Wednesday, June 1, 2011

Celik

Jarang kita menggunakan perkataan 'enlightened' seperti yang diajukan Yusof Progler (dubai) dalam bukunya yang membincangkan tentang pemikir reformasi celik..

'enlightened' adalah sesuatu perkara yang dikira berkaitan dengan celik akal...atau beberapa lagi perkaaan lain yang boleh disamaertikan. Disini perkataan ini memberitahu kita betapa dangkalnya kita yang membiarkan serta tidak menggunakan perkataan yang bebas dari kejahilan ini. Perkataan yang jarang kita gunakan ini memberikan kedalaman maksud yang mendalam..namun dapat diguna pakai dari satu perkataan sahaja. Selalunya perkataan seperti ini sangat disukai oleh pujangga Inggeris.

Perkataan celik adalah sangat disenangi pencipta kita apabila ia sudah tidak asing untuk kita menggunakannya. Ya, Allah azzawajalla menggesa kita didalam kitabnya untuk menjadi seorang yang celik dari segala sesuatu. Bahkan pelbagai panduan telah dihuraikan didalam kitabnya sebagai petunjuk kepada kita menjadi seorang yang celik akal. Termasuklah celik Al quran.

Insyaallah...dengan adanya hanya satu perkataan ini, sekurang kurangnya dapat menaikkan semangat dikalangan kita untuk menambahkan kecintaan kepada maksud perkataan ini, lalu menjadi seorang yang celik Al-quran serta memanfaati tafsiran ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada hambanya (umat Islam seluruhnya).

Monday, May 30, 2011

Siapa aku membahas 'teman yang warak' tidak layak terima cabaran ini..

Kaki kecil itu terkelar luka dalam..
sangat pedih mendengar raungannya yang tidak berkesudahan...
kami berusaha membawanya kesebuah hospital pakar perubatan tersohor untuk penerimaan rawatan kecemasan disini...

kata doktor perlu tunggu ubat yang dibius selama empat jam, baru boleh mulakan pembedahan..suara kecil itu masih lagi meraung kesakitan..mendengar jeritan suaranya itu, hatiku kembali berdarah..teriakan itu hanya diiyakan oleh semua kakitangan disitu yang senantiasa cuba menenangkan simanja
Allah...tabahkanku..hanya untuk berdoa padamu membeikan peluang keselamatan dan keberjayaan pembedahan..

"bismillahi tawakkal tu a'lallah" itu sahaja yang dapat kusebut...hanya pada mu Allah aku berserah..

'.....yup, doktor.. his not deserve to get this..under his age!'kataku mencerita dan menerang duduk perkara sebenar.

Jam lapan, doktor memanggil ibu kandungnya memasuki ruangan pembiusan setelah dua jam lalu berada dibilik x-tray untuk melihat serpihan kaca seramik disebelah dalam betis sejengkal setengah itu. Si kecil meraung lagi...kali ini raungan itu tibanya berhenti dengan sendirinya.

Operasi dijalankan selama 20minit. Alhamdulillah.. kata doktor...nasib menyebelahi anak kecil ini apabila tidak melibatkan putus sarafnya dan tisunya yang koyak dapat dijahit dengan bantuan kanta microbioskop...serpihan seramik telah dibuang untuk memudahkan operasi empat jahitan luka dalam dikaki kecil itu berjalan seperti yang dirancang.

Kemudiannya, doktor sekali lagi memberitahu antibiotik perlu diberikan lebih sedikit untuk ketahanannya dari bakteria melalui seramik sinki tandas itu dapat di hapuskan dengan segera..

'Anakku Allah menyelamatkanmu..' bisik hatiku. Kegelisahan dihatiku semakin pulih debaran yang tidak putus dan ucapan zikir dan berserah pada tuhan bersahut- sahutan dan tidak putus- putus dihati kecil kami berdua sebelum ini didengari Kholik...ya, sesungguhnya Allah itu maha mendengar... mendengar jeritan batin kedua ibu kepada anak kecil ini.

Akhirnya Allah menyelamatkannya...Allah maha berkuasa atas segala sesuatu...memudahkan pelbagai permasalahan yang ada...dengan aturan qada' dan qadarnya...cuma tinggal kita hanya perlu berserah penuh kepadanya.

Terlewat kepada pencabaran perjalanan kehidupan kami..dua hari itu yang penuh dengan kegelisahan, keperitan dan kesakitan kepada kami sebagai ibu kepada Muhammad Alif Al Darwisy.

Saturday, May 28, 2011

Vomit Places...You Are...Pathetic..!

Aku bertumpu pada kekerasan hatimu yang mengekal cara itu...
itu cara salah..sedang kau menyedar
namun, tindakanmu memaut diri...
kukira ia tidak sedikit membantumu,
malah, ia menyuliti langkahmu...
lihat!ramai yang tumbang..
Ya, sememangnya aku juga ingin kurangkan...
namun bukan dengan gaya hidup itu..
caramu dengan orang- orang itu tidak munasabah..
Ia seperti menyelar salur darahmu
seperti menyiat dinding ususmu...
seperti mengelar dari kerambit usang yang mengganti nanah busuk sekitar abdomenmu.
Sedang kau menyedar namun, senantiasa mencari tempat pembuangan itu dengan henyakkan kuku tajam yang sengaja mengasari dinding lehermu..
Kadangkala ia mencuit hatiku betapa kebodohan manusia itu bertingkat kearah berapa.
Tetapi hatiku menjadi lebih parah dan terus mengasak pedih bak diselar gerombolan pedang yang menghayun terus ke jantung pabila acapkali melihat laku itu..
ketebukaan mindaku layak pada orang seperti kau ini bagai laku anjing yang sengaja menggeselkan tengkuknya pada gerigi tajam..ia sama sekali tidak berasas walaupun kau berusaha menyatakan itu cara terbaik pada jalan yang kau pilih, kerana mula membenci rasa dan bau itu..
Kawan...bagaimana mahu hidup..sedang kau sudah seperti mayat hidup..bergerak seperti kerangka kering yang mudah menginjak rebah...
benar kata Aristo tentang harapan yang merupakan sesuatu yang berhidup..
namun ini bukan harapan lagi..pabila kau sendiri yang membunuh harapan itu.
Harapan untuk dirimu hidup, melangkah jauh dan terus berhidup dengan aman dan baik.
Kini semakin jelas benar aku sememangnya membenci dan sangat membenci setelah melihat sendiri apa yang kau lakukan, juga orang sekitarku lakukan perkara sama tanpa perasaan bersalah...terutama pada pencipta yang maha agung..
kau memang menyedihkan!!.dan kau orang yang tumbang...
Segeralah kau menyedar bahwa caramu itu salah...
jangan sekali lagi kau melaku perkara itu lagi...kerna ia bukan sahaja membunuh dirimu bahkan membunuh anak bangsa sekaligus mentertawa saudara seislammu...
tidakkah kau melihat penyiksaan yang sama pada temanmu dulu?
Oh teman..
buangkan gaya hidup itu...
padamkan..!

Padamkan ANEROKSIA..!

Saturday, May 14, 2011

GALI ILMU QURAN KAREEM

Sehari hari tidak banyak hal atau kejadian yang berlaku untuk diingati dan perlu diingati...ini kerana kehidupan seharian ini berlaku tanpa disedari dan terus berlalu seperti biasa.

Disebabkan itu, dalam 365 hari tidak banyak hari yang istimewa kecuali hari yang dikelaskan khas dalam setahun. Bahkan dalam setiap hari bagi individu itu juga begitu. Ada hari yang tidak kita sedari untuk terjadi sesuatu hal yang istimewa, sehinggalah ia benar terjadi. Namun ia bergantung pada keadaan adakah sepanjang hari yang istimewa itu benar- benar istimewa atau tidak? jawapannya ada pada kita. Maka walau hari - hari yang dilalui tiada apa- apa yang istimewa, namun penuhilah dengan aktiviti yang menjurus kepada kematangan fikiran. Galilah ilmu sebanyak yang mungkin penuhi dengan senyuman, walau pahit yang menimpa kalian, nescaya Allah s.w.t akan menolong menceriakan kalian, Insyaalah.

Carilah ilmu sebanyak yang mungkin lebih- lebih lagi jikalau ilmu itu kamu perolehi dari dalam kitab suci agung Allah Azzawajalla..Kitab yang menyimpan berjuta rahsia, yang menyimpan segala ilmu pengetahuan tentang rahsia alam semesta. Segala rahsia duniawi dan ukhrawi dari yang zahir dan batil. Cukup penuh dengan kandungan pelbagai hukum hakam, pelbagai kisah yang perlu diteladani, juga termasuk ilmu sains yang hanya berkembang maju didunia (dipertengahan abad ketujuh belas), namun kebenarannya diperoleh melalui Al Quran yang diturunkan Allah s.w.t lebih 1400 tahun yang lalu. Dimana sehingga hari ini para ilmuan sains barat mengambil manfaat daripada ilmuan Islam yang terdahulu (mempelopori bidang sains berdasarkan kajian mereka terhadap Al Quran).

Pada hari ini manfaat diperoleh kepada orang barat kerana usaha ilmuan Islam sudah terbantut dan tidak dapat diteruskan kerana sudah tiada kajian yang bersungguh- sungguh daripada ilmuan Islam kini terhadap Al Quran. Namun, ilmuan sains barat yang lebih maju pada hari ini adalah kerana mereka sentiasa peka terhadap Al quran sehingga memperoleh manfaat kepentingan daripada kajian mereka melalui pelbagai ilmu di dalam Al Quran.

Alangkah ruginya umat Islam, owh...tuhanku Malikul Mulk..kau tunjukkan jalanmu buat hati lapang ilmuan Islam, untuk terus membongkar rahsia agung Al quran dan bukan sahaja bagi ilmu sains tetapi keseluruhan yang ilmu yang terkandung di dalam Al quran seiring dengan zaman ini. Maka kelebihan ilmu diperolehi itu telah dipecahkan melalui kitab yang menjadi kebanggan ahli sirah, feqah, hadith, tauhid, tasauf dan usuluddin.

Semoga kita dapat mengisi masa untuk beriman, beramal soleh dan memahami Quran Kareem dengan sedalamnya, Insyaallah.

Tuesday, May 10, 2011

Wae...Selamat hari ibu

Kelihatan wajah itu menambah segaris lagi kedutan kecil pelengkap ribuan kedutan yang menatar di sekitar hamparan tulang wajah. Tubuh kurus separa lemah, jalan yang semakin lambat itu ingin saja di usung bagai raja yang dibawa dengan pengusungan yang bertatahkan emas dan permata.
Kurenung mata yang menyimpan sejuta riwayat hidup penderitaan, kebahagiaan dan
Kelembutan belaian seorang ibu yang membesarkan anak- anaknya. Kulihat tangan kurus yang berurat sepah mengingatkanku suapan nasi kemulut dan ikatan rambut yang bertocang sebelah kiri dan kanan untuk memperlihatkan kemasnya identitiku sebagai anak kepada seorang pegawai kerajaan.
Tangan itu juga bertegas mencubit dan merotan pada setiap kesalahan yang berulangkali melaku kerana masih terlalu kecil, tidak matang dan khilaf.
Kaki itu kulihat sesekali sendinya longgar sendiri dan mengendur kerana dari awalnya dia sentiasa berkejaran menuntut hak ilmu sebagai harta untuk bekalan kesenangan anaknya sehingga hari ini anak itu mengaplikasi ilmu yang ada didada mereka.
Aku melihat bibirnya yang senyum mekar dalam kedutan walaupun sesekali pahit memikir masalah anak-anaknya, mengajar mereka menjaga maruah untuk Allah s.w.t.. tetap teguh memastikan anaknya berubah laku sekiranya sedikit mengasari yang menyakit hatinya demi kebaikan anaknya dikemudian hari.. demi menghadap pencipta seluruh alam raya.
Hati itu kuselam melihat di dasarnya yang putih jernih suci mencintai anak dan suaminya demi mempastikan hubungan utuh yang dibina dengan kasih sayang yang didasari cinta itu terus kukuh dan mekar selamanya.
Perlindungan yang diberikan membuktikan tanggungjawab yang dipikul dilakukannya sebaik yang terdaya semata mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t
Apapun jua aksi dan lakumu dalam membesarkanku semuanya kurasakan akulah anak yang paling bertuah punya ibu sepertimu..aku sanjung segala didikan dan pengorbananmu membesarkan kami dengan penuh rasa cinta yang ikhlas aku bersyukur masih dapat merasa kasih sayang seorang ibu suci sepertimu. Aku cukup bertuah kerana punya ibu. Maafkanlah segala lakuku yang menyinggungmu..aku berusaha untuk menjadikan diri ini yang terbaik sebagai anakmu..untuk membalas jasamu yang tidak terbalas itu..aku lahir keranamu untuk bersama mencari keredhaan di jalan Allah s.w.t.
Aku sedang mengerti perasaanmu sebagai ibu kerana aku juga sedang cuba mempraktikkan tanggungjawab sebagai seorang ibu. Kucuba sedaya upaya menjadi yang terbaik untuk anak- anakku sehingga hembusan nafasku yang terakhir.

Wae..selamat hari ibu.

Monday, May 9, 2011

Ritual ibadah yang tetap moden

"Solat menciptakan satu aktiviti yang menakjubkan didalam sistem tubuh dan organ-organnya. Saya telah banyak melihat orang sakit yang tidak berhasil disembuhkan oleh perubatan conventional,namun solat mampu menyembuhkan mereka secara keseluruhannya. Solat bertindak seperti logam radium, sumber radiasi dan pembangkit energi automatik. Saya telah menyaksikan sendiri efek solat dalam mengatasi berbagai penyakit seperti TBC, radang luka, tulang bernanah kanser dan lain lain lagi," kata Dr Alexis Karel,penerima anugerah nobel dalam bidang kedoktoran.

Hal ini menyatakan bahawa Islam itu datang dari Allah s.w.t dengan cukup sempurna, walaupun ramai kebanyakan penganut agama lain menganggap ritual pengibadahan orang Islam terlalu primitif. Namun, dengan kajian ilmiah yang diyakini cerdikpandai dunia menjelaskan perlakuan ibadah yang diatur oleh Islam itu adalah cara pengibadahan yang terbaik diajarkan Allah s.w.t yang paling beretika dan paling moden selain mempunyai manfaat untuk setiap individu. Malah Islam menghantar nabinya dari nabi Adam a.s sehinggalah Muhammad s.a.w yang menyembah Allah dengan cara sama mengikut tertib dan penyembahan secara total. Ya, pengibadahan yang patuh dengan segala peraturan serta hukum dan tunduk kepada segala larangan Allah s.w.t. Perlakuan solat itu juga punya tertibnya dan punya manfaat juga fadhilat disetiap gerakan yang dilakukan. Ketika bersujud kepada Allah, seorang muslim mestilah melakukan dengan tenang juga dengan hati yang ikhlas menyembahNya. Ini diakui oleh ramai pakar kesihatan tentang kesahihan ritual pengibadahan dalam pergerakan solat umat Islam yang membawa banyak manfaat kesihatan, dan sangat menakjubkan dari setiap manusia yang mengerjakannya. Namun ini masih tidak menarik sebilangan dari kitapun sehingga penganut agama lain juga turut memperlekehkan umat Islam. Menurut mereka tidak semua yang penganut Islam itu menyempurnakan solat 5 kali sehari yang diwajibkan Allah s.w.t. Sedangkan ritual perlakuan solat ini, telah mengatur proses fisiologi yang cantik dengan gerakan terbaik yang sangat tertib. Dimana ia juga sesuai dengan perubahan biologi yang penting dalam tubuh manusia. Jadi, disini bukalah pemikiran dan hati bagi sebilangan yang mengakui sudah tahu namun masih tidak mengerja dan mengamalkan istiqomah dalam pengibadahan.
Solat yang dilakukan dengan ikhlas dan tumpuannya pada Allah s.w.t itu juga dapat mengawal enzim dalam tubuh badan manusia. Ini menjadikan badan cukup sihat sehingga kesannya sebagai conditional reflex yang berpengaruh, seiring dengan putaran masa. Rukuk dan sujud pula sangat bermanfaat bagi kaum wanita yang sedang hamil, untuk memudahkan mereka menghadam serta mengurangkan kembung sekaligus menghilangkan rasa muntah. Ayuhlah wahai ibu mengandung turuti dengan tertib dan sebaiknya dalam perlakuan solat yang bermanfaat ini. Rukuk dan sujud itu juga dapat menguatkan otot-otot dinding perutmu serta membantu untuk mengurangkan kedutan perut secara maksima.
Lantas, memastikan janin yang dikandung ibu hamil berada dalam lingkungan semulajadinya dalam tulang pinggul untuk melancarkan proses bersalin kelak.

Maka, sekiranya semua manusia dapat memanfaati episod terapi pengibadahan jiwa secara total, fizikal, mental dan spiritual, nescaya segala bentuk ketenangan yang diperoleh turut membuahkan keberkatan dan pahala yang penuh dari Allah s.w.t.
Maka tidak hairanlah jika ia dapat diselaras pada peratusan maksima melalui lawatan kesenian pengibadahan jiwa,rohani dan jasmani ke rumah Allah s.w.t di Rusia.

Rusia yang terkenal sebagai syurgakehidupan bebas didunia (free sex radikal) jika dibandingkan dengan Amerika ataupun Belanda (yangmana juga perempuan dan lelaki boleh berkahwin dengan pasangan mereka sesama jantina) itu walaupun sangat banyak rintangan dan cabaran godaan iman yang besar, namun punya cara terbaik yang dapat diisi untuk terus mendekati kita kepada pencipta alam raya. Senibina bangunan lama yang tinggi nilainya. Gaya Romanesque dan Gothic yang tersusun, dengan rapi itu mewujudkan kesenian yang sangat klasik kepada pengamatnya.

Jika anda ingin memudahkan lawatan, hanya dengan berjalan kaki kerumah Allah s.w.t dengan laluan paling dekat, maka, di jantung Kota Moscowlah tempatnya, iaitu disekitar apartment mewah yang dipanggil The White House Residence, yang berhadapan dengan satu-satunya apartment tua yang dibina dizaman Stalin. Dan sekiranya apartment itu masih disewa oleh teman-teman anda yang sedang belajar di universiti Moscow atau yang bekerja disitu maka peluangn untuk bermalam disana lebih mudah. Malah, ia satunya tempat strategik yang paling mudah ke stesen metro Smolenskaya yang hanya mengambil masa 5 minit sahaja dengan berjalan kaki. Di sebelah selatannya adalah kawasan sibuk Golden Ring, Kremlin dan Red Square yang menjadi simbol kebanggaan kota bersejarah dinegara itu.
Jaraknya tidak berapa jauh lagi apabila telusuri jalan Durova untuk menikmati keindahan rumah Allah s.w.t yang teragung dibumi Rusia, berdekatan dengan stadium Olimpijski berwarna putih.

Masjid Moskovsky Soborni Mechet yang sangat indah dan terbesar di Moscow ini berwarna hijau zamrud. Ia berkubah bulat dan bermenara runcing. Malah ia sangatlah seni apabila bersambung dengan stadium olimpijski. Seni kedua yang terpapar apabila dilihat dari mata kasar dengan jarak yang jauh, dengan bentuk bulan sabit yang dicipta dihujungnya itu, menongkat dengan begitu indah dan sangat menyerlah.
Satu lagi masjid Balsoi Tatarski yang sering dikunjungi orang asia seperti pelajar Indonesia kerana berdekatan dengan kedutaan Indonesia di Moscow.
Malah ada tiga buah lagi, salah satunya di kompleks muzium Kutuzovski dan yang dua lagi di Rayon Otradnoye. Masjid yang berada dalam satu kompleks tempat pengibadahan agama lain seperti gereja dan kuil itu dibina oleh kerajaan Rusia dimana yang mendirikannya adalah orang muslim yang berketurunan Tatar. Gereja dan kuil itu juga dibina oleh mereka. Ini kerana pembinaan pada ketika itu sangat payah untuk mendapat keizinan masjid baru di Moscow. Tetapi orang muslim Tatar berfikir secara bijak dengan mengambil keputusan melobi kerajaan untuk mendapatkan keizinan membina tempat pengibadahan yang sempurna bagi semua agama bukan untuk umat Islam sahaja. Maka, kerajaan menilai dan mengambil keputusan dan memperkenan keizinan untuk membina kompleks tersebut.

Sekiranya anda ke Rusia, janganlah ke Red Square dahulu atau kemana-mana selain bersinggah dahulu dan kenali rumah Allah s.w.t yang dibina dengan hati sang pencinta yang suci yang terlalu mencintai Allah s.w.t. Dimana pembinaan rumah Allah s.w.t yang dibina atas dasar taqwa demi menegakkan syiar Islam dan sentiasa dahagakan kasih sayang dari Pencipta alam raya.

Semoga Allah s.w.t memberikan rahmat dan pahala yang melimpah ruah kepada hambanya yang dilimpah kasihsayang agung itu. Juga pada kita semua yang sangat memerlukan kasih sayang dan perhatianNya. Supaya Allah s.w.t tidak akan meninggalkan kita terlalu jauh disaat kita lupa dan menjauh daripadaNya. Amin.

Wednesday, April 27, 2011

Twist Terapi

Pabila berjuta fikiran dari kita merunsing meminta untuk ditenangkan, mulalah terapi keindahan alam semulajadi menjadi pilihan utama melepaskan tekanan. Tempat peranginan, perkelahan serta aktiviti bersukan sudah mampu tuk menenangkan tekanan sebilangan dari kita. Namun, cliche seperti itu boleh di'twist'kan dengan memusatkan pemikiran kepada naluri sebenar manusia yang bertindak mengakui tuhan itu ada. Dan ia bukanlah sebagai aktiviti wajib yang hanya terbatas dengan meletakkan kening bersujud di sejadah sahaja, namun mendapat ketenangan sebenar apabila melihat, merasa serta menikmati keindahan hasil senibina Islam yang terpapar dibata merah yang dipelas terukir nama Allah juga kekasihnya, Muhammad bergandingan bersama kalimah agung yang sering kita ucapkan. Ia diluahkan dengan cara penghasilan yang sangat halus dan yang paling seni. Seni yang dipamer terlalu indah walaupun cukup simple. Namun ia punya nilai estetik yang tinggi serta maha teliti sehingga tingkat karya seni yang lain tergugat hasil cetusan pengkarya seni yang menyatukan dengan seni khat dan motif corak. Disini, teruslah terusik sehingga bergetar sebuah hati yang suci..yang sangat mencintai penciptanya. Dengan itu, sememangnya terbuktilah kesan sejarah yang ditinggalkan sehingga menusuk ke jiwa setiap dari kita yang telah mengunjungi rumah Allah yang agung ini,insyaallah. Dengan melawati, melihat senibina Islam terunggul dan bersaksi dengan jiwa yang tenang melangkah ke rumah ibadah umat Islam tuk meninjau tinggalan kesan itu juga, sedikit sebanyak dapat meluaskan pengertian dan ilmu kita tentang sejarah pengalaman kemanusiaan sehingga wujudnya keaslian tempat pengibadahan yang agung dan antara agama yang paling ramai penganutnya didunia. Hal ini dapat dirumus bahawa pengalaman kita ditempat pengibadahan itu lebih hebat daripada gambaran penulisan yang hanya melalui pena sejarawan didalam buku sejarah keagamaan.

Indahnya Tanah Haram(Medina)

Sujud kaum mukminin tentunya mengarah ke arah kiblat yg satu berpandukan kaabah.Antara masjid senibina Islam, tempat yang mampu memaut tenang bagi umat Islam tentulah paling utamanya Kaabah. Ya, terlalu hebat baitullah ini sehingga banyak jiwa yang kotor mampu dicuci seperti peluntur oleh air zam-zam yang diminum itu. sehingga pengibadahan dari hasil ketakjuban pada Allah pencipta alam terus menerus berlaku tanpa dipaksa. Dan keutamaan untuk beribadah yang paling hebat tentulah di rumah ibadah yang paling suci tentulah, masjid An Nabawi yang dibina atas dasar taqwa, di Kota Madinah. Rumah Allah yang paling dicintai Rasulullah s.a.w. ini, berasal dari kepunyaan dua beradik, Suhail dan sahl dibawah jagaan As'As bin Zararah Al Ansari. Dimana, tapak kawasan masjid Nabawi merupakan tempat pengeringan tamar. Maka disebabkan Madinah yang tanahnya sebagai pelindung dari racun dan sihir serta kaumya yang sangat baik hati, maka terbinalah masjid yang menjadi penenang jiwa yang sangat unggul bagi umat manusia yang beragama Islam apabila melewati masjid ini.
Apabila dilihat dari sudut pandang senibina disertai selingan sejarah dan kewajipan beriman kepada quran kareem, masjid berkubah hijau saujana mata memandang ini memuatkan rangkaian kata yang panjang untuk dirumuskan. Sebagaimana didalamnya terdapat makam Rasulullah s.a.w. yang diukir bertatahkan emas dan dilengkapi dengan keistimewaan raudhah yang mulia bermimbar diatas pintu dari pintu-pintu syurga yang sentiasa disebut melalui kitab sejarah Islam. Hai hati yang suci, pastinya terinjak dan sentiasa bergetar dengan zikir yang bersahut sahutan.
Disini senibina tiangnya yang cukup besar itu telah dilengkapkan pula dari sejarah peninggalan kesan solat Rasulullah s.a.w serta para pengikutnya.
Bermula dari tiang mimbaryang menjadi tiang tiang didalam syurga Allah s.w.t. Manakala, kedudukan Tiang wangi yang sempurna mengenangkan laku Rasulullah s.a.w yang menjadikan minyak wangi sapuannya melingkari tabir tiang apabila baginda bersolat dan bermunajat di tiang tersebut.
Terdapat juga beberapa tiang yang bersejarah termasuklah tiang taubat Abu Lubabah juga lebih kurang saiznya dengan tiang yang lain punya maksud dan pengertian yang tersendiri. Tiang ini dipanggil tiang taubat Abu Lubahah apabila menerima hukuman kerana mengkhianati Rasulullah s.a.w. kepada yahudi..dimana ia merupakan tiang kedua dari makam rasulullah s.a.w. Tiang katil pula, punya sebuah katil tempat beristirehat Rasulullah s.a.w. Dan pelbagai tiang punya sejarah di masjid kecintaan seluruh umat Islam dimuka bumi ini. Diantara kelebihan dan nilai sejarah tersendiri rumah ibadat yang terdapat berhampiran masjid An Nabawi juga adalah masjid Quba yang didalam isi huninya terdapat orang-orang yang ingin membersihkan diri, dimana Allah s.w.t menyukai orang yang membersihkan diri seperti yang disebutkan melalui surah At Taubah ayat 108. masjid yang dibina atas dasar taqwa ini juga membekalkan pahala yang menyamai umrah.

Yang keduanya, solat dimasjid al Fath(masjid tujuh) juga punya kelebihan kemustajaban doa apabila beribadah didalamnya.

3-Masjid Al Jum'ah(masjid al Wadi&masjid Atikah-Masjid yang dilakukan solat jumaat selepas baginda berhijrah dari Mekah.
4-Masjid Qiblatain-17 bulan baginda s.a.w bersolat berkiblatkan baitulmadis setelah turunnya wahyu, baginda berkiblatkan Baitullah di Mekah.
5-Masjid al Musolla (tempat khas hari raya dan solat Istisqa'-minta hujan)
6-Masjid as Syajarah(pokok) yang selalu menjadi tempat teduhan Rasulullah dalamperjalanan untuk tunai haji & umrah.
7-Masjid as Sajadah(masjid Abu Zar) yang dibina diatas tapak yang disujud pabila menerima wahyu dari jibril.
8-Masjid Al Ijabah sejarah doa baginda yang paling lama meminta 3 doa dan dua darinya supaya diselamatkan dari kemarau dan banjir besar, dikabulkan Allah s.w.t.
9-Masjid al Mustarah dimana baginda berehat dalam perjalanan ke perang Uhud.
10-Masjid al Fadhikh. Ayat tentang pengharaman arak diturunkan secara mutlak.

Lengkaplah kesemua masjid di tanah haram Madinah..dijaminkan tenang.

Selepas ini akan ada susulan rumusan terapi ketenangan mengenai masjid popular di Moscow yang sangat indah...tersergam megah dibumi Rusia (yang mengamalkan free sex radikal). Namun tidakkan ugahnya keimanan, ia pasti kan tiada tandingannya jika mengamati dan aplikasikan ayat dari surah al anfal lantas keyakinan terus terbina ketika melewati perkarangan masjid di kota moscow yang sangat indah hasil senibina danfasadnya. Salah satu Masjidnya dibina atas hubungan diplomatik yang baik diantara negara itu dengan salah sebuah negara Islam.