Oleh Wanna A. R dan Farrah
KOTA BHARU: Dinar Emas Keputeraan yang ditempa dengan nilai dua dinar bagi setiap keping emas 22 karat seberat 8.50 grams yang bertujuan mendapat restu perkenan dalam perjalanan sejarah hari mendatang telah sempurna dilancarkan Ke Bawah DYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Al Marhum Sultan Yahya Petra diiringi Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid.
Bagi memberikan nilai eksekutiviti, Dinar Keputeraan telah dicetak secara terhad sebanyak 200 keping yang akan dilelong kepada orang ramai dengan harga yang lebih tinggi dari nilai muka. Wang kutipan lelongan ini akan dipersembahkan kepada Al Sultan Kelantan untuk dimasukkan kedalam mana- mana akaun amal atas perkenal Ke Bawah Duli.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato Husam Musa, memberitahu melalui ucapannya bahawa belum sampai masanya bagi peradaban manusia untuk menguburkan peranan matawang dinar dan dirham sekaligus meletakkan matawang ini dalam lipatan sejarah.
“Krisis kewangan yang moden telah beberapa kali menimpa dunia yang telah dikaitkan dengan sistem kewangan dunia atau World Monetary Sistem telah menyedarkan banyak pihak tentang perlunya mencari satu sistem alternatif.
Katanya lagi, peradaban Islam dan dunia juga mempunyai jawapan itu, iaitu matawang berasaskan kepada bahan yang mempunyai nilai keatas dirinya sendiri atau mempunyai intrinsic value.
“Wang kertas mula diperkenalkan di dunia Islam menjelang kejatuhan khalifah Islam terakhir, khalifah Othmaniah. Pada waktu tersebut mengikut sejarah para ulama’ telah sepakat membantah penggunaannya, sekaligus menyebabkan Sultan Abdul Hamid mengumpulkannya semula dan membakarnya.
“Jesteru itu, usaha kerajaan negeri memperkenalkan semula Dinar dan Dirham bukan semata- mata untuk mengembalikan nostalgia silam bahkan usaha permulaan secara perlahan tetapi berterusan mengajak masyarakat menghargai peranan matawang dinar dan dirham kearah ekonomi bebas riba sekaligus menindas dan ekploitatif yang merugikan umat manusia”.
No comments:
Post a Comment