Hanya padamu Kholik..kupersembahkan diri ini yang dijadikan dari tulang rusuk bengkok..bertahta laksana bidadari hiasan dunia merumuskan dorongan dan kehangatan buat suami tercinta untuk selamanya..
Friday, April 27, 2012
Relevankah jawapan Tun M tentang hudud?
Tun Dr Mahathir berkata, kita harus tahu apa hukum hudud. Yang pertamanya, hukum hudud ini ditentu oleh ahli-ahli Fiqah, ia tidak terdapat dalam alQuran, dalam alQuran ada hukum-hukum yang tidak begitu keras, seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Fiqah.
Sebab itu apabila kita mahu laksanakan sesuatu, kita harus rujuk kepada alQuran kerana itu punca, asas kepada agama kita dan kalau kita baca alQuran dalam bahasa yang kita faham, kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tidak faham, walaupun bunyinya sedap tetapi kita tidak faham.
Dalam bahasa sendiri kalau kita baca alQuran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil, dalam Islam yang diutamakan bukan hukuman itu, bukan saksi yang empat, tetapi hukuman yang adil.
Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama, ada pendapat yang disuarakan pihak yang mahu laksanakan hukum hudud ini di Malaysia, mereka kata hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja, orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud.
Apa akan jadi jika seorang orang Islam dan seorang orang bukan Islam melakukan satu jenayah mencuri, apabila kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan. Kalau kita tanya diri kita, apakah ini adil?
Adilkah orang Islam putus tangan, orang bukan Islam masuk jel dua bulan, lepas itu bebas, adilkah? Dalam Islam hukuman mesti adil, kalau kita dapati kes rogol umpamanya, sebenarnya dalam surah mizan, tiada hukuman ini disebut apa yang dipanggil sebagai hukum hudud.
Apabila seorang wanita dirogol, dia kenal siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat adakan empat orang saksi yang bebas daripada dosa besar untuk diberitahu kepada mahkamah bahawa dia telah dirogol oleh seseorang..oleh kerana dia tiada empat saksi, pertuduhan ini dianggap sebagai tidak betul.
Dalam hudud ini kita ada denda atau hukum sebat sehingga 80 kali, kemudian kalau hamil dan melahirkan anak, dia dituduh berzina, dan tentunya hukuman bagi orang yang berzina ini tiada dalam al-Quran tetapi ahli Fiqah kata hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati, adil kah mangsa rogol dibunuh, perogol dilepas semata-mata tiada empat orang saksi. Ini semua ditokok tambah. Sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran alQuran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini.
Sebab itulah jika ada cadangan untuk buat hukum hudud, mereka bukan bercakap tentang hukum Islam, tetapi ia adalah ciptaan mereka sendiri dan kita tidak dapat terima.
Sumber: http://www.youtube.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment