Wednesday, July 4, 2007

Sambutan Majlis Penyerahan Borang

Kelantan yang diperintah oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memerintah dengan berteraskan kepada syariat Islamiyyah ini sedikit sebanyak membuka mata sebilangan pengikut UMNO, yang kini akan menjadi antara ahli PAS yang akan di daftarkan secara sah. Seramai 100 orang ahli UMNO bersedia untuk kemasukan besar- besaran itu.

Anggaran seramai 1,000 orang yang menghadiri majlis penyerahan borang ini mendapat sambutan luar biasa dari kalangan penduduk kampung Tempoyak. Majlis ini juga diisi dengan sesi ceramah yang melibatkan beberapa pimpinan parti PAS.

Antara sebahagian ahli politik PAS yang telah menyertai perhimpunan ini adalah Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Saifuddin Nasution mewakili Menteri Besar, Nik Abd Aziz Nik Mat, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan, Penyelia Dun Tendong, Ab Hamid Aziz, Ketua Dewan Pemuda PAS kawasan Pasir Mas, Rozi Muhammad.

Melalui ceramah yang disampaikan Saifuddin, beliau membuka pekong dan menyelitkan fakta dan sebahagian daripada karenah birokrasi UMNO untuk menerangkan isu semasa serta peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini termasuk sidang DUN yang diadakan baru- baru ini.

Di majlis itu juga Abdul Moin Jusoh merupakan tuan rumah kawasan kampung Tempoyak turut berkongsi pengalamannya semasa menjadi ketua UMNO cawangan Tempoyak.

No comments: