Wednesday, July 4, 2007

Peruntukkan 2 Juta Sekiranya Kafa Sedia Bergabung

Isu pemfailan saman terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bulan ini, berkenaan penuntutan ganti rugi gaji dan faedah lain oleh penjaga gol Halim Napi, ekoran dari penyingkirannya tanpa notis dari pasukan berkenaan mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan, Abdul Fattah Mahmood.

Dakwaan bosan terhadap sikap tidak profesional persatuan dalam Liga Malaysia.telah mempengaruhi penjaga gol yang kini sedang aktif serta mula membabitkan diri dalam program jihad ternak serta bertukang.

Halim Napi yang nekad meninggalkan terus kerjaya profesional yang dikecapi sejak 13 tahun lalu akur pada pandangan Abdul Fattah mengenai bidang professional yang telah dimulakan sejak dulu tidak dapat ditinggalkan dengan semudahnya. Beliau juga masih menyayangi bidang professional ini walaupun berhadapan dengan permasalahan sejak februari lalu.

“Saya juga bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat bahawa bidang ini memang sukar untuk ditinggal dan dilupakan”.

Abdul Fattah juga memberitahu, kerajaan negeri sentiasa mengalukan perbincangan bersama Kafa supaya dapat mengelakkan perkara begini berlaku dimasa akan datang kepada pemain- pemain bolasepak yang lain.
‘‘Pihak kami telah meminta untuk berbincang dengan Kafa supaya dapat mengetahui apa masalah sebenar berkaitan pemain dan persatuan ini. Pihak kami sedia peruntukkan 2 juta dana bagi pembangunan sukan negeri sekiranya pihak kafa sedia untuk bersama kami” katanya ketika memberikan sedikit sumbangan ikhlas dari kerajaan negeri kepada Halim.
“Daripada bulan sembilan tahun lepas kita sudah mengajak untuk berbincang namun tiada reaktif dari pihak kafa. Kita harap dapat selesaikan secepat mungkin bagi menjaga permata yang cukup bernilai (pemain profesional) supaya mereka tidak akan beralih ke negeri lain. Kita berjanji akan memberi masa selama tiga tahun untuk mengubah arena bolasepak Kelantan menuju kecemerlangan.

“Seperti yang semua tahu bahawa persatuan bola sepak dibawah naungan FAM semuanya dibawah pihak kerajaan negeri kecuali Kelantan, kenapa kelantan tidak boleh duduk dibawah kerajaan negeri sedangkan pelbagai tawaran dan sekiranya tidak suka kepimpinan Takiyuddin Hassan kita banyak lagi pegawai kerajaan yang lain dan sekiranya ingin lantik Dato’ Nik Abdul Aziz untuk menjadi pengerusi pun kita bersedia tukarkan jawatan tersebut”, katanya.

Malahan, Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK) di bawah kepemimpinan presidennya, Takiyuddin Hassan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, juga sangat mengharapkan agar pihak kafa bersetuju untuk berbincang dengan pihaknya sekaligus menghuraikan permasalahan yang berlaku kepada pemain- pemainnya.

No comments: