Selawat. Selawat. Selawat.
Besar fadhilatnya, teman sekalian.Barangsiapa yang berselawat ke atas Rasulullah, maka memperolehi syafaat dari baginda, sekali gus dapat menjalin hubungan yang rapat dengan baginda. Pengamal selawat (kalian semua, insyaAllah) juga terhalang dari kesusahan dan dilapangkan rezeki buatnya. Selawat juga melapangkan dada dan mententeramkan jiwa. Di samping itu, di tuliskan 10 kebaikan kepada perkara yang di lakukan dan di hapuskan 10 kesalahan bagi diri pengamal. Berselawat kepada Rasulullah juga akan menghindarkan diri dari menjadi bakhil sekali gus menjadikan doa kita, mudah diterima oleh Allah s.w.t.
Kemudian, dimudahkan pula jalan untuk kita memasuki syurga Allah. Dimana pengamal selawat (kalian semua, insyAllah) akan tergolong dalam golongan soleh (yang mendekatkan diri kepada Allah).
Ia akan menjadi zakat dan pembersih diri bagi mereka serta memperoleh limpah rahmat dari Allah s.w.t. yang turut berselawat ke atasnya diwakili para malaikat serta mendapat pujian dari seisi alam, iaitu makhluk dimuka bumi dan juga di langit. Pengamal selawat (kalian semua, insyaAllah) juga akan hilang kefakiran dan dipandang sebagai orang yang mencintai baginda serta mendapat keberkatan dalam hidupnya.
Maka, sudah jelas saudara sekalian..apa yang ditunggu lagi... amalkanlah selawat ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad s.a.w. sementara nyawa masih ada dan roh tidak tercerai dari jasad.
No comments:
Post a Comment