عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e : (( آل سلامى من الناس عليه صدقةٌ آل یوم
تطلع فيه الشمس، تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له
عليها متاعه صدقة، والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط
الأذى عن الطریق صدقة )) رواه البخاري ومسلم.
Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
Hari ini mungkin kita masih lupa untuk menghulurkan tangan kanan, bersedekah...namun menurut hadith ini, sedekah bukan hanya dilakukan melalui sumber kewangan semata, namun melalui bantuan yang telah dihulurkan kepada sesiapa sahaja. Maknanya, setiap saat kita dapat berbuat sedekah. Allah menjanjikan pahala buat sesiapa sahaja yang berniatkannya dan melakukan segala perbuatan amal jariah yang dianjurkan dan ia juga berupa sedekah.
Pengajaran daripada hadis: Hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang kadang dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah. Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya.
Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan. Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadat khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa menjadi ibadat dan diberikan pahala.
Note; Terima kasih buat sahabat juga teman sekerjaku yang banyak membantu..juga buat kalian, semoga Allah gandakan segala perbuatan baik yang telah kalian lakukan kepada aku juga sesiapa sahaja diatas muka bumi ini termasuklah makhluk ciptaanNya yang lain. Segala puji pujian hanyalah kepada Allah s.w.t. Amin.
No comments:
Post a Comment