Aku di lobi hotel...menunggu kehadiran sifoo...arghh...penantian cukup menyeksakan, mujurlah ada alunan muzik piano yang menyamankan...aroma black coffe yang menyeringai menusuk ke saluran hidung yang buta, akhirnya aku mengakui ia sememangnya sungguh harum..
Penantian membuatkan aku mengakui bahawa ia satu penyiksaan. Aku melalui suasana itu dengan agak panas. Panas akibat menunggu. Aku sedar mungkin dikalangan sahabatku yang menanti seseorang dengan penuh marah.. tidak kiralah penantian berbentuk apa..
Yah..Alhamdulillah, sifoo ku sudah tiba…banyak perkara sedang diperbincangkan sehinggalah kepada perbincangan yang terakhir. Yang paling akhir aku dan kembarku harus melaksanakan tugas mengikutinya ke Makkah sebelum puasa ini, sebelum ke US.
Ini adalah langkah perniagaan yang baik sebelum ke Chengdu. Semoga Allah melengkapkan perjalanan perniagaan kami dengan baik. Janji Allah. Amin.
Note: Sorry guys... 4 anything error/mistake in my wording before. I’ll improve to be better…to show that how I commit with any issues I write.
No comments:
Post a Comment