Thursday, November 17, 2011

Pinta Allah jaga lakumu

Adakah kamu merupakan seorang dari yang cemerlang.. sensitif dan istimewa?. Tetapi kamu masih ragu mengenainya? Ini pasti kerana kamu masih tidak terlepas dari berbuat kesalahan. Kamu tentunya mahu melakukan segala sesuatu dengan baik tetapi sangat sukar... Benar, setiap dari manusia itu berbeza. Maka, kamu juga mahu menjaga hati orang lain.. tetapi kamu tidak tahu bagaimana caranya bukan? Ya, mendengarkan mata hati tidak selalunya tepat.

Kadangkala kamu hanya menjangkakan namun, lain pula yang terjadi. Ini jelasnya, kerana mata itu belum terbuka. Dengan cara yang bagaimana membukanya? Dengan cara mengingati dan meminta kepada Allah s.w.t. kerana segala rahsia yang tersembunyi itu semua dariNya. Namun, sekiranya mata hati kamu telah dibuka dan berlaku perkara yang tidak diingini pula…ia dipanggil ujian.

Maka, ia bukanlah kerana mata hati kamu masih tertutup setelah kamu serahkan jiwa dan raga kamu pada Kholik, tetapi ia adalah dugaan kepada setiap umatNya bagi menguji kesabaran dan ketaqwaan kita kepadaNya.
Segala tingkah lakumu harus beserta ingatan kepadaNya. Kamu perlu menjadi seseorang yang peka terhadap apa yang dipikir dan dirasakan juga oleh manusia lain terutamanya kepada mereka yang tersayang iaitu keluarga serta rakan taulan. Maka, apabila berhadapan dengan orang tersayang kamu harus minta pada Allah, supaya tidak ada perkara yang dapat mengecilkan hati mereka. Tidak akan melaku perkara yang tidak sepatutnya dari setiap tingkahmu. Kadangkala kita sering melupakan hal ini…lupa padaNya..jesteru itulah, kita tidak dapat pertolongan dariNya. Inilah yang berkaitan dengan mata hati tidak terbuka seperti yang disebutkan tadi.

Sama juga halnya jika kamu ingin mengembangkan bakat kamu untuk menjadi seorang yang berbakti kepada masyarakat, agama dan negara namun, tidak dapat berbakti kerana bermasalah dengan manusia. Ketahuilah, setiap dari kamu itu punya keistimewaan tersendiri. Pembawa kepada fungsi- fungsi tersendiri…kita saling melengkapi. Maka, ingatan itu mestilah wujud agar kita sentiasa meminta kepadaNya untuk mendapatkan hubungan baik dengan manusia. Setiap yang kamu lakukan kepada manusia lain dan menjaga keharmonian muka bumi Allah ini dengan makmur, maka kamulah insan yang dipilih ke jannah.

Ia hanya perlu meminta kepada Allah s.w.t supaya menjadikan diri anda seorang yang pengkaji perasaan manusia terutamanya orang yang kita sayangi supaya tiada berlaku sebarang permasalahan diantara mereka. Cubalah mengaplikasikannya. Nescaya tiada permasalah yang berlaku kerana kamu ternyata sudah tenang. Apabila mata hatimu dibuka…maka tiada kekalutan lain yang bersarang.

Wujudkan kemahiran dari segi psikologi yang pintar dalam dirimu. Ia mampu membuatkan kamu segera menghargai dan memahami manusia lain dengan cara yang paling baik. Kita hidup di dunia ini dalam lingkungan manusia yang begitu ramai. Hanya dengan kepekaan dari redha Allah sahaja dapat mewujudkan satu faedah dalam memperolehi hubungan kasih sayang yang harmoni.

Maka, sebelum kamu mulakan dengan orang lain cubalah kamu mulakan dengan orang yang kamu sayangi…minta pada Allahmu..yang mana sebelum kamu mulakan sesuatu bahkan untuk meminta segelas air sekalipun ingatan kamu mestilah berpusat terus kepada Allah supaya Allah menjagai segala tingkah kita agar tidak salah laku di hadapan dengan orang yang kita sayangi.

Setiap helaan nafasmu, setiap detikan hatimu, setiap hayunan langkahmu, setiap capaian tanganmu, setiap bicara lidahmu, setiap perahan akalmu itu… haruslah memikirkan Yang Maha Esa kerana disitulah penyelesaian terhadap segala permasalahan dan ujian yang kamu hadapi. Dengan hanya meminta Allah menjaga adab- adabmu kepada manusia.

Wednesday, November 16, 2011

Pilihlah.. apa saja yang kita suka..







Ngaumannya memang gah...seolah olah kita yang bawak..huh...jenis super bike ni...sape sapa yang tak minat pun rasa macam nak bawak dan nak tunggang...personaliti orgnya pun kita dah tahu mcm mana...jenis sportie...sukakan aktiviti mencabar dan menggilai sukan bermotor. Lengkap dengan sut...jaket kulit sarung tangan, seluar, kasut ngan helmet...cair perempuan yang tengok..tapi perempuan pun ada juga yang bawak motor berkuasa tinggi ni...gua mmg respect pada wanita- wanita ini...anda sememangnya hebat!!..itulah...kalau masa boleh diundur...kot sekarang...aku yang dok bawak bike Z3 ni.. haha berangan btol!.

Tapi kekurangannya adalah....!!!!....

1. Bila hujan kena berenti...

2. Bila excident teruk jugak..sebab hanya diri dan motor..x de pelindung

3. Susah jugak kalau nak angkut anak dengan bini...huh..

4. Kalau tetibe enjin terjammed parahhh...

5. Tengok semua segak...tapi bile dah turun..bukak jaket...huh...bau badan menyeringaii... hapak..maklumlah...tengah panas pakai jaket..memanglah berkuap!!pheh3x...(lainlah kalau mcm shahid kapoor...belakon x yah pakai jaket ngan helmet)..-(lainlah kalau pakai virago...atau harley..rasa x perlu jaket sangat kot..selamba t- shirt je- bijoks).....

6. Kadangkala mendorong pada pergaulan bebas dan maksiat...huhu...maklumla...pemandu hebat membonceng aweks- aweks masing- masing..

7. Masa bawak laju tak terasa..kalau jalan jem nahas...berat tu..jangan tersalah sadung kaki pulak...jawabnye terbalikla motor tu..kuang3x...macam cerita 'needing u'..haha.

8. Akan timbul perasaan ujub dalam diri...rasa hebat, sempurna..hensem. benda ni memang x dapat lari kerana kita manusia yang bukan masum.

Apa yang penting...pakailah apapun...asalkan hati kita suka..tak buat perkara salah..yang melampaui batasan agama tanpa wujud perasaan takabbur, berlagak...meninggi diri dan perasan!...

*note: Pakai kete kodok ngan mini pun ok ape...antik...seni...suke..k, chows..(time meragam yang tensen tu...manja!!!)

Sunday, November 6, 2011

Bergembiralah di hari raya..




Salam Aidiladha...

senyum...bergembira..berkorban...serahkan hati anda kepadaNya...insyaAllah...semuanya akan sempurna. Marilah bergembira. Hilangkan duka lara...luka semalam biarkan.. membuang keseluruhannya..walaupun tidakkan pernah hilang..basuhkanlah ia...membasuh juga karat hitam dihati anda... basuh luka lama agar lukanya hanya berparut namun tidak akan terbuka. Pasrah padaNya...terima dengan hati yang ikhlas...ikhlas padaNya. Insyaallah diri tidak selamanya luka dan sugul. diri ini berhak diberikan kegembiraan dimana ia seperti juga kita bersyukur dengan apa yang ditentukanNya. lihat bunga yang sentiasa kembang itu...membayangi diri anda seperti bunga itu...sentiasa segar, harum dan menceriakan hati yang duka pabila melihatnya...kita akan berada dalam kegembiraan. Insyaallah...kesemua itu adalah dari Allah...makhluk Allah. Maka kita perlu mensyukuri nikmat kegembiraan yang diberikan oleh Allah s.w.t...maka kalau nak selalu senyum bayangkan diri anda seperti bunga...lihatlah makhluk alam yang lain... yang membolehkan anda tersenyum kegumbiraan.

....sambungan Lavender





Kebiasaannya bunga-bunga Lavander ni diekstrakkan menjadi pati minyak essential. Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang didatangkan khas dari kawasan-kawasan Mediteranean, dan jarang didapati di Malaysia hanya ditanam dikawasan Cameron sahaja. Dengan warna bunganya yang berwarna ‘lilac’ atau ungu muda itu membolehkan Lavender senang dikenali tambahan pula tumbuhan ini mempunyai keistimewaan terapeutik dan sifat-sifatnya yang tersendiri dan mampu mengurangkan tekanan yang teruk (kerunsingan), menurunkan tekanan darah, menenangkan diri serta menguatkan saraf-saraf. tanaman ini juga mampu mengendurkan dan meregangkan otot-otot, mungurangkan ketegangan serta berupaya memberikan tidur yang lebih lena. Selain itu juga, ia mampu meningkatkan fungsi-fungsi pernafasan, menceriakan dan mengawal ‘mood swing’ atau ketidakstabilan emosi. Pati minyaknya juga boleh membasmi kuman serta menghalau serangga kerana kebencian haiwan tersebut terhadap bau Lavender.

Jadi sesiapa yang sentiasa kerunsingan eloklah menggunakan aroma essential terapi Lavender yang sangat sesuai digunakan di Bilik tidur, ruang tamu serta bilik bacaan.
so tunggu apalagi...ayuh...!!!kita guna Lavender barulah tak ada yang marah- marah, masam muka, dan sakit kepala lagi...kamu akan sentiasa tersenyum comel.... m('O')/

Sunday, October 30, 2011

lavender oh lavender

Pokok Lavender memang jarang ditanam di Malaysia melainkan di Cameron Highland sebab beriklim sejuk...tapi aku cukup benci bau lavender...namun tak kisahlah kalau ia merupakan terapi ketenangan kalau kita stress betul tak bau yang buruk boleh jadi harum dan terima je...kalau nak tahu bau perfume yang lebih kurang sama dengan lavender ni adalah perfum Bulgary...warna ungu..

Lavender ni cukup banyak khasiatnya, antaranya korang boleh baca di atas seperti rawatan gigitan serangga, antiseptik dan lain-lain lagi. Di Malaysia mungkin digunakan sebagai aromaterapi sahaja disebabkan baunya yang sedap atau aroma yang segar.

Wednesday, August 31, 2011

Dewi bersabarlah

Dewi itu..
Sangatlah kasihan..dari kecil lagi sudah diuji dengan kehilangan orang yang paling rapat dengannya. Walaupun tidak mengenal ibu kandungnya..namun seusianya itu dapat membezakan kasih sayang ibu kandung dengan Mama. Ya, dewi perlu mengharung dugaan seumpama itu. Ibu yang rapat disisinya, ibu yang menyusukannya dengan penuh kasih dan sabar itu sampai ajalnya mengalami insiden kemalangan yang teruk dan mengelar satu lagi episod hitam sejarah kematian yang terburuk..sehingga hampir keseluruhan anggota badannya meninggalkan serpihan dan pengaliran darah yang sangat banyak didada jalan. (Masya'allah ampunilah dosa ibu suci itu). Sepasang mata kecil tetap berkelip mengharap untuk dikasihi..meminta kasih yang kebanyakan dari insan yang bergelar ibu mulia yang sangat ikhlas kepadanya memberikan kasihsayang yang sempurna. Malangnya hal demikian berlaku disebaliknya. Bersabarlah wahai dewi.. Pengkisahan nyawa ibunya tadi yang direnggut begitu sahaja oleh kenderaan pacuan 4 dan 6 roda dijalan taman melawati diketahuinya apabila dewi berusia 22 tahun semasa pembawakan anak keduanya..dan pada hari itu juga dia mengetahui bahawa ibu yang tidak adil padanya itu bukanlah ibunya yang sebenar. Dan pemalsuan dokumen kelahirannnya juga diketahui selepas dewi berurusan dengan
Pendaftaran negara. Berita pencarian keluarga disebelah ibunya berakhir apabila pertemuan semula dengan kawan rapat ibunya yang bekerja ditempat yang sama dewi bekerja. Dan disitulah jejak pencarian anak yang persis wajah ibunya ini diketahui keluarga ibunya yang mencarinya sehingga ke saluran media jejak kasih.
Dewi itu tidak kedekut walaupun pasangannya mengidam dan rajin sekali sehingga meninggalkan harta 5 anak suci yang terlalu naif. Sekali lagi diuji dengan sikap buruk pasangannya. Masjid yang mereka dirikan akhirnya roboh. Disinilah dewi tekad membesarkan anaknya bersama kembarnya yang selalu disisinya.
Pertemuan semula dewi dengan keluarga yang punya pertalian darahnya menjadi ikatan kekeluargaan yang sebenar, yang erat dan dipenuhi warna kasih sayang suci.
Dewi sangat bahagia masih lagi diberi peluang menumpang kasih sayang bersama keluarga talian darahnya. Apa yang penting dewi harus berhidup dengan baik baik. Bersabarlah dewi ada atau tidak pendamping kita tetap setia disisi tuhannya. Dan harapannya siapapun dia keadaan pastinya akan baik baik saja. Ini janji tuhan kita. Tuhan yang cukup seni maha kuasa penjaga agama sejahtera, Tuhan penjaga syurga dan neraka Tuhan penjaga waktu, takdir penjaga kitab suci agung dengan aturan pelaksana hukum hakamnya, Tuhan penjaga tanah haram serta Tuhan yang merencana sesuatu buat sekalian umatnya..ya Tuhan inilah yang punya sifat 20 dengan 99 nama indah yang unggul. Yakinilah Tuhan yang juga dipanggil kholik ini akan mengabulkan permintaan kita..insyaallah.. beroleh segalanya dengan cukup baik dan sempurna.

Tuesday, August 30, 2011

Sambutlah perayaan dengan kesyukuran dan bersederhana

Selamat menyambut hari lebaran buat semua sahabatku dan umat Islam di seluruh dunia yang menyambutnya...

Dihari lebaran ini amatlah dianjurkan kita bersederhana dalam menyambutnya. Serba sederhana dari segi persiapan, dan besederhana dalam segala hal. Paling utama adalah kita menyambut hari raya ini kerana Allah s.w.t disamping mengeratkan tali kekeluargaan yang utuh juga silaturrahim berpanjangan sesama umat Islam.

Apabila kita gembira, kita sering lupa pada insan yang bersedih menyambut lebaran dengan penuh kedukaan. Bagi mereka, hari raya mereka penuh kesayuan. Walaubagaimanapun...dihari berbahagia ini kita sebagai orang yang punya sedikit kegembiraan jangan melupakan mereka didalam kesedihan. Dengan demikian, kesedihan itu akan beransur hilang dengan sendirinya dan menumbuhkan kegembiraan didalam hati mereka dan berpeluang bergembira menyambut raya mulia.

Pelbagai bangsa, negara dan masyarakat yang isi huninya Islam punya cara dan tradisi mereka menyambut lebaran. Kesemuanya meraikan hari mulia ini dengan penuh kesyukuran kepada kholik. Bermaafan, saling berkunjungan dan menjalinkan tali persaudaraan yang utuh walaupun membutuhkan kesibukan kepada laluan kehidupan yang direncana pencipta. Kesyukuran kita panjatkan buat Allah azzawajalla kerana masih menganugerahkan kita kegembiraan dan masih memanjangkan hayat kita menyambutnya setelah berjuang menjinakkan nafsu di bulan Ramadhan. Malah kita adalah dikalangan yang bertuah dapat menyambutnya dengan aman dan sejahtera.

Semoga dengan perayaan ini, banyak dapat dimanfaatkan selain merasa ketakjuban yang bersampaian di tahap tinggi kepada Allah s.w.t, di atas segala rahmat dan kenikmatan yang dilimpahkan pada kita sekalian umat manusia. Semoga jiwa- jiwa kacau bebas dari kejahatan, kedengkian dan kecelakaan yang bisa merusak hati untuk membentuk jiwa putih ikhlas, yang bersih lagi suci kepada pencipta alam raya juga manusia sejagat.