Cinta sukar dimengertikan. Setiap dari langkah kaki diiringi..ada damai yang dirasakan. Setiap dari bayang- bayang yang diikuti ada bintang yang berserakan. Kuasa merindu hati bagaikan dipenuhi bunga, jiwa penuh getaran.. ada bumbung langit yang penuh cahaya mengelar hingga ke sukma. Berjalan di atas hamparan langit yang penuh bintang, tidur yang beralaskan air laut yang dingin…sememangnya terlalu bahagia. Yang sememangnya menggembirakan hari kita.
Namun, cinta haruslah pandai dibajai..harus menjaganya dengan sepenuh hati. Kerna ia akan terkubur dek perbuatan dan perkataan kita yang tidak sepatutnya diucap dan lakukan sehingga menjejaskan kasih sayang agung yang terlahirnya sebuah cinta.
Cinta haruslah berpenghulukan sebuah kejujuran, ketulusan dan kesetiaan. Cinta perlu berpandukan isyarat iman yang teguh, bersandarkan taqwa dan kesucian jiwa. Sebab itu banyak kita lihat ulasan falsafah cinta bukan sahaja dari penyair sebelah eropah yang ‘extreme’ memperdengarkan kehebatan kuasa cinta, bahkan seluruh umat termasuklah penyair Islam, juga para ilmuan, pujangga dan ulama agung tidak terkecuali mengupas persoalan tentang cinta.
Kupasan terkini yang hangat mengupas persoalan cinta termasuklah ulama Indonesia, Ibn Hazm…dan beberapa sarjana Islam muda antaranya, Habiburrahman El Shirazy. Mereka telah menjilidkan buku- buku mereka menjadi naskhah cinta yang bermutu dalam mempamerkan cinta suci yang agung.
Disinilah peluang wanita untuk menerjah kepada karya cinta yang lahir. Ini kerana wanitalah insan pecinta kepada karya cinta. Dimana, sebilangan wanita tidak boleh hidup tanpa cinta dan kasih sayang. Sehingga bait puisi Jamaluddin Rumi juga terngiang di pemikiran mereka yang mengkaji aliran kedalaman bahasa dan kepujanggaan tokoh itu.
Betapa agung dan kuatnya penangan cinta hingga patah perkataan yang dipersembahkan pujangga dunia terhadap makna cinta mampu mengumpulkan kekuatan imaginasi kepada pembaca tentang si pujaan hati.
Malah, sesiapa sahaja pasti ada pendapat tersendiri dan pengalaman mereka tentang cinta. Sebilangan darinya cuma tahu untuk mengia dan membandingkan diri mereka dengan karangan yang ditulis. Ia tidak menjadi kesalahan, sekiranya material yang dibaca sesuai untuk pembacaan mengikut norma yang dianjurkan dan layak diaplikasi oleh kita sebagai seorang Islam.
Namun, yang paling penting, adalah pedoman dan iktibar dari perkara baik sahaja pabila bercinta. Disini kita dapat memilih baik yang banyak dari buruk yang sedikit. Manisnya cinta apabila kita melalui hakikat dan realiti yang sebenar.
Melalui tanda- tandanya, mengamati, mengungkapkan, mempamerkan, memberi kesetiaan tanpa mengkhianati juga perlu adanya bantuan teman dalam bercinta (memberi teguran, menasihati dan setia, menjaga rahsia peribadi dan cinta dikala duka dan gembira.
Malah dengan adanya teman ini kita lebih bermoral. Dimana, kebanyakan dari kita pabila putus cinta, menjadi lebih dari tidak bermoral dan cenderung untuk melaku perkara yang tidak baik kerana mengikutkan kata hati.
Paling penting teman tadi perlulah berada di dekat kita untuk memastikan kita tidak alpa dek kebodohan menurut kata hati. Merekalah orang yang sentiasa Nerada bersebelahan dengan kita seperti sahabat Rasulullah s.a.w. Malah, lelaki yang punya teman itu, perlu sentiasa memberikan penghargaan kepada teman mereka, supaya persahabatan dapat berkekalan hingga ke akhir hayat. Manakala bagi wanita pula, perlu berkongsi suami untuk memastikan hubungan persahabatan yang suci tadi tidak terputus sehingga ke hujung nyawa.
Terakhirnya, adalah kunci utama yang paling penting dalam bercinta apabila dapat membunuh kemaksiatan yang dituntut Allah s.w.t dalam menjaga kesucian cinta.
Manakala pahitnya, apabila cinta itu dirahsiakan (kepada si pujaan hati, keluarga dan teman), tidak dapat mengungkap dan mempamerkan. Malah, menentang keinginan sijantung hati. Juga melibatkan kehadiran pihak ketiga, penentangan oleh orang ketiga, pengkhianatan, cinta yang tidak bersambut dan tidak kesampaian, kemaksiatan serta perpisahan dan akhirnya melibatkan tragedi kematian yang dicela Allah s.w.t.
Inilah keburukan cinta yang menjadikan duka lara serta merosak, dan melupuskan individu yang bermain dalam api cinta.
Jesteru itu, perbanyakkanlah berdoa memuji tuhan yang SATU, meminta jalan petunjuk dari Allah s.w.t, supaya kita tidak mendapat kesan dan tempias dari keburukan cinta. Tekadkan diri sekiranya cinta itu pergi. Abaikanlah segalanya seperti menghanyutkan sepasang kain buruk dipermukaan air sungai yang mengalir deras. Kerana impaknya begitu mendalam jikalau menggunakan jalan fikiran hati. Maka, dikala kita terluka, haruslah menggunakan jalan fikiran otak! bagi memastikan kita tidak lupus dan dilaknat Allah s.w.t.
Semoga kita bukan dari golongan yang dilaknat insyaallah, Amin Ya Rabbal A’lamin.
No comments:
Post a Comment