Wednesday, April 27, 2011

Twist Terapi

Pabila berjuta fikiran dari kita merunsing meminta untuk ditenangkan, mulalah terapi keindahan alam semulajadi menjadi pilihan utama melepaskan tekanan. Tempat peranginan, perkelahan serta aktiviti bersukan sudah mampu tuk menenangkan tekanan sebilangan dari kita. Namun, cliche seperti itu boleh di'twist'kan dengan memusatkan pemikiran kepada naluri sebenar manusia yang bertindak mengakui tuhan itu ada. Dan ia bukanlah sebagai aktiviti wajib yang hanya terbatas dengan meletakkan kening bersujud di sejadah sahaja, namun mendapat ketenangan sebenar apabila melihat, merasa serta menikmati keindahan hasil senibina Islam yang terpapar dibata merah yang dipelas terukir nama Allah juga kekasihnya, Muhammad bergandingan bersama kalimah agung yang sering kita ucapkan. Ia diluahkan dengan cara penghasilan yang sangat halus dan yang paling seni. Seni yang dipamer terlalu indah walaupun cukup simple. Namun ia punya nilai estetik yang tinggi serta maha teliti sehingga tingkat karya seni yang lain tergugat hasil cetusan pengkarya seni yang menyatukan dengan seni khat dan motif corak. Disini, teruslah terusik sehingga bergetar sebuah hati yang suci..yang sangat mencintai penciptanya. Dengan itu, sememangnya terbuktilah kesan sejarah yang ditinggalkan sehingga menusuk ke jiwa setiap dari kita yang telah mengunjungi rumah Allah yang agung ini,insyaallah. Dengan melawati, melihat senibina Islam terunggul dan bersaksi dengan jiwa yang tenang melangkah ke rumah ibadah umat Islam tuk meninjau tinggalan kesan itu juga, sedikit sebanyak dapat meluaskan pengertian dan ilmu kita tentang sejarah pengalaman kemanusiaan sehingga wujudnya keaslian tempat pengibadahan yang agung dan antara agama yang paling ramai penganutnya didunia. Hal ini dapat dirumus bahawa pengalaman kita ditempat pengibadahan itu lebih hebat daripada gambaran penulisan yang hanya melalui pena sejarawan didalam buku sejarah keagamaan.

Indahnya Tanah Haram(Medina)

Sujud kaum mukminin tentunya mengarah ke arah kiblat yg satu berpandukan kaabah.Antara masjid senibina Islam, tempat yang mampu memaut tenang bagi umat Islam tentulah paling utamanya Kaabah. Ya, terlalu hebat baitullah ini sehingga banyak jiwa yang kotor mampu dicuci seperti peluntur oleh air zam-zam yang diminum itu. sehingga pengibadahan dari hasil ketakjuban pada Allah pencipta alam terus menerus berlaku tanpa dipaksa. Dan keutamaan untuk beribadah yang paling hebat tentulah di rumah ibadah yang paling suci tentulah, masjid An Nabawi yang dibina atas dasar taqwa, di Kota Madinah. Rumah Allah yang paling dicintai Rasulullah s.a.w. ini, berasal dari kepunyaan dua beradik, Suhail dan sahl dibawah jagaan As'As bin Zararah Al Ansari. Dimana, tapak kawasan masjid Nabawi merupakan tempat pengeringan tamar. Maka disebabkan Madinah yang tanahnya sebagai pelindung dari racun dan sihir serta kaumya yang sangat baik hati, maka terbinalah masjid yang menjadi penenang jiwa yang sangat unggul bagi umat manusia yang beragama Islam apabila melewati masjid ini.
Apabila dilihat dari sudut pandang senibina disertai selingan sejarah dan kewajipan beriman kepada quran kareem, masjid berkubah hijau saujana mata memandang ini memuatkan rangkaian kata yang panjang untuk dirumuskan. Sebagaimana didalamnya terdapat makam Rasulullah s.a.w. yang diukir bertatahkan emas dan dilengkapi dengan keistimewaan raudhah yang mulia bermimbar diatas pintu dari pintu-pintu syurga yang sentiasa disebut melalui kitab sejarah Islam. Hai hati yang suci, pastinya terinjak dan sentiasa bergetar dengan zikir yang bersahut sahutan.
Disini senibina tiangnya yang cukup besar itu telah dilengkapkan pula dari sejarah peninggalan kesan solat Rasulullah s.a.w serta para pengikutnya.
Bermula dari tiang mimbaryang menjadi tiang tiang didalam syurga Allah s.w.t. Manakala, kedudukan Tiang wangi yang sempurna mengenangkan laku Rasulullah s.a.w yang menjadikan minyak wangi sapuannya melingkari tabir tiang apabila baginda bersolat dan bermunajat di tiang tersebut.
Terdapat juga beberapa tiang yang bersejarah termasuklah tiang taubat Abu Lubabah juga lebih kurang saiznya dengan tiang yang lain punya maksud dan pengertian yang tersendiri. Tiang ini dipanggil tiang taubat Abu Lubahah apabila menerima hukuman kerana mengkhianati Rasulullah s.a.w. kepada yahudi..dimana ia merupakan tiang kedua dari makam rasulullah s.a.w. Tiang katil pula, punya sebuah katil tempat beristirehat Rasulullah s.a.w. Dan pelbagai tiang punya sejarah di masjid kecintaan seluruh umat Islam dimuka bumi ini. Diantara kelebihan dan nilai sejarah tersendiri rumah ibadat yang terdapat berhampiran masjid An Nabawi juga adalah masjid Quba yang didalam isi huninya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri, dimana Allah s.w.t menyukai orang yang membersihkan diri seperti yang disebutkan melalui surah At Taubah ayat 108. masjid yang dibina atas dasar taqwa ini juga membekalkan pahala yang menyamai umrah.

Yang keduanya, solat dimasjid al Fath(masjid tujuh) juga punya kelebihan kemustajaban doa apabila beribadah didalamnya.

3-Masjid Al Jum'ah(masjid al Wadi&masjid Atikah-Masjid yang dilakukan solat jumaat selepas baginda berhijrah dari Mekah.
4-Masjid Qiblatain-17 bulan baginda s.a.w bersolat berkiblatkan baitulmadis setelah turunnya wahyu, baginda berkiblatkan Baitullah di Mekah.
5-Masjid al Musolla (tempat khas hari raya dan solat Istisqa'-minta hujan)
6-Masjid as Syajarah(pokok) yang selalu menjadi tempat teduhan Rasulullah dalamperjalanan untuk tunai haji & umrah.
7-Masjid as Sajadah(masjid Abu Zar) yang dibina diatas tapak yang disujud pabila menerima wahyu dari jibril.
8-Masjid Al Ijabah sejarah doa baginda yang paling lama meminta 3 doa dan dua darinya supaya diselamatkan dari kemarau dan banjir besar, dikabulkan Allah s.w.t.
9-Masjid al Mustarah dimana baginda berehat dalam perjalanan ke perang Uhud.
10-Masjid al Fadhikh. Ayat tentang pengharaman arak diturunkan secara mutlak.

Lengkaplah kesemua masjid di tanah haram Madinah..dijaminkan tenang.

Selepas ini akan ada susulan rumusan terapi ketenangan mengenai masjid popular di Moscow yang sangat indah...tersergam megah dibumi Rusia (yang mengamalkan free sex radikal). Namun tidakkan ugahnya keimanan, ia pasti kan tiada tandingannya jika mengamati dan aplikasikan ayat dari surah al anfal lantas keyakinan terus terbina ketika melewati perkarangan masjid di kota moscow yang sangat indah hasil senibina danfasadnya. Salah satu Masjidnya dibina atas hubungan diplomatik yang baik diantara negara itu dengan salah sebuah negara Islam.

Tuesday, April 19, 2011

Allah bersamaku

Aku bersumpah dgn nama allah tuhan sekalian alam demi penghinaan dan penganiayaan maruah kami yg terpalit.amin.

Buat teman

Selamat sejahtera buat temanku yang bukan beragama Islam. Aku sangat mengerti perasaan kalian tentang penulisan dan pesanan -pesananku disini. Mungkin kalian menafikan dihadapanku dan hanya tersenyum tanpa mengkritik apa-apa. Aku mgerti dan dapat membaca dari airmuka kalian. Komen kalian memang benar tentang pembaca blogku yang mungkin menilai penulisanku sebagai vulger. Teman, janganlah begitu prejudis padaku sehingga membuat kalian menyatakan aku myampaikan dakwahku secara terbuka dan sgt jelas. Membuatkan kalian muak kerana dakwah itu kuselitkan dengan cara terpaksa,sehingga menyatakan aku primitif pula. Namun sekiranya kalian dapat mengerti bahawa sebenarnya aku sudah berperang untuk membiarkan ia tidak terlalu jelas. Maaf sekiranya blogku kalian mengkelaskan ia satu dari cabang kecil dakwah sastera Islam. Namun,mengikut pendapatku kalian juga berhak mengkelaskan blog kalian secara sekular sekalipun dan semua pembaca tetapkan menerima. Kerana taipan di skrin komputer adalah hak kalian. Dan selagi ia tidak menyinggung aku,kamu dan follower kamu, ia masih bersih dan tidak dicemari bahasa puitis yang keluar dari pemikiran kamu. Malah, aku juga pernah membentangkan bersama kalian penulisan skrip kalian yang jelas menunjukkan kamu juga ada menyelit dan mengambil petikan tersebut dari kitab kalian.
Janganlah kerana rumusan kalian bahawa blogku punya pesanan dari hadith Islam, membuat kamu menolak untuk mengikuti blogku. Blog kalian juga sudah kuanggap suatu kewajipan untukku mengikuti..ia sudah menjadi satu kemestian bagiku tuk mengikuti penulisan kalian. Mana mungkin aku hendak berburuk sangka. Apapun, aku cuba untuk menyamankan hati kalian, dengan bahasa sederhana yang mudah difahami, nasihat-nasihat kecil kepada semua secara amnya, untuk kalian mengikuti dengan penuh sabar, kerana ia rumusan dariku, ia tiada kaitan dan tiada paksaan untuk kalian menerima hadith-hadith itu. Aku yakin, kalian dapat mengambil apa jua bentuk ilmu yang ada sekalipun masih kekurangan fakta yang ku usulkan. Nyatanya apa yang aku tahu, aku rela dan bersedia memberitahu untuk berkongsi kesemuanya. Insyaallah..maaflah kepada kalian sekurang-kurangnya benarkanku dengan kesibukan yang sedikit ini aku juga ingin malaikat yang menjaga bahu kananku setidaknya menjeling dakwah sebesar zarah ini untuk berkongsi bersama teman-teman seislamku.. ini untuk kebaikan kami saudara seislam. Sekaligus kami punya buah tangan untuk berhadapan dikemudian hari dengan tuhan yang kami sembah..

Saturday, April 16, 2011

Beramal jariahlah kerana ia juga merupakan sedekah...

عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e : (( آل سلامى من الناس عليه صدقةٌ آل یوم
تطلع فيه الشمس، تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له
عليها متاعه صدقة، والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط
الأذى عن الطریق صدقة )) رواه البخاري ومسلم.



Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Hari ini mungkin kita masih lupa untuk menghulurkan tangan kanan, bersedekah...namun menurut hadith ini, sedekah bukan hanya dilakukan melalui sumber kewangan semata, namun melalui bantuan yang telah dihulurkan kepada sesiapa sahaja. Maknanya, setiap saat kita dapat berbuat sedekah. Allah menjanjikan pahala buat sesiapa sahaja yang berniatkannya dan melakukan segala perbuatan amal jariah yang dianjurkan dan ia juga berupa sedekah.

Pengajaran daripada hadis: Hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang kadang dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah. Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya.

Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan. Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.


Note; Terima kasih buat sahabat juga teman sekerjaku yang banyak membantu..juga buat kalian, semoga Allah gandakan segala perbuatan baik yang telah kalian lakukan kepada aku juga sesiapa sahaja diatas muka bumi ini termasuklah makhluk ciptaanNya yang lain. Segala puji pujian hanyalah kepada Allah s.w.t. Amin.

Wednesday, April 13, 2011

TAKDIR JODOH

Apabila persoalan 'bilakah mahu berkahwin serta lelaki berbangsa apa dan bagaimana pilihanmu?' itu terpacul dari mulut telanjang si bijaksana atau tokoh ternama, sebenarnya membuatkan aku agak terkejut namunku tahan perasaan itu jauh di satu sudut yang paling dalam.

Apabila berurusan dengan mereka aku lemas dengan pertanyaan itu. dan aku tidak menjangkakan persoalan seperti itu akan keluar. kerna aku bukan membincang atau menyentuh hal peribadi melainkan hanya kerja semata. memang aku tidak berfikir, benar. lebih- lebih lagi semenjak menjejakkan kaki ruang asing aku tidak bisa berfikir tentang jodoh. Malah, penghijrahan ini menuntut bagiku mengutamakan tentang pekerjaan.

Pada masa ini, kerana penjadualan kerja terlalu ketat, yang banyak dan sentiasa ingin mempercepatkan urusan penyelesaian kerja satu persatu membuatkan aku terlupa. Namun, aku masih berharap...tetaplah jodohku dan kembarku bersama dengan orang yang kami suka dan dia mengenali kami secara mendalam.maka aku tidak perlu mengambil serius pertanyaan mereka.

Aku boleh katakan seraya bergurau kepada mereka untuk menutup ketelanjangan itu dengan jawapansekiranya jodohku dan kembarku diaturkan tuhan bersama orang India, Arab, Indonesia, Rusia, Turki, atau kamu yang bijak, setia dan menjaga kehormatan diri, kenapa tidak?

Dengan jawapan yang sebegitu mungkin mereka gugupdan sesekali tidak membuka ruang pertanyaan seperti itu lagi. Keranan dengan cara ini mereka dapat peringatan. Maklum saja kesemua dari mereka kebanyakannya takut bini, jadi jawapan seperti itu pasti akan menikus dan sekaligus menakut serta menutup mulut mereka.
Sebenarnya aku juga tidak pasti apakah golongan seperti mereka ini menjaga konsep Islam itu. Mungkin mulut jahatku akan sengaja memerli seraya memulangkan paku buah keras itu bagi menyedarkan mereka.

Aku patut memberitahu sesiapa saja yang menanyakan hal yang sama ini padaku bahawa siapapun dia yang menjadi suamiku, aku sedia mencintainya, siapapun dia.. aku dan kembarku akan cuba mencurahkan segenap kasih saying ikhlas secara total yang terlahir dari hati ini lillahita’ala dan semoga nanti aku juga kembarkudapat membahagiakannya melangkah seiringan dengannya ke syurga Firdaus tempat indah untuk memadu kasih dalam mencari keredhaan sebenar kepada Tuhan agung yang Esa.

Ya benar, apa yang digambarkan terlalu sempurna untuk dijelaskan, terlalu mendalam dan ia bukanlah satu omongan kosong yang hanya mengikut perasaan bodoh dan keangkuhan semata.

Ini kerana pemilihan itu kusandarkan kepada konsep Islam yang penuh dengan aturannya dari Tuhanku. Ia terarah pada penilaian lelaki pilihanyang dapat dilihat pada asasnya dari segi kebijaksanaan. Kerana pada asasnya Allah telah memberikannya akal supaya diguna sehingga ia menjadi bijaksana. Keduanya, pada kesetiaannya, kerana nurani manusia adalah pokok utama watak seseorang yang menjurus kepada kesetiaan. Ia terlahir dari nilai kasih saying yang cukup tinggi kepada pasangan mereka. Akhir sekali adalah yang menjaga kehormatannya agar tidak bergilir menukar pasangan, melakukan zina dengan perempuan yang tidak halal baginya. Kerana sudah tentulah ia menuntut kepada kesucian dirinya supaya dapat melahir zuriat yang kekal dengan keturunan baik terhindar dari tujuh keturunan yang dapat mewalikan anak sendiri…sesuatu yang pada dasarnya, Allah jadikan manusia itu suci sekiranya tidak melanggar hokum aturannya.

Malah setakat hari ini, aku boleh memberi jawapan itu kepada lelaki pilihanku bahawa aku juga seperti itu…diriku hidup dari dulu hingga ke saat ini sentiasa berusaha menjaga segala yang terarah kepada konsep Islam yang kuajukan itu.

Tuesday, April 12, 2011

Wajibnya bersilaturrahim

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sembahlah Allah dan janganlah kamu sekalian mempersekutukan dengan sesuatu. Dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya”. (Surah An-Nisa’ : Ayat 36)

Menghubungkan silaturahim adalah perkara wajib dan memutuskannya adalah haram dan termasuk dalam orang yang mendapat laknat Allah SWT. Justeru, berusaha berbuat baik kepada sesama manusia seperti memberi hadiah, menziarahinya, mendoakannya dan sebagainya. Apa gunanya kita melaksanakan solat tetapi pada masa yang sama kita memutuskan hubungan silaturahim.

Dalam sebuah hadis, daripada Abdullah bin Amr bin al-‘Ash daripada Nabi SAW, Baginda bersabda: Orang yang menghubungkan silaturahim bukan orang yang memberi jaminan, tetapi orang yang menghubungkan silaturahim adalah orang yang apabila kaum kerabatnya memutuskan hubungan maka ia menyambungnya. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sunday, April 10, 2011

Get d Holy Quran Read Pen

Frenz...Get d Holy Quran read Pen. "Be with Al quran Anywhere, Anytime"..it can adapt to your soul. The smart pen can read Holy Quran automatically, complete recitation.

Reciting Feature for the touched Aaya, surah and page number. Have MP3, button pause and repeat functions. Package with complete Quran kareem, earphone, and charger to charge d read pen.

Everyone who interested, can get this thing with person incharge, Farra hot line; 012 3527774 / 013 9122551 or email to: waliniaga@yahoo.com. Tq.

Note: Also can get d lotion of Therapy Chakra and 60% zum zum water (with 30 juzuk, Quran kareem) reading from tahfiz students.