakan kasih sayang ibu kandung dengan Mama. Ya, dewi perlu mengharung dugaan seumpama itu. Ibu yang rapat disisinya, ibu yang menyusukannya dengan penuh kasih dan sabar itu sampai ajalnya mengalami insiden kemalangan yang teruk dan mengelar satu lagi episod hitam sejarah kematian yang terburuk..sehingga hampir keseluruhan anggota badannya meninggalkan serpihan dan pengaliran darah yang sangat banyak didada jalan. (Masya'allah ampunilah dosa ibu suci itu). Sepasang mata kecil tetap berkelip mengharap untuk dikasihi..meminta kasih yang kebanyakan dari insan yang bergelar ibu mulia yang sangat ikhlas kepadanya memberikan kasihsayang yang sempurna. Malangnya hal demikian berlaku disebaliknya. Bersabarlah wahai dewi.. Pengkisahan nyawa ibunya tadi yang direnggut begitu sahaja oleh kenderaan pacuan 4 dan 6 roda dijalan taman melawati diketahuinya apabila dewi berusia 22 tahun semasa pembawakan anak keduanya..dan pada hari itu juga dia mengetahui bahawa ibu yang tidak adil padanya itu bukanlah ibunya yang sebenar. Dan pemalsuan dokumen kelahirannnya juga diketahui selepas dewi berurusan dengan
Pendaftaran negara. Berita pencarian keluarga disebelah ibunya berakhir apabila pertemuan semula dengan kawan rapat ibunya yang bekerja ditempat yang sama dewi bekerja. Dan disitulah jejak pencarian anak yang persis wajah ibunya ini diketahui keluarga ibunya yang mencarinya sehingga ke saluran media jejak kasih.
Dewi itu tidak kedekut walaupun pasangannya mengidam dan rajin sekali sehingga meninggalkan harta 5 anak suci yang terlalu naif. Sekali lagi diuji dengan sikap buruk pasangannya. Masjid yang mereka dirikan akhirnya roboh. Disinilah dewi tekad membesarkan anaknya bersama kembarnya yang selalu disisinya.
Pertemuan semula dewi dengan keluarga yang punya pertalian darahnya menjadi ikatan kekeluargaan yang sebenar, yang erat dan dipenuhi warna kasih sayang suci.
Dewi sangat bahagia masih lagi diberi peluang menumpang kasih sayang bersama keluarga talian darahnya. Apa yang penting dewi harus berhidup dengan baik baik. Bersabarlah dewi ada atau tidak pendamping kita tetap setia disisi tuhannya. Dan harapannya siapapun dia keadaan pastinya akan baik baik saja. Ini janji tuhan kita. Tuhan yang cukup seni maha kuasa penjaga agama sejahtera, Tuhan penjaga syurga dan neraka Tuhan penjaga waktu, takdir penjaga kitab suci agung dengan aturan pelaksana hukum hakamnya, Tuhan penjaga tanah haram serta Tuhan yang merencana sesuatu buat sekalian umatnya..ya Tuhan inilah yang punya sifat 20 dengan 99 nama indah yang unggul. Yakinilah Tuhan yang juga dipanggil kholik ini akan mengabulkan permintaan kita..insyaallah.. beroleh segalanya dengan cukup baik dan sempurna.

Tuesday, August 30, 2011

Sambutlah perayaan dengan kesyukuran dan bersederhana

Selamat menyambut hari lebaran buat semua sahabatku dan umat Islam di seluruh dunia yang menyambutnya...

Dihari lebaran ini amatlah dianjurkan kita bersederhana dalam menyambutnya. Serba sederhana dari segi persiapan, dan besederhana dalam segala hal. Paling utama adalah kita menyambut hari raya ini kerana Allah s.w.t disamping mengeratkan tali kekeluargaan yang utuh juga silaturrahim berpanjangan sesama umat Islam.

Apabila kita gembira, kita sering lupa pada insan yang bersedih menyambut lebaran dengan penuh kedukaan. Bagi mereka, hari raya mereka penuh kesayuan. Walaubagaimanapun...dihari berbahagia ini kita sebagai orang yang punya sedikit kegembiraan jangan melupakan mereka didalam kesedihan. Dengan demikian, kesedihan itu akan beransur hilang dengan sendirinya dan menumbuhkan kegembiraan didalam hati mereka dan berpeluang bergembira menyambut raya mulia.

Pelbagai bangsa, negara dan masyarakat yang isi huninya Islam punya cara dan tradisi mereka menyambut lebaran. Kesemuanya meraikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran kepada kholik. Bermaafan, saling berkunjungan dan menjalinkan tali persaudaraan yang utuh walaupun membutuhkan kesibukan kepada laluan kehidupan yang direncana pencipta. Kesyukuran kita panjatkan buat Allah azzawajalla kerana masih menganugerahkan kita kegembiraan dan masih memanjangkan hayat kita menyambutnya setelah berjuang menjinakkan nafsu di bulan Ramadhan. Malah kita adalah dikalangan yang bertuah dapat menyambutnya dengan aman dan sejahtera.

Semoga dengan perayaan ini, banyak dapat dimanfaatkan selain merasa ketakjuban yang bersampaian di tahap tinggi kepada Allah s.w.t, di atas segala rahmat dan kenikmatan yang dilimpahkan pada kita sekalian umat manusia. Semoga jiwa- jiwa kacau bebas dari kejahatan, kedengkian dan kecelakaan yang bisa merusak hati untuk membentuk jiwa putih ikhlas, yang bersih lagi suci kepada pencipta alam raya juga manusia sejagat.

Thursday, August 25, 2011

Hayati erti kemerdekaan

Bukan semua dari kita melupakan erti kemerdekaan negara. Namun kebanyakan dari kita kurang menghayati erti kemerdekaan sebenar. Dalam kesibukan kita, sememangnya kedangkalan kita melalui penghayatan sejarah bertahap tinggi. Walaupun beberapa usaha dari kerajaan melaungkan semangat mencintai tanahair. Kita terlalu bertuah menjadi anak bangsa Malaysia. Jika hendak dibandingkan antara Malaysia dan Indonesia terlalu banyak bezanya. Namun, rakyat Indonesia berbangga dengan negaranya yang kaya dengan hasil bumi yang menjadi sumber negara maju dunia iaitu Jepun. Kita juga lebih lagi hebatnya apabila boleh dikatakan kesemua keluaran hasil bumi kita seperti minyak, kelapa sawit dan getah merupakan yang terbaik dan utama di dunia. Ya, sayangnya kita terlupa segalanya tentang negara ini, tentang bumi Malaysia..yang hari ini masih lagi aman dan sentosa. Lebih menyedihkan, kecetekan ilmu kita dalam sejarah akan tetap berulang sehingga ke generasi seterusnya sekiranya kita sendiri tiada usaha untuk mengetahui sejarah negara yang sepatutnya mekar didalam dada. Catitan sejarah tidak akan hilang sekiranya masih tersimpan di arkib yang belum musnah. Namun, lembaran sejarah jika tidak diselak, kita akan selamanya dungu tidak dapat menilai erti sejarah yang sebenar. Usahkan sejarah Malaysia, sejarah kemerdekaan juga masih termangu- mangu. Banyak buku pembacaan di perpustakaan yang memaparkan khazanah ilmu yang bercorak sejarah. Malah, pada hemat saya, yang terbaik untuk pembacaan sejarah setakat ini melalui koleksi buku sejarah tanah air, buku dwibahasa (Melayu- Inggeris~ Inggeris -Melayu) Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791- 1965 (Old Treaties & Documents Of Malaysia) yang diterjemahkan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM. Kandungan buku ini menyingkap peristiwa penting tentang kesan sesuatu perjanjian terhadap kebebasan dan kedaulatan negara. Kesan dari perjanjian ini menyebab pejuang negara mendapat kesedaran dan semangat yang tinggi untuk membebaskan negara dari penjajah. Ia sebagai bukti peristiwa penting yang berlaku diantara pihak pemerintah dengan penjajah. Buku ini juga menjadi asas untuk mempertingkat jati diri kita disamping memperteguh semangat untuk mempertahankan kedulatan negara. Harapannya dapatlah sekalian dari kita memanfaatkan masa yang tersisa untuk merenung dan mengubah persepsi kita terhadap sejarah yang termaktub. Bacalah, kerana naskah asalnya tersimpan di institusi luar negara.

Saturday, August 20, 2011

Kita sebagai konsultasi solusi

Hari ini menjadi lebih tenang apabila jiwa kita mengunjung ke kawasan sekitar Baitullah.
Ada laluan pejalan kaki yang super sibuk dengan manusia yang berbondong untuk menunai solat di disitu. Ada burung burung merpati kelabu yang sangat jinak apaila mengena umpan biji matahari. Ada kedai kedai yang bersih dan operasinya petang saat menunggu orang dikala azan bersahutan. Tak kurang juga fakir miskin yang minta suapan roti untuk diisi. Kepusuan yang cukup padat disekitar belah luar dalam kawasan al bait shopping centre. Membeli haruman kasturi untuk berwangian menghadap pencipta alam raya. Ada juga yang membeli baju tidak kurang membeli sejadah juga tasbih yang segalanya untuk menjalani pengibadahan kepada tuhan satu. Sepadatnya seluruh kawasan adalah menjadi tempat orang orang yang ingin menikmati 1000 bulannya di Makkah. Yang melaku tawaf, tak kurang dengan solat sunat, malah ada juga yang hanya beriktikaf dikawasan ka'abah untuk lebih tawaddhuk dan menanti waktu berbuka dengan sebiji kurma dan air zam zam. Kemudian terus menerus menjalankan ibadah sunat serta pembacaan kitabullah. Menunggu lagi seusai solat tarawih.
Sayugia mata memandang..dan ketenangan inilah apabila diresapi menjadi sebuah ketenagan yang dicari seluruh umat. Tidak memikirkan apa apa selain berzuhud.
Namun, permasalahan tidak berhenti disitu. Pabila mereka pulang kekampung laman permasalahan mereka juga sama. Tidak akan dapat berzuhud selagi punya keluarga dan hasil keturunan untuk menanggungjawab. Inilah lumrah kehidupan dari apa yang disunnahkan Rasulullah s.aw. Yakni memperbanyakkan zuriat dan keturunan sholeh.
Pelbagai permasalahan yang membingungkan mereka, maka konsultasi keluarga dari si bijak pandai menasihati amatlah penting untuk menyelesaikannya. Ada yang iman menipis sekeluarga, ada yang anaknya seorang penghafaz quran tapi asyik dengan nyanyian bisa menghafal dengan faktor qadrati dan inilah yang menentukan kuat dan lemahnya hafalan. Diantara mereka ada yang lambat, cepat ingat cepat hilang. Ada juga permasalahan rumahtangga hasil penceraian. Dan ada juga dari mereka yang ditinggalkan warisan yang banyak lagi haram..tetapi membutuhkannya.
Malah, ada diantara mereka yang dianugerahi putra dan putri yang sangat tampan dan manis. Namun ketampanan dan kecantikan itu memberikan permasalahan kepada ibu dan bapa mereka. Adapun putra mereka akibat terlalu tampan telah diminati sejenisnya, melaku sumbang. Adapun putrinya yang menawan menjadi habuan keserakahan lelaki. Kerana dasyatnya permasalahan itu ibu dan bapa merasa gagal mendidik anak. Merasa hancur disetiap kali mengingati perkara yang dilihat sungguh canggung itu. Dunia mula jadi hitam tiada solusi bagi mereka. Kebuntuan mula bersarang. Disinilah kita yang punya ilmu bisa bantu dan jangan sesekali biarkan mereka.
Kita hanya dapat membantu mereka berusaha untuk menjadi orang yang teguh dalam menyelesai dan membuat segala keputusan. Supaya mereka tidak lelah dan ragu ragu dalam membuat keputusan. Bersikap tegaslah kepada sesuatu yang mungkar. Janganlah biarkan diri kita dan mereka cepat menyerah jangan mudah putus asa dan yakinlah kepada Allah s.w.t kerana Allahlah sebaik penjaga. Allah senantiasa memberikan kepada anda kesabaran apa yang anda alamiserta meluaskan pertolongannya pada anda.
kalian harus bersungguh sungguh berdoa dan berusaha dalam mendapatkan pertolongan Alllah s.w.t sekalius mendapatkan keampunannya dengan banyak beristighfar dan bertaubat. Insyaallah segalanya dipermudahkan.

Wednesday, August 17, 2011

Mari sahabatku...

Friend, friendship begin with sharing. Thinking of you every moment, you are in my mind.
Bagi membiarkan org sangsi dgn cara dan percakapan sangat mudah..untuk masuk dalam satu-satu kelompok sangatlah mudah..hanya menyamai cara mendekati seseorang...seperti musuh dalam selimut, tetapi jgn tersilap..kerana apa yang dilihat dari penilaian luaran seseorang tidak sama dengan yang ada pada dalaman individu itu sendiri..Pelbagai hadis qudsi melalui kitab pengajian harus dikongsi..perlu dijadikan panduan utk dibukukan dalam hati dan mula digunakan pabila berdepan nanti.. Marilah hati- hati kecil yang selalu ingin dinilaikan tuhan menjadi besar..supaya dapat mengandar ribuan hadis dan firman melalui al quran. Janji Allah. Amin.

Sunday, August 7, 2011

Sempurnakan tanggungjawab keluarga dalam mencari redha Allah

Berapa ramai dari kita yang sentiasa tenang apabila berada didapur,mencuba pelbagai menu sajian buat keluarga tersayang? Perasaan 'passion' itu pastikan hadir dengan sendiri apabila kita punya dapur moden dari jenis kayu, keluli tahan karat, punya kaunter top solid surface yang menimbulkan pelbagai rona yang mampu membangkitkan semangat dalam penyediaan makanan dan minuman. Tetapi sumber psikologi memperakui bahawa 'mood' masakan bergantung kepada si pemasak samada dia dalam keadaan ok atau ko.haha..
Teori ini juga aku ambil dari sensored film 'like water for cocholate' yang di adaptasi dari sebuah novel karya novelis german, kalau tidak silap. Filem ni mengisahkan seorang perempuan miskin yang sangat pandai memasak. Malah, lelaki yang baru ditemuinya juga selain berkenan kepadanya sangat menyuka masakannya. Namun menu masakan dan rasa makanan bergantung kepada emosi si pemasak.Samada ketika penuh kasih sayang, marah,sedih, gembira dan merindu. Ketika itulah orang yang merasa masakan berubah mengikutperasaan yang sama dengan si pemasak. Huhh..sebut tentang makanan dibulan puasa ini tentulah kita juga memilih untuk memasak dirumah dari membeli dibazaar Ramadhan. Namun,tidak pula bagi sesetengah dari kita yang kesuntukan masa,bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.30 petang. Dikala petang pula, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, yang membuatkan mereka membeli sahaja juadah berbuka puasa (aku juga begitu) atau yang masih tidak berkeluarga berbuka puasa direstoran adalah alternatif pilihan yang paling berbaloi. Berapa ramai diantara kita yang memilih untuk berbuka di masjid seterusnya tunai maghrib dan isya' sekaligus menyudahkan solat sunat terawih? Wah, alangkah bahagia dan beruntunglah mereka yang berjaya memasuki kelompok itu. Dan aku rasa, akulah orang paling rugi, sebab tidak sempat menunaikan sunat terawih dimasjid. ('...sesungguhnya manusia sentiasa berada didalam kerugian..') Entahlah, apabila kerja makan gaji dan berniaga sekaligus menuntut, diri dengan sendirinya mengikut arus itu. Stamina yang kurang mula membuatkan ramai kalangan wanita yang bekerja sambil berniaga yang menyara keluarga tidak dapat menyempurnakan amalan sunat mereka dengan pahala yang berlipat ganda. Mereka ini adalah antara manusia yang rugi. Namun, kita mampu mengubahnya jikalau mahu. Insyaallah, mesti ada kekuatan mental dan fizikal yang lebih sedikit.
Nampaknya, hari minggu sebegini kita berpeluang menunaikan segala tanggungjawab pada keluarga (memasak dengan hebat layak chef) dan terutamanya tentulah tanggungjawab total pada pencipta Allah s.w.t.(membaca al quran dan dzikir serta melakukan sebanyaknya solat sunat (hajat dsb). Maka hari hari yang dilalui akan menemui 'hallawatul iman' tambahan lagi di bulan Ramadhan yang punya banyak kelebihannya ini. Insya Allah. Sama- samalah kita merebutnya sebelum menutup mata.