Tuesday, July 10, 2007

Hiburan Perlu Asal Tidak Melanggar Hudud


Konsert tautan kasih mendapat sambutan hebat daripada masyarakat setempat. Ini membuktikan bahawa hiburan yang dianjurkan oleh Islam adalah bukan berbentuk hiburan yang terlalu jumud sehingga melalaikan seseorang.

Hiburan nyanyian yang menampilkan dua orang termashyur seperti Pendakwah Bebas dan Penyanyi, Akhil Hayy serta Pendikir terkenal Megat Nordin sudah cukup membuktikan kehebatan dan sambutan orang ramai pada konsert bagi penghayatan terhadap mesej bercorak ketuhanan dan kecintaan pada alam sekitar.

Program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama Pejabat Penyelia Dun Tendong, itu berlangsung seperti yang diharapkan walaupun ada beberapa pengikut- pengikut bermotor sering menggangu jalan besar berhampiran tapak konsert.

Antara lagu Akhil Hayy yang di dendangkan pada malam itu banyak yang dipengaruhi muzik dari timur tengah serta beberapa lagu hits duetnya bersama penyanyi- penyanyi nasyid yang sudah mencipta nama, dimuatkan dalam album Mawi iaitu Qasidah dan Doa yang bertajuk ‘Sesungguhnya’. Manakala Megat Nordin pula menyampaikan sebuah lagu zapin dan beberapa buah lagu antaranya lagu yang pernah dipopularkan oleh Zainal Abidin iaitu ‘Hijau’

Penyelia Dun Tendong, Ab Hamid Aziz ketika ditemui pada malam konsert tersebut memberitahu, konsert tautan kasih ini adalah satu hiburan alternatif kepada rakyat dan memastikan bahawa mesej dan penyampaian daripada wadah hiburan ini dapat memotivasikan rakyat secara tidak langsung sekaligus memberi peluang kepada rakyat menghayati bagaimanakah hiburan yang dibolehkan oleh Islam atau tidak.

“Konsert ini juga bukan ditujukan buat segolongan sahaja namun kepada semua golongan turut dapat menghayati hiburan yang berunsurkan Islam dengan berasaskan puji- pujian pada Allah”.

Di dalam kesempatan itu juga Akhil Hayy turut memotivasikan hadirin yang hadir dengan memberi sedikit penekanan bahawa hiburan jenis Islam ini dapat diklasifikasikan sebagai hiburan yang dibolehkan selagi tidak melanggar hudud.

No comments: