Monday, July 4, 2011

Masyarakat makin cerdik

Masyarakat kini semakin cerdik berfikir dan celik dalam menimbang sesuatu. Kebanyakan dari mereka memilih 'stream of consiousness'(aliran kesedaran) peringkat sedar atau dibawah sedar yang dapat dilihat melalui perjalanan perbuatan mahupun fikiran mereka untuk mendapatkan makanan jiwa. Ia telah menuntut kepada naluri manusia terhadap adanya maha pencipta Allah s.w.t, yang mengatur segala hukum hakamnya diseluruh muka alam raya ini.

Dimana, semakin hari semakin meningkat populasi rakyat sehingga menjadikan permintaan terhadap buku agama yang bercirikan akhlak dalam peradaban manusia dalam beragama mendapat sambutan yang cukup tinggi dan memuaskan. Maka semakin tinggilah permintaan dunia yang membutuhkan penulis buku Islam untuk melahirkan karya agung mereka yang mampu menarik golongan pembaca keseluruhannya pada hari ini, waima bukan Islam yang ingin mendalami makna agama unik dan sempurna ini.

Penulis yang dilahirkan serba hebat tadi berasal dari pelbagai pelosok bangsa penganut Islam. Mereka telah membuka ruang pertalian hubungan dagangan antarabangsa yang melibatkan hasil sumbangan ilmu Islam yang tinggi melalui penerbitan buku diseluruh dunia. Pengaliran ilmu Islam ini termasuklah di Malaysia yang cukup kaya dengan pelbagai sumber hasil buminya ini. Disinilah bermulanya pengorakan langkah bagi penerbit buku untuk meastikan isi kandungan buku yang diterbitkan mencerminkan imej syarikat penerbitan mereka.

Kesemua penulis juga berkongsi dan bersedia memberikan kerjasama perhubungan diantara dua negara dalam memperhebat karya penulisan mereka melalui terjemahan suntingan bahasa dan sebagainya. Ia seperti perkongsian menyuburkan pahala dalam dakwah Islamiyyah bagi penerimaaan masyarakat melalui media penerbitan buku terhadap perkara paling asas sehinggalah kepada kedalaman ilmu yang jelas tentang Islam.

Ia dihuraikan mengikut fiksyen dan genre yang membuatkan setiap dari masyarakat kini semakin ingin mengenali dan mencintai agama yang amat sempurna ini. Maka benarlah keagungan mutiara kata dari al- Quran yang menyedarkan keseluruhan umat Islam dimuka bumi ini bahawa Islam itu agama yang sentiasa segar, untuk diaplikasi dari kewujudannya sehinggalah pada zaman yang serba moden ini.

Ini menuntut masyarakat pada hari ini mencari ilmu buat bekalan keselesaan hidup di dunia dan menikmati kebahagiaan di akhirat kelak.

No comments: